Saat Berpisah...

28 November 2011

1 comments
"Mati itu Pasti"

Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan? Mengingatkan mati, menakutkan. Manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya.

Semuanya masih misteri. Hanya tinggal Al Quran dan Al Hadis untuk kita rujuk bagi mengetahui tentang kematian. Namun berapa kerat antara kita yang berbuat demikian… Cerita tentang kematian akan mematikan rasa kemanisan menikmati hidup ini. Dan akibatnya, mati terus mati dalam hidup kita!

Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan jeran dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita…kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan.  Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.

Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan… kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH

Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!

Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:

“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”

Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.

Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.

Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.

Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.

Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.

Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:

“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”

Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia cerdik sungguh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.

Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.

Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.

Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.

Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!

Pada kita, cuma pasrah…
PASRAHTuhan,
Pada Mu aku pasrah
akur, alah dan menyerah
Seluruhnya sudah pudar
cintaku kian tercalar

Tuhan,
Senjaku semakin dekat
Di sumur dosa aku melarat
di hujung umur kupasti kembali
sedang hatiku tak suci lagi

Tuhan,
Langkahku entahkan mati
mendaki kasihMu nan tinggi
namun cintaku bukan palsu
walaupun sering terganggu

Tuhan,
kekadang terasa sayang-Mu
bersama kurnia hidayah
kekadang terasa murka-Mu
seiring patahnya mujahadah

Tuhan,
terlerai ribuan taubatku
terungkai semua janjiku
kataku sering mungkir
CintaMu sering terpinggir

Tuhan,
Aku masih setia
mengemis di jendela usia
terus mencari wajah diri
menadah keampunan Ilahi!

by Pahrol Mohammad Joui~http://genta-rasa.com


Kiriman:malekredzuan (Halaqah.net)

Bila Dahi Tak Mencecah Sejadah

23 November 2011

0 comments

“ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri ”

~SURAH Al-Baqarah:222~


~BILA DAHI TAK MENCECAH SEJADAH~

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan,
Dan Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah Auratmu sebelum Auratmu ditutupkan,


Dengan kain KAFAN yg serba putih..
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih,
Walaupun org yg hadir itu merintih,
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai,
Lalu dilaksanakan solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam,
Berserta Fatihah, Selawat dan doa,
Sbg memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah..


Tapi apakah 4 kali takbir itu dpt menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yg tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yg telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian,
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat,
Sebelum dirimu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat..


Iringilah dirimu ke masjid,
Sebelum kamu diiringi ke pusara,
Tangisilah dosa-dosamu di dunia,
Kerana tangisan tdk berguna di Alam Baqa’..


Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan,
Dgn panggilan ‘Izrail yg menakutkan,
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan,
Kerana ianya berguna utk yg tinggal,
Bukan yang pergi..


Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan,
Namun ketika itu istigfar tdk menyelamatkan..


Ingatlah di mana saja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi dgn langit Tuhan,
Serta menikmati rezeki Tuhan,
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya,
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yg terakhirnya..


Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yg tdk bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membaluti tulang,
Lalu jadilah kamu insan yg mempunyai erti..


Ingatlah asal usulmu yg tdk bernilai itu,
Yang kalau jatuh ke tanah,
Ayam tak petok itik tak sudu,
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu,
Yang lebih agung dari Malaikat…


Lahirmu bukan utk dunia,
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat..
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solah’,
Dgn penuh rela dan bersedia,
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’,
Jln kemenangan akhirat dan dunia..
Ingatlah yg kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jln,
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkuan Tuhan..


Pada hari itu tiada berguna,
Harta, takhta dan putera,
Isteri,kad kredit dan kereta,
Kondominium, saham dan niaga,
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA…



Credit:Bee' Hg "Sahabat dri Islam itu indah dan lengkap(fb)

p/s:buat renungan bersama

Tak Bertajuk...

20 November 2011

0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Dengan nama Allah s.w.t dan lafazkan rasa syukur padaNYA dengan kurniaan rahmatNYA yang terus memberi kita untuk terus meniti dipentas kehidupan dengan nikmat hembusan nafas...

Dah berhabuk blog..sebulan lebih x diupdate dengan entri2 baru..diri ini ingin memohon maaf pada sahabat2 yang singgah..ada yg hntr mesej dekat ym dan email x dibalas.. bukan tujuan menghilangkn diri tpi lebih kepada memberi peluang untuk memerhati sesuatu yang selama ini terlepas pandang..(sangat bnyk..)..urrmm.. J

Alhamdulillah... akhirnya meeting psal vo berjalan lancar... dalam bulan ni btul2 berebut dengan masa.. utk preparation vo bnyk yg perlu ditgok balik..terkadang drawing yg berabad kna cari balik..klau item x de dlm BQ kna cri quatation dri supplier..wlaupun penat tpi bnyk yg dpt.. tpi pengalaman yg paling best dpt buat presentation didpn otai2 arkitek dgn engineer (maklum la pling muda.. J)...baik diorg nk dngr...entah btul entah tidak apa yg dibagi..janji smua selesai.. insyaAllah..hujung minggu ni ada satu lgi meeting yg menyusul...harap dipermudahkn sekali lgi...

Tutup psal ni ada sesuatu lgi yg menarik nak dikongsi... Alhamdulillah..syukur sekali lagi pada Allah kerana memberi peluang diri ini menghabiskan bacaan 3 buku yg sangat2 menarik untuk dihayati.. walaupun x de masa..tpi masih diberi ruang utk menghbisknnya...

1.Cogito Allah sum ! ~Semakin aku berfikir Allah semakin ada~ (Lalu Mohammad Zaenudin)

2..Isabella ~Sebuah novel Pembentangan Perbandingan Antara Islam dan Kristian “kisah benar”~ (Maulana Muhammad Saeed Dehlvi)

3.Rindu Eropah Tawan Damascus ~Kembara seluruh dunia..berhenti bila pokai..jalan semula jika berduit~ (Munir Ahmad)

Tajuknya nampak je berat..tpi pengisian yg sangat2 menarik.. terutama buku Isabella..btul2 meninggalkn kesan dihati.. insyaAllah kalau de kesempatan akan dikongsi sedikit tentang buku2 ini pada entri2 seterusnya..x janji...

k..la smpai disini coretan utk kali ini..lps ni kn ada beberapa artikel2 menarik yg kn dikongsi..dan ada 1 puisi..dh lma x menulis..akhirnya tertunai juga utk siapkn satu puisi...

“Silent Killer~Seeker~”
~Aku ibarat sampan kecil yg terkapai2 dilaut..dikelilingi kekuasaanMU... yg tidak akan berhenti belajar dan terus belajar untuk mdptkn keredhaan dan rahmatMU..jadikn sampan ini terus stabil pda keduduknnya walaupun dilanda badai..jangan sesekali biarkn sampan ini terbalik kerana putus asa dengan takdirMU..~

p/s: harap keputusan menolak 1 tawaran yg keemasan ni adalah tepat..niat dihati mmg nk pergi..tapi ada beberapa sebab yg x mengizinkn... insyaAllah ada sesuatu yg lebih baik menunggu dihadapan.. J