10-1=0

26 February 2012

3 comments
Pasti semua antara kita ingin berusaha menjadi orang yang lebih baik, sentiasa ingin melakukan kebaikan, atau melakukan sesuatu sumbangan dalam agama. Tetapi, dalam menuju ke arah yang dimaksudkan itu, kadang-kadang kita tersilap, tergelincir mahupun tersasar. Seperti sedia maklum, tiada siapa manusia yang sempurna di sini. Namun, sikap sesetengah manusia yang gemar menghukum secara total adalah amat menggusarkan kita. Kami ingin membicarakan beberapa isu yang sering dibangkitkan dalam masyarakat kita. Semoga kita semua diberi kefahaman dan seterusnya dapat membetulkan persepsi ini.


Ingin berubah tetapi dihukum

Tiada siapa yang tidak ingin berubah menjadi lebih baik. Tetapi apabila ada segolongan melontarkan kata "Kau tidak bertudung, pasti masuk neraka!", apakah yang dapat kita fikirkan tentang perasaan mereka? Ungkapan seperti ini seringkali dijaja oleh sesetengah daripada kita di mana niatnya cukup baik dalam mengajak insan mendekati tatacara sebenar seorang muslim, namun intipatinya jauh tersasar. Adalah tidak benar menghukum seseorang masuk neraka sewenang-wenangnya seolah-olah kita yang memegang kunci pintu neraka. Haruslah diketahui, setiap amalan insan di muka bumi ini akan dihisap oleh Allah SWT, jika amal kebaikannya melebihi keburukan, maka terlepaslah dia dari azab api neraka, juga sebaliknya. Masih ingatkan kisah yang diceritakan oleh Rasulullah SAW tentang masuknya syurga oleh seorang pelacur setelah dia memberi minum kepada seekor anjing (HR Bukhari)?


Ingin belajar tetapi ditakut-takutkan

Kadang-kadang apabila kita sedang asyik melayari internet, membaca artikel-artikel keagamaan, kita disergah"Menuntut ilmu tanpa berguru ibarat belajar dengan syaitan!"Ungkapan ini cukup terkenal sekali pada hari ini sehingga kita sangka ianya adalah sabda dari Nabi SAW. Sekali dengar memang agak pelik, sekiranya menuntut ilmu tanpa berguru ibarat belajar dengan syaitan, adakah menuntut ilmu berguru ibarat dengan malaikat? Apakah jaminan sekiranya kita menuntut ilmu dengan guru kita tidak sesat? Kita tak nafikan betapa pentingnya berguru terutamanya membabitkan dalam menuntut ilmu-ilmu yang asas dan kompleks. Namun, tindakan menakut-nakutkan orang ramai dengan ungkapan ini menyebabkan mereka menjadi takut dan malas untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru. Zaman dahulu mungkin sukar untuk menjumpai sumber ilmu melainkan dari guru, tetapi pada hari ini mudah sahaja diperoleh menerusi kitab, buku, internet dan sebagainya. Apa salahnya mereka memanfaatkan kemudahan yang ada dalam masa yang sama menyemak kesahihan ilmu yang diperoleh mereka?


Ingin berdakwah tetapi dikondem

Sesetengah dari kita berfikiran sempit menganggap urusan dakwah hanya dikhususkan di masjid atau hanya dilakukan oleh para ustaz dan ulama semata-mata. Bagi mereka, dakwah oleh orang kebanyakan di alam maya, seperti blog, facebook, youtube dan sebagainya adalah tersasar kerana tidak ada 'lesen' atau tauliah untuk berbuat demikian. Sebahagian dari mereka lagi menganggap kata-kata ustaz mereka adalah mutlak belaka, dan barang siapa yang berbeza pandangan dengannya dikatakan sesat! Ini juga berlaku apabila, sesetengah anak muda yang cukup berdakwah secara kreatif cuba menyedarkan orang awam, mengkaji perihal fenomena yang tidak kena dengan kehidupan kita masa kini, (kita kenal dengan hari ini sebagai 'teori konspirasi'), mereka diherdik, diperlekehkan, dan dihina hanya kerana dikatakan banyak mengemukakan pandangan yang silap dan membuang masa.


Ingin melakukan kebaikan tetapi diprejudis

Meneliti senario politik di negara kita, terasa amat lucu sekali melihat telatah pak menteri, para YB dan ahli politik yang lain apabila mereka saling bercakaran. Apabila pihak kerajaan menaikkan harga barang, mereka akan dimaki pihak pembangkang, tetapi
apabila mereka menurunkan harga minyak, disindir pula macam-macam. Di sebelah pihak pula, apabila pihak pembangkang merobohkan tapak penjaja haram, mereka akan dikutuk pihak kerajaan, tetapi apabila mereka baik hati memberi wang sagu hati kepada golongan miskin, dituduh pula ambil wang haram. Amat bingung sekali melihat situasi yang kebudak-budakan ini. Mengapakah sukar kita untuk bersangka baik akan kebaikan yang dibuat mereka, seolah-olah mereka datang dari parti cap sampah yang tiada langsung sumbangan buat negara?


***

Sedarilah kita bahawa kehidupan kita sebenarnya lebih banyak menghukum berbanding memperbetulkan mereka. Alangkah indah sekiranya segala kekurangan yang dimiliki kita, cuba ditampung secara bersama semula, bukan dihukum secara mutlak seolah-olah tiada peluang untuk memperbetulkan semula. Kehidupan kita sememangnya tidak akan sempurna, maka tak perlulah seolah-olah menganggap kita semua cukup sempurna. 10-1 adalah bersamaan dengan 9, bukan 0. Wallahualam


p/s: Jangan menjadi insan yg terlalu cepat menghukum.. kita pda hari ini tak kan sama dengan hari esok...tetap nak kata 10-1=0...:)

Kembali Bertaut

4 comments

Kembali Bertaut

Keindahan fajar sidik tak berteman
walaupun sepi tenang terasa
sekujur tubuh anak adam sujud bertafakur
datang tunduk pada yang ESA
menjirus air ke dalam
hati kekontangan
Menyubur kembali pokok iman
yang semakin pudar
dikelami debu-debu dosa berterbangan
tidak nampak jalan dituju


Jiwa terlalu banyak kekhilafan   
dalam mengatur langkah keruwatan
ke hilir mudik tanpa sempadan
meninggalkan buku suruhan dan larangan
tapi lupa akan ada yang mencatat
akan dibacakan disana
dataran neraca hitungan amalan


Bila terhantuk baru tersedar
Berhenti dari mimpi panjang
mula mencari sinar maghfirah
lafaz syukur diucapkan
dengan rahmat Allah
masih bertapak
membuka pintu hati
sedar dari terlena
bukan terlena terus tak sedar

usah peduli kata manusia
walaupun dihukum tanpa bicara
resam tabiat manusia
tak senang anjakan paradigma hidup
terus maju kedepan
sampai masa akan terkunci sendiri

YA ALLAH
terima kembali diri ini
kembali bertaut
dalam dakapan redhaMU
aku bukan siapa-siapa
masih berjalan diatas bumi ciptaanMU
satu sedutan nafas yang ku miliki masih hak KAU..

masih melangkah...

Silentkiller ~seeker~
04.24 am
26/02/2012
B.I.M


“Barangsiapa membiasakan Istighfar, Allah akan memberikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitanya, menganugerahinya jalan penyelesaian atas kesedihanya dan akan memberinya rezeki dari arah yang ia tidak sangka-sangka.”  (HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma) 


p/s:
-Minggu ni macam2 yg berlaku..mungkin ade hikmahnye...untuk ambik iktibar..:)
-Sama2 kita doakan bumi syria kembali aman...insyaAllah Allah akan membantu..sayu tengok wajah2 kecil yang terkorban... :(
-Dalam proses nak habiskan bacaan Buku Kembara Tetamu Allah(Prof. Kamil Ibrahim)... sape2 yg belum baca boleh cari...best2...untuk santapan rohani...:)
-akhir sblm titik...diri ni masih bnyk belajar...ada salah dan silap harap tegur... sama2 kita mengingati..:)

Pentas Dunia Aspirasi

14 February 2012

5 comments


Pentas Dunia Aspirasi

Ku buka tirai halaman
pentas dunia aspirasi
pelbagai citra cerita
lakonan tiada infinity
berjalan bersama waktu
ketanda noktah carian bekalan

Bicara hati tanpa cerita
renungan sinis dibirai mata
gelagat manusia berusaha mencelah
menonjol diri dalam kesibukan
harga diri terpaksa dilupakan

peneraju zaman dalam kelesuan
batas agama tiada nilai
amukan nafsu menyelubungi
dunia moden meresap jiwa
irama muzik anggukan kepala
ikutan tanpa kajian

para adikara saling bertikam
membawa bersama armada dalam bertelagah
idelogi fahaman berbeza ditaruh
rela darah menyembah bumi
asal kepentingan diri diutamakan
dibelakang tabir
kolonial barat tersenyum lebar
kronologi dicipta hampir selesai

medan media terus berkuasa
agenda sensitiviti terus dipermainkan
batu api dalam sangkar
asal duit terus ke saku
ruangan fitnah menjadi biasa
aib manusia tiada erti

Inilah realiti pentas dunia sebenar
kemodenan hanya sebuah ilusi
mengaburi kecacatan yang tercela...

Walau jemu mata menjamah
aku tetap pelakon tambahan
hanya mampu bersuara dihujung layar...


Imam Ahmad bin Hanbal  berkata, “Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)



~Teruskan berpegang pada Al-Quran dan sunnah..insyaAllah kita akan selamat...~


silentkiller~seeker~
0.51 am
14/02/2012
B.I.M


p/s:dah lme x meluahkan sesuatu..harap tulisan kali ini ada manfaat..ada silap harap tegur...:)

Satu Coretan:Nota Kehidupan

05 February 2012

0 comments
Alhamdulillah.. dapat jugak masukkan entri yg pertama tahun 2012...

Pertama sekali ucapan salam Maulidur Rasul..bukan sekadar lafaz dihujung mulut tapi sama2 kita mhayati....banyakkn selawat kepada RASULULLAH S.A.W..:)

 Seandainya Nabi SAW masih Disisi Kita

“Apabila sesuatu perkara terlalu banyak kita beri perhatian maka akan ada perkara lain pulak yang kita abaikan.”

Tertarik dengan kata2 diatas...yg dipetik dalam wall Ustaz Mohd Kazim Elias...

Setiap hari kita berjalan melalui aturan kehidupan....berapa kali kita mengambil masa utk bermuhasabah diri...menilai kesilapan yg terbuat dalam perjalanan hidup... Apabila kita berjalan agak susah untuk mengelak debu-debu dari jejak berterbangan... terkadang kita pun tak perasan ianya ada.. itulah hidup..selagi bernama manusia..sukar bagi kita mengelak dari melakukn sesuatu yg menguris hati insan lain..tapi kita cuba belajar untuk tak mengulangi kesilapan yg sama..tak terfikir ke..utk kita jadik spt burung yg tenang bermain diudara..memberi ketenangan bgi insan yg melihat...

Putaran kehidupan akan terus berjalan..cari kebaikan sebanyak mungkin...jadilah manusia yg boleh mberi manfaat kpd org lain..bersyukurlah apa yg Allah berikan pda kita..jgn selalu memandang rendah kekurangan ssorg...sbb smua manusia diberikn kelebihan & kekurangan masing2.. sbab tu kita hidup memerlukn satu sama lain..saling melengkapi... hidup ibarat roda yg berada diatas perlu sentiasa memandang yg dibawah..x tahu mungkin masa depan kita yg berada dibawah..hidup yg "meaningful" ..kita boleh hargai setiap orang disekeliling..seseorg yg dihntr dalam diari kehidupan dgn 2 sbab yg pertama utk kita belajar dari dia..yang ke2 utk kita melengkapi kekurangan dia....:)

Cukuplah coretan hari ni...x nk pnjg2 sngt...nk tinggalkn satu lukisan dibawah (Nota kehidupan...)..sama2 kita renungkn....




setiap saat kita melangkah..banyak yang berubah..terubah dan diubah.. kita pada hari ini tidak akan sama pada esok...tapi biarlah setiap hari yang berlalu kearah kebaikan...:)


p/s:baru habiskan bacaan Rayyan Fantasi... apa yg terfikir ianya ada...:)