Monolog Hati: Ikhlas

26 November 2012

2 comments

“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Berjalan dua tiga tapak
Atur langkah kegarisan lain
Mungkin rasa selesa
Anggapan tertunai apa yang perlu
Walaupun rahsia hati
Terkadang diri pun tak mengerti
Ikhlas kah aku..?

Hati walaupun nampak kecil
Boleh jadi sekeras batu
Tersembunyi pelbagai rasa
Riak apa yang aku tahu
Ujub apa yang aku ada
Hipokrit dengan diri
Ego dengan fikiran sendiri
Ikhlas kah aku..?

Sedarkan aku
Jika tujuan mahu terpesong
Maafkan aku
Jika sikap membuat tidak senang
Bangunkan aku
Jika terbuai dengan amal yang terbatas
Moga ikhlas tersemai pada hati

"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap"

--------------------------------------------
nak kongsi satu petikan artikel "Hati Emas"  dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi..

Ramai yang hanya di tahap ‘lepas fardu Ain’… Namun Allah Maha Penyayang, kekadang ada manusia yang diberi ‘hati yang bercahaya’ berbanding ‘otak yang bergeliga’, hingga dengan itu sedikit ilmu yang ada mampu dimanfaatkan seoptimumnya.

Sahabat-sahabat ku (pengunjung gentarasa), kekadang terlalu banyak untuk ditulis sehingga tidak mampu dituang oleh kata-kata dan bahasa. Makna kadang-kadang tercari-cari kata-kata kerana sering diungkapkan sesuatu yang indah hanya dapat dirasa tetapi sukar untuk diungkapkan. Ya, tiada kata secantik bahasa… untuk mengungkapkan segala perasaan. Namun, keindahan itu bukan hanya untuk dirasa, tetapi untuk dijelmakan dalam bentuk perbuatan dan tindakan. Ya Allah, jangan jadikan kami orang yang terhijab oleh rasa-rasa yang tidak keruan, disangka kebenaran rupa-rupanya bisikan syaitan!


Di dunia ini tempat kita berjuang baliknya pada Allah Taala..mungkin kita kalah.. mungkin kita menang atau mungkin x kalah @ menang.. atau mungkin xdapat apa2.. tapi apa y kita buat secara ikhlas akan dibawa bersama berjumpa Allah [Petikan Kuliah Dr MAZA]

----------------------------------------------------------------

Dongaklah keatas dengan Nikmat yang melimpah.. tunduklah kebawah dengan ilmu yang terbatas

sama2 menjaga hati.. moga ikhlas itu milik aku,kau & kamu.. hidup baik2..

0.42
26/11/12

#tertarik dengan "street dakwah" y dibawa Team Hijrah.. moga aku dapat join aktiviti nanti.. :-)



Salam Maal Hijrah :1434H

14 November 2012

2 comments

Salam Maal Hijrah J

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". (HR Bukhari no 6484) 


“Kertas Kosong tiada lukisan tanpa usaha untuk melakar” J

Hari ni cukup satu tahun dalam kelendar islam.. semua pakat2 tanam azam baru tapi apa2 pun moga rahmat Allah seiring dengan perjalanan hidup.. beri ingat pada diri sendiri moga hijrah bukan terhad pada hari ni tapi berteruskan dari hari ke hari sampai tanda noktah yang kita tak tahu..

Cuba ku selak kamus hidup
bertebaran dari bulan berganti tahun
dari tahun melengkapi beberapa dekad
semua tertulis lengkap ada yang tersimpan rapi
diselaputi debu2 menjadi kabus
hilang dari ingatan
kabur dengan calitan dosa
moga dapat keampunan dariNYA

Tak semua lahir sempurna
Tak semua lurus jalannya
Tapi Cuba ku cari jalan kembali
Walau perlu dicanggah
perang silam antara emosi dan kalbu
mencari erti redhaNYA
di persada masa
moga Hijrah ku bersama rahmatMu
sampai akhir yang tak pasti

--------------------------------------------------------------------------

Nak kongsi satu petikan dari artikel Dr.maza

 Seorang pesalah yang penuh jenayah ke mahkamah dengan memakai kopiah, apakah itu bererti dia kembali kepada Allah? Seorang penyanyi yang memakai kopiah atau ‘baju melayu’, apakah itu bererti dia telah kembali kepada Allah? Seorang peniaga yang meletakkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang telah menukar beberapa perkataan hariannya kepada perkataan arab seperti ana, enta, akhi, ukhti, jamaah dan lain-lain, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang menyertai organisasi atau parti yang berlambangkan agama, apakah dia telah kembali kepada Allah? Bahkan seseorang yang mengikut kawan-kawan hadir ke kuliah agama disebabkan tawa-senda riang gembira yang didendangkan oleh penceramah, apakah dia telah kembali kepada Allah?

Kesemua persoalan ini sukar dijawab melainkan oleh diri insan yang berubah itu. Apakah perubahannya itu satu manifestasi ketulusan jiwa yang dahagakan redha dan cinta Tuhan, ataupun itu satu trend yang mempunyai keseronokan yang tersendiri, ataupun satu tindakan yang mempunyai kepentingan duniawi yang tertentu.

Kita semua perlu kembali kepada Tuhan. Kita semua sering melakukan dosa. Tidak kira siapa kita. Kita kembali kepada Tuhan untuk mentauhidkannya dan mendapat keampunan serta hidayahnya. Tidak untuk selain itu. Maka wajar kita sering bertanya: “Siapakah daku di sisi Tuhanku? Wahai Tuhan apakah aku telah kembali kepadaMU?”


Sambung Baca kat sini: http://drmaza.com/home/?p=1737

Hidup Baik2..moga akhir y indah :-)
5.05
14/11/12





Aku Khilaf

06 November 2012

6 comments

perjalanan hidup melakar ayat demi ayat
membina satu rangkap melengkapi satu pusingan
melangkaui pelbagai versi epilog alam
dari sebesar mata kasar melihat
hingga sekecil zarah telepas pandang
ada yang dibawa angin tiada sedar ia hadir

cuba fahami explorasi alam
mengenal huruf-huruf yang tertulis
selami patah-patah rasa
cuba mengerti walau
kadang-kadang tak fahami
apa yang kau,dia dan kamu
sedang dibawa
tersembunyi pada rahsia hati

Tak mahu bersifat bias
dalam meletakkan kata dan cerita
tapi terkadang tertipu
pada garis senyum diwajah
gambar kerut didahi
dendangan bicara hipokrasi
memakan mereka yang derita

Andai aku bersalah
dalam meluah bicara
Andai aku terabai
rasa derita pada saudara disana
Andai aku tersalah sangka
khilaf dengan berita ku terima
kata maaf ku pohon
moga tak dipertanggungjawab pada akhirnya....


--------------------------------------------------

Dan janganlah engkau mengikut apa y engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran &penglihatan serta hati, semua anggota- anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya  [AL-ISRAA':36]


Ibn Qayyim al Jauziyyah berkata... Lihatlah hatimu dlm tiga waktu...

1.ketika melihat pengebumian mayat apa yg kau rasa? 
2.ketika membaca al-Quran,apa yg kau rasa? 
3.dan ketika melihat saudara seagamamu dizalimi apa yg kau rasa

jika engkau langsung tidak berasa apa apa, maka carilah hati yg baru. Kerana sesungguhnya hati engkau telah pun rosak....

----------------------------------------------------------

03.36
6/11/2012

# Hidup Baik2 Cari Jalan Indah... :-)