Showing posts with label Sumber Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Sumber Ilmu. Show all posts

JAUHI MENYEBUT NAMA SYAITAN DALAM SURAH AL-FATIHAH

11 August 2011

0 comments

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan
1] DU-LI-LAH (bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya DU-LIL-LAH
2] HIR-ROB (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya HI-ROB
3] KIY-YAU (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KI-YAU
4] KAN-NAK (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAK
5] KAN-NAS (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAS
6] I-YA (disebut tanpa sabdu) sebetulnya IY-YA. Iya bermaksud ‘matahari’
Dalam ayat ke 5, Jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!
7] SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8] AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 2,4,6  harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Sebutan iblis dalam solat
Menyebut tentang syaitan, perlu rasanya dirujuk tulisan Raji al-Asmar dalam bukunya: Asy-Syayatin: Haqiqatuha, yang menyebut bahawa perkataan “iblis” disebut dalam al-Quran sebanyak 11 kali, manakala kalimah ‘syaitan’ itu disebut sebanyak 88 kali. Dalam buku ini diperturunkan ayat-ayat berkaitan yang menyebut nama-nama tersebut.
Keterangan ini membuktikan, mempercayai tentang kewujudan syaitan juga iblis itu adalah suatu yang termaktub dalam kalamullah. Ia bukan dongeng atau rekaan.
Walaupun demikian terlalu banyak telah direka oleh manusia mengenainya, termasuk namanya seperti toyol, hantu raya, langsuir, bajang dan lain-lain yang melahirkan pelbagai amalan bidaah dan khurafat. Dalam keadaan tertentu nama-nama elok disebut, seperti nama-nama wali, syeikh, embah, nenek, panglima hitam dan sebagainya, padahal apa yang disebut itu lebih merujuk kepada jin-jin.
Di dalam hadis-hadis juga tersebut perkataan “syaitan.” Dalam sebuah hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah dijelaskan tentang syaitan yang mengganggu nabi ketika sedang sembahyang.
Dalam hadis lain dijelaskan tentang syaitan yang menyerupai seorang syeikh dari Najd yang masuk bersama himpunan orang-orang Quraisy yang diadakan di Darunnadwah, iaitu satu mesyuarat untuk membunuh nabi. Syaitan telah memberi nasihat bagaimana hendak membunuh baginda. Peristiwa itu berlaku sebelum berlakunya peristiwa Hijrah.
Dalam peperangan Badar pun iblis telah datang mengetuai pasukan yang terdiri daripada syaitan, yang ada bersamanya bendera. Iblis menjelma menyerupai seorang lelaki daripada Bani Mudallij, manakala syaitan menyerupai rupa Suraqah bin Malik bin Ja’syam.
Dalam sebuah hadis yang ditakhrij oleh at-Turmizi dan an-Nasaiy daripada Aisyah, beliau berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya aku melihat syaitan-syaitan daripada golongan jin dan manusia telah lari daripada Omar. Dalam hadis daripada Hamnah Jahsy, beliau berkata, dia mengalami masalah darah haid yang keluar begitu banyak. Beliau memberitahu hal ini kepada Rasulullah. Baginda bersabda: Sesungguhnya ia adalah satu sepakan daripada sepakan syaitan.
Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik pula menyatakan bahawa beliau telah mendengar baginda bersabda yang bermaksud: Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya.
Dalam sebuah hadis daripada Ibn Umar, ia berkata bahawa beliau pada satu ketika duduk di sisi nabi. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang paling buruk mukanya, juga pakaiannya, manakala bajunya terlalu busuk. Dia datang melangkahi orang ramai sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah. Lelaki itu berkata: Siapa yang menjadikan langit. Baginda menjawab: Allah. Siapa yang menjadi Allah. Tanyanya lagi. Subahanallah jawab nabi. Lelaki tadi memegang dahinya lalu mengangguk-anggukkan kepalanya. Ia berdiri lalu pergi. Baginda mengangkat kepalanya lalu bersabda: Ini adalah iblis, datang kepada kamu untuk menimbulkan syak terhadap agama kamu. Hadis-hadis yang tersebut di atas hanya menyebut kalimah “iblis” ataupun “syaitan” tanpa menyebut siapakah nama syaitan ataupun iblis yang terlibat dengan peristiwa-peristiwa tersebut.
Raji al-Asmar dalam bukunya Al-Jinn ada menyebut nama “Marid,” iaitu syaitan daripada golongan jin. Jin apabila ia kufur, zalim dan melampau dan melakukan kejahatan dinamakan “syaitan”.
Apabila makhluk ini berupaya menggangkat sesuatu yang berat dan mencuri pendengaran dinamakan “Marid”. Andainya makhluk ini mempunyai keupayaan lebih daripada itu dinamakan “Ifrit.”
Dalam buku yang sama muka sura. 51-53, Raji al-Asmar ada menyebut nama Al-Ghaddar, Al-Khabil dan Al-Hajis, iaitu nama-nama jin jahat yang mengganggu manusia. Al-Khabil misalnya dirujuk sebagai jin yang merasuk manusia yang boleh menyebabkan gila, Aal-Hajis ialah jin khas yang boleh menyebabkan manusia berasa waswas, juga yang membisikkan telinga menyebabkan timbul waswas.
Nama jin lain yang disebut ialah At-Tabi’, ataupun Qarin, yang hidup bersama dengan manusia, terdiri daripada lelaki dan perempuan, manakala Al-Hatif ialah jin yang suaranya dapat didengar oleh manusia tetapi tidak dapat dilihat.
Jin yang dinamakan Al-Amir tinggal di tempat tertentu di tempat tinggi seperti di kemuncak gunung, di lembah-lembah, rumah yang ditinggalkan, di kubur atau di bumbung rumah. Nama lain ialah Asy-Syaqq iaitu syaitan yang boleh menjelma separuh bentuk manusia yang kadang-kadang mengganggu manusia ketika musafir keseorangan.
Nama lain yang lebih dikenali ialah al-Wilha, iaitu golongan jin yang mengganggu manusia ketika mengambil air sembahyang, menyebabkan seseorang itu mengambil wuduk berulang kali. Manakala “Khanzab” ialah syaitan yang mengganggu manusia ketika mendirikan sembahyang, menyebabkan seseorang itu berniat berulang kali, memesongkan ingatan manusia kepada peristiwa di luar sembahyang menyebabkan hilang rasa khusyuk.
Abdullah bin Muhammad bin Ubaid meriwayatkan satu hadis, daripada Mujahid, ia berkata: Iblis mempunyai lima anak, masing-masing diberi tugas, iaitu Thabur, A’war, Masuth, Dasim dan Zalambur. Thabur berurusan menggoda orang yang ditimpa musibah agar meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan meratap ratapan jahiliah: A’war ditugaskan menggoda manusia melakukan zina. Masuth ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah. Dasim pula menggoda suami agar marah isteri, manakala Zalambur menipu menyemarakkan manusia agar menipu ketika di pasar.
Nama-nama iblis dan syaitan yang termaktub dalam al-Quran juga daripada hadis-hadis serta fungsi masing-masing telah dijelaskan. Banyak lagi nama iblis dan syaitan yang terdiri daripada golongan jin, namun nama-nama seperti tertera iaitu du li lah, hir rob, kiyyau, kannak dan kannas tidak termasuk dalam nama-nama diperturunkan. Biarpun tidak mustahil andainya nama-nama yang terdapat dalam bacaan al-Fatihah yang cacat bacaan, namun setelah meneliti nama-nama yang dikatakan wujud dalam al-Fatihah yang salah bacaannya dirasakan hanya rekaan belaka, tanpa sumber yang utuh atau boleh dipertanggungjawabkan.
Hanya satu nama iaitu Kannas atau tersebut dalam al-Munjid, yang bermaksud sesuatu yang disapu oleh penyapu. Walaupun demikian kalau ia dieja sebagai “khannas,” ia adalah merujuk kepada nama syaitan yang menahan dan melambat-lambatkan seseorang untuk zikrullah.
Dalam kitab-kitab fikah, yang membicarakan tentang bacaan al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun sembahyang, nama-nama syaitan seperti didakwa langsung tidak disentuh.
Disebut bahawa orang yang bersembahyang mesti memelihara semua huruf al-Fatihah juga segala tasydidnya. Andainya tergugur satu huruf atau satu tasydid atau ditukar satu huruf al-Fatihah dengan huruf lain, ataupun rosak baris yang mengubahkan maknanya, maka tidak sahlah sembahyang yang dilakukan, andainya ia melakukan dengan sengaja dan ia ketahui mengubah maknanya.
Andainya keadaan ini berlaku dengan tidak sengaja, jahil dan tidak mengubah maknanya, maka tidak batallah sembahyang, tetapi hendaklah membacanya semula.
Implikasi daripada kandungan boleh menyebabkan timbulnya kesan buruk. Orang yang tinggi pengaruh gangguan sembahyangnya, yang mengambil wuduk melebihi kebiasaan, berulang kali mengangkat takbir ketika niat, mengulangi huruf-huruf kesamaran ketika membaca al-Fatihah dan sering lupakan rakaat sembahyang akan berasakan sembahyang itu satu penyeksaan.
Lebih teruk ialah orang yang lupakan bacaan sembahyang dan berasa terganggu sebaik masuk waktu sembahyang. Bagi orang seperti ini sembahyang merupakan sesuatu yang meragut kebahagiaan daripada ketenangan hidupnya. Sebaliknya, jika ia tidak sembahyang, keadaan seperti ini tidak timbul. Kerana itu berkemungkinan seseorang itu akan terus meninggalkan sembahyang.
Keadaan akan menjadi lebih parah apabila orang yang terganggu sembahyangnya menyedari adanya sebutan nama-nama iblis atau syaitan dalam bacaan al-Fatihah. Orang yang bermasalah membaca al-Fatihah memang selalu silap ketika membacanya terutama pada huruf kesamaran, pada tasydid dan sebagainya. Kerana itu akal fikirannya akan tertumpu bahawa apa yang disebut dalam al-Fatihah melibatkan sebutan nama-nama iblis dan syaitan. Kerana itu besar kemungkinan bahawa mereka tidak akan sembahyang langsung, kerana ia hanya akan menyebut nama-nama iblis dan syaitan dalam sembahyang yang didirikan.
Nama-nama yang disebutkan di atas tidak ada punca sandarannya. Sebenarnya kalau hendak dikeluarkan nama-nama dalam al-Fatihah, lalu didakwa sebagai nama syaitan, setiap kalimah itu boleh didakwa sebagai nama syaitan, kerana ia tidak ada punca sandarannya.
Persoalan remeh-temeh seperti ini hakikatnya tidak perlu ditonjolkan. Bagi pembaca pula, selain perlu merujuk kepada hukum, akal sendiri boleh memikiri tentang lojiknya. Terlalu banyak masalah di kalangan orang Islam yang masih belum selesai dan perlu diselesaikan. Jangan buang tenaga memikiri sesuatu yang tidak bermanfaat.
Dalam mempelajari ilmu fikah, termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan fardu ain, kita banyak didedahkan dengan tafsiran yang berlainan daripada pendapat ulama yang muktabar, tentang hukum halal dan haram, najis atau suci.
Sayangnya, dalam keadaan tertentu, pembaca seolah-olah ditinggalkan begitu sahaja tanpa dapat memahami pendapat yang mana sewajarnya diikuti.
Dan apabila timbul persoalan-persoalan yang membicarakan sah atau tidaknya sesuatu sembahyang yang dilakukan, termasuklah sebutan nama-nama jin dan syaitan seperti yang kemukakan, kecelaruan akan lebih ketara yang ada kalanya seumpama tidak ada jawapan. Sewajarnya persoalan-persoalan seperti ini bukan menjadi persoalan pokok yang perlu dihuraikan.
Sesungguhnya, tidak ada nama syaitan di dalam Al-Fatihah walaupun anda tersalah sebut. Jika anda salah sebut, ia adalah termasuk dalam bab kesalahan hukum tajwid.
Credit:badrulhisham.net

Sakaratul Maut...bersediakah kita menghadapinya..???

08 August 2011

0 comments


Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): “Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar”.

Terjemahan Surah Al-Anfal, ayat ke 50.
……….

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: “Telah diberi wahyu kepadaku”, padahal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya; dan orang yang berkata: “Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah”. Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan “sakratul-maut” (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): “Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya”.

Terjemahan Surah Al-An’am, ayat ke 93.
……….

"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang".
(H.. Ibnu Abu Dunya).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.


"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail,

"Wa'alaikum salam wa rahmatullah". Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail. 


Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.

"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita". pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

"SubhanAllah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s.

"Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

"Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata:

"Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? fikir Nabi Idris a.s.

"Siapakah engkau sebenarnya ?" tanya Nabi Idris a.s.

Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius.

"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.

"Atas izin Allah. Aku sekedar berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.

"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s

"Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.

"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris a.s.

Tanpa seizin Allah. Aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.

"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail.

"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti". Jawab Nabi Idris a.s.

"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?

Bersediakah kita untuk menghadapinya ?



Sumber:http://tazkirahs.blogspot.com

p/s: sahabat2 cuba tanya diri dh bersediakah kita...jawab dlm hati ye..x salah mengingati mati kan...

Santai Sekejap:Keindahan dunia Metematik

30 June 2011

0 comments

1 x 8 + 1 = 9
...

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

...

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

buat renungan bersama....:-)
.

Info Bersama: Istiwa A'zam (Istiwa Utama)

0 comments
Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).






Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH….



Bilakah Istiwa A’zam berlaku?
 Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.  (Rujuk gambar di atas)
  • Tandakan arah qiblat.
Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat.  Sebarkan, insyaALLAH…

Seruan 4 Syabab

05 May 2011

0 comments
Saudaraku!
Ramai daripada kita yang mengetahui akan hadis yang menyebutkan tentang ingat lima perkara sebelum lima perkara. Ianya pernah dipopularkan dengan alunan merdu oleh kumpulan nasyid Raihan.


Hadis itu berbunyi,
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)


Sudah ramai para penceramah dan ustaz-ustaz berbicara panjang lebar tentang sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit�dan hidup sebelum mati. Tapi jarang sekali kita mendengar atau membaca ulasan-ulasan untuk peringatan nabi yang ditujukan khusus untuk golongan kita, iaitu masa muda sebelum hari tua. Kenapa agaknya nabi berkata ‘rebut masa mudamu sebelum masa tuamu’?


Saudaraku,
Seorang pemuda pastinya mempunyai tenaga yang banyak, desire yang tinggi dan keberanian yang tiada limitnya. Oleh itu, wajarlah kita untuk menggunakan segala kelebihan ini sebelum kita dimamah usia. Namun, cara apa yang sepatutnya kita menggunakan kelebihan masa muda ini? Adakah dengan sekadar ‘sibuk’ dengan hiburan, game, movie dan etc. Atau kita menggunakan kelebihan kita ini untuk mendidik diri dan hati menjadi pemuda islam yang dekat dengan tuhannya, dekat degan al-Quran, dekat dengan hadis dan mencintai ibadah-ibadah kepada Allah. Adakah kita kearah menjadi pemuda dunia atau pemuda Islam?


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya,pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Lihatlah, betapa besarnya ganjaran yang menunggu untuk pemuda yang punya jati diri, untuk pemuda yang kukuh hatinya, untuk pemuda yang berjiwa mukmin. Inilah sepatutnya parameter yang perlu ada dalam diri setiap remaja. Apabila berkata tentang mengabdikan diri kepada Allah, bukanlah bermakna kita perlu sentiasa berada di masjid untuk beribadah atau perlu menjadi ustaz. Tapi, pemuda yang mengabdikan diri kepada Allah adalah pemuda yang sentiasa tahu tujuannya diturunkan kebumi, sentiasa sedar perlakuan, percakapan dan apa yang terlintas di hatinya diketahui oleh yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Jika mahu berfacebook contohnya, dia tahu tahu batas-batas yang perlu ada, jika ada group discussion dengan berlawanan jantina contohya, dia tahu batas-batas yang perlu dijaga. Jika dia seorang engineer atau doktor, dia menjadi engineer atau doktor yang beriman dan bertakwa.


Sabda Baginda SAW bermaksud:
Sesungguhnya Allah�sangat�kagum�kepada pemuda�yang tidak memiliki sifat kebudak-budakan.”


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta’labah, salah seorang daripada para sahabat Nabi s.a.w. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.


Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah s.a.w. Namanya Ta’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam,beliau selalu mengikut Rasulullah mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah akan khabarkan kepada Ta’labah. Suatu hari Rasulullah menyuruh Ta’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Ta’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka ditiup angin dan Ta’labah terlihat seorang perempuan sedang mandi. Ta’labah terus berkata;
” A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril beritahu kepada Rasulullah s.a.w! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada gua. Ta’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Rasulullah s.a.w menanti kepulangan Ta’labah beberapa hari namun Ta’labah tidak kunjung tiba lalu Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Umar untuk mencari Ta’labah dan Saidina Umar terjumpa Ta’labah di tempat dia sembunyi tadi. Umar berkata;
“Ta’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”
“Kenapa, sudah turun kah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tak nak masuk neraka, aku tak nak masuk neraka.” Kata Ta’labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Ta’labah sudah sangat lemah, Umar memimpinnya balik kerumah. Apabila Rasulullah s.a.w menziarah Ta’labah, Ta’labah sedang terlentang lalu Rasulullah s.a.w meriba kepala Ta’labah tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya;
” Kenapa wahai Ta’labah?”
” Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,wahai Rasulullah” kata Ta’labah.
” Apa yang kamu mahu Ta’labah?”
” Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”
” Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”
” Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”
Lalu Rasulullah s.a.w berkata:
” Wahai Ta’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”

Lalu Ta’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah s.a.w. Yang menariknya, ketika mayat Ta’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Ta’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Ta’labah dalam keadaan berjalan yang agak tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya:
” Wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”
Rasulullah menjawab:
” Kamu tidak melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Ta’labah ke kubur.”

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Ta’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah walaupun dia tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah s.w.t. Akhirnya matinya di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Wahai pemuda berjiwa besar,
Sama-sama kita melihat kemana tujuan hidup kita diacukan, apakah kemuncak kejayaan yang kita idam-idamkan. Mungkin ramai dari kita yang mahukan kereta sport yang berkelajuan tinggi, citakan kerjaya yang beri pulangan lumayan, idamkan isteri yang lagak seperti model. Namun tahukah saudara ada sesuatu yang lebih besar dan tinggi nilainya. Itulah keredhaan dan keampunan Allah! Itulah syurga Allah!


O saudaraku....
Sama-sama kita persoalkan dimana keadaan kita pada hari ini. Apakah hati kita sudah sama seperti Ta’labah atau selama ini dibuai kenikamatan dunia.


Sama-sama kita insafi betapa banyaknya masa yang kita telah bazirkan dengan hiburan dunia, betapa sedikitnya masa yang kita luangkan untuk menggapai keredhaan Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan,�usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Tangisilah, tangisilah..........dan takutklah kita kepada azab Allah.


Apakah jika Allah bertanya tentang masa muda kita nanti, kita akan menjawab dengan muka yang penuh riang menunggu balasan syurgaNya, atau kita akan menggeletar ketakutan dan bermurung kerana memikirkan azab neraka yang bakal menimpa kita?

Tanyalah diri kita sendiri, kerana kita lebih mengetahui tentang diri ini.

Sumber: zahamuslim (sahabat dri Halaqah)

Istidraj

19 April 2011

2 comments
Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.


Rasullulah s.a.w bersabda:
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)


Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa
keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.



sumber: Amzar (sahabat dari komuniti ukhwah)

Man La Yarham, La Yurham

14 April 2011

1 comments
Teringat seorang teman menyatakan "Jauhkan diri dari rapat dengan seseorang. Sesungguhnya ia boleh membuatkan kita memendam rasa andai ada yg tidak kena dalam perhubungan."



Namun, sejauh mana ianya diaplikasikan?




Islam amat menitik beratkan berkasih sayang bagi setiap insan tanpa mengira kaum, pangkat dan harta. Hablumminannas. Malah, Islam juga menganjurkan sifat mengasihi semua makhluk ciptaan ALLAH di muka bumi. Kasih sayang ALLAH mengatasi segalanya. Dengan Kasih sayangNya, kita dapat menghirup udara secara percuma tanpa perlu dibayar sewa. Mustahil kita akan mendapat kasih sayang ALLAH jika kita sendiri tidak mengasihi makhluk yang lain.







Kita hidup bermasyarakat. Malah, memerlukan manusia di sekeliling kita. Jesteru, untuk diri disayangi, hendaklah menyayangi. Dalam satu hadis, Rasulullah Sollallahu A'laihi Wasallam bersabda, ‛Man la yarham, la yurham’ yang bermaksud ‘Barang siapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi’ (HR Muslim).



Apa kaitan kasih sayang dan rapat dengan seseorang?




Pandangan saya, apabila kita berkawan dengan seseorang, kita akan cuba mengenalinya. Sedia menerima baik dan buruknya. Malah, tidak menilai dirinya dari aspek luarannya. Setiap manusia dikurniakan fitrah untuk bersosial untuk menemani kehiidupan kita yang singkat ini. Memang tidak dinafikan, perasaan cemburu, perasaan memerlukan perhatian, terasa, ia adalah suatu rasa yg diberikan oleh ALLAH untuk kita merasai asam garam dalam persahabatan. Ia mewarnai lukisan persaudaraan kita.



Jesteru, kenyataan tidak mahu rapat kerana ingin menjaga hati dan perasaan amatlah tidak dipersetujui. (sekadar pandangan peribadi)



Pandangan Kedua : Setiap sahabat yang hadir dalam hidup kita amatlah unik. Hargailah dia kerana dia juga seorang insan seperti kita. Menceriakan suasana kehidupan kita. Malah, segala kebaikan sahabat dapat kita praktikkan untuk kebaikan diri kita sendiri. Kebaikan seorang manusia tidaklah sama dengan yang lain. Untuk membentuk peribadi muslim yang berjaya, kita hendaklah mencontohi praktik2 yang baik utk diimplementasikan dalam kehidupan kita pula agar kebaikan tersebut dapat dikongsi bersama. Contohnya : Sahabat kita istiqamah membaca doa menaiki kenderaan, terkadang kita akan turut praktikkan. =) Kehidupan ini amatlah singkat. Di kala ini, kita dikurniakan teman2 skrg, dan mereka tidak akan tetap bersama kita sehingga kita mati nnt. Kehidupan kita akan diteruskan apabila kita berhijrah ke suatu keadaan yang lain. Contohnya, Jika sekarang kita di Tingkatan 5, kita akan dapat kawan2 yg bersama kita dalam suka dan duka. Namun, kita x akan berjumpa dengan kawan2 tersebut, jika kita ditempatkan di menara gading. Ini kerana kita akan berjumpa dan mengenali teman yang baru dalam fasa tersebut. Jesteru, di setiap fasa kehidupan kita, teman2 silih berganti. Jadikanlah kebaikan seorang teman dapat di"transfer" pada kita. Yang Baik, kita amalkan, Yang buruk, kita jadikan sempadan.







Pandangan Ketiga: Apabila kita rapat, kita akan cuba jadi sahabat yg baik dan cuba mengelakkan daripada sahabatnya terasa hati dengannya. Kejujuran dan keikhlasan amatlah penting dalam sesuatu hubungan. Malah sifat memahami merupakan asas kekuatan ukhuwah. Selain dapat menegur sesama kita sekiranya ada salah dan silap, kita juga dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Apabila kita rapat, kita dapat merasai kemanisan ukhuwah itu sendiri. Sharing and Caring with each other. Sesungguhnya, persaudaraan itu amatlah indah. Bila kita bersahabat, selamanya kita bersahabat.



Pandangan Keempat: Apabila kita rapat dengan seseorang, kita akan pasakkan hubungan kita kerana ALLAH. Bagi memperoleh ketaqwaan dan kemanisan iman, redha ALLAH kita cari untuk menjalinkan hubungan. Sesungguhnya, di dunia ini, kita hanya mengharapkan keredhaan ALLAH atas apa yg kita lakukan. Insya ALLAH, ada barokah dan sentiasa dipelihara ALLAH.



Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala yang mafhumnya;

“Bahawa orang-orang yang beriman itu bersaudara.” [Al Hujurat: 10]




“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).” [Az-Zukhruf: 67]




Banyak hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang membenarkan kenyataan ini.



Pertama: “Tiga perkara siapa yang ada padanya akan dapat merasai kemanisan iman, iaitu; Pertama, bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi daripada yang selainnya. Kedua, seseorang itu kasih kepada seseorang dan tiadalah ia kasih kepadanya melainkan kerana Allah. Ketiga, bahawa ia benci untuk kembali menjadi kekufuraN sebagaimana ia benci untuk dimasukkan ke dalam api neraka.” [Riwayat Bukhari]



Kedua: Sabda Rasulullah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam, “Dan dua orang berkasih-kasihan demi Allah dan begitu juga apabila berhimpun.” [Riwayat Bukhari]



Ketiga: Seorang lelaki yang menziarahi saudara seagama.

“Bahawa seorang lelaki menziarahi saudaranya di desa. Maka Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengutuskan seorang malaikat mengikuti dalam perjalanannya, maka manakala malaikat bertemu dengan lelaki itu ia bertanya, “Ada urusan apa?” Jawab lelaki itu, “Aku hendak menemui saudaraku di desa ini.” Malaikat bertanya lagi; “Ada apa-apa yang dibawanya?” “Tidak! Melainkan aku ke sana kerana aku kasih kepadanya.” Lalu berkata malaikat; “Aku malaikat utusan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala untuk memberitahu bahawa Allah SubhaNahu Wa Ta’ala kasihkan engkau sebagaimana engkau kasihkan saudaramu.”” [Riwayat Muslim]



Free je dapat pahala apabila kita niat kerana ALLAH.



Pandangan Kelima : Bersahabat amatlah bermakna dari beribu kali couple. hoho.. agree with me or not? :D



It means, apabila kita berkawan or bersahabat, we'll share a few things. Tanpa rasa malu dan segan. Malah tiada dosa jika berpegangan tangan or bersalaman. Senang menjaga hubungan. We'll care each other. Tapi, bila berkawan dgn lelaki ni, (couple), susah nk jaga diri, susah nk share perkara2 yg x boleh nk share. Klu share pon, first2 tu mesti malu2. Maruah seorang perempuan hendaklah diangkat setinggi2nya, bukan merendah serendah2nya. Rasulullah Sollallahu A'laihi Wasallam telah menyatakan bhw Islam telah mengangkat martabat seorang perempuan. Malu adalah perisai utama wanita selain dari iman. Pabila bercouple, kita mudah terjerumus ke dalam perkara2 yg dilarang ILahi. Malah, cepat dapat dosa, kerana memandang perkara yg buruk sebagai perkara yg baik.







Those are my opinion. Berkawan and terus berkawan. Walaupun, teman2 sy mengatakan rapat adalah sesuatu yg mustahil, sy tetap akan cuba rapat dengan pertolongan ALLAH. Ini kerana, kemanisan ukhuwah itu amatlah bahagia.. Rindu untuk bertemu, Sentiasa bersama. Melakukan ibadat bersama2. =)







Walaubagaimanapun, kasih sayang ALLAH mengatasi segalanya. Tiada sempadan. ALLAH Maha Kaya dengan Kasih Sayang. ALLAH lah yg pertama di hati dan perlu disayangi. ALLAH sayang akan hamba2Nya. Kita sbg hamba perlu sayang ALLAH mengatasi segalanya. ALLAH lah yg memercikkan rasa kasih sayang kita pada sahabat kita. Alhamdulillah..

Diambil dari entri yang ditulis oleh Faqirah ILa ALLAH .....sahabat dari NasyidFM..(Man La Yarham, La Yurham)