Bumi Senja

21 February 2013

2 comments





Diam pada zahir
terasa kelu untuk bersuara
cuba bernafas dalam sesak
memerhati rona-rona hidup
mahu ditegur terasa tidak pantas
kerna berdiri atas pena kecil

Termetri pada bumi senja
menanti matinya jiwa
hilang dalam tandusan iman
bergerak bersama
tahkta dan kuasa
memisah antara 2 sempadan

manusia suka mencipta jarak
bila berjalan mendongkah langit
gah pada ilmu terbatas
bagai sempurna tiada silap
hingga lupa memandang kebawah
sedar pada kuasa memberi langkah

Bila jatuh baru terjaga
sedar ada kawan menjadi lawan
faham hukum 360 darjah
tak selama ditempat tinggi

Mula Belajar mencari nilai kesamaan
baru tahu
aku dan kamu tiada beza
kembali pada tempat yang sama

10.40 am
21/02/13
Tanjung Lumpur

---------------------

4 Pesanan Imam Hasan Al-Basri

1) Jangan kamu tertipu dengan tempat yang indah dan cantik kerana tiada tempat yang lebih cantik daripada syurga, sesungguhnya bapa kita Nabi Adam a.s dulu pernah tinggal di dalam syurga dan menikmatinya tapi kemudian apa yang terjadi?

2) Jangan kamu tertipu dengan ilmu kamu yang banyak,sesungguhnya BAL'AM bin BA'Ura' sangat-sangat banyak ilmunya hingga dengan izin ALLAH dia mampu melihat Luh Mahfuz tapi kemudian apa yang terjadi?

3) Jangan kamu tertipu dengan amalan kamu yang banyak sesungguhnya iblis laknatullah teramat banyak amal ibadahnya kepada ALLAH tapi kemudian apa yang terjadi?

4) Jangan kamu tertipu apabila kamu bermimpi berjumpa dengan wali-wali ALLAH kerana sesungguhnya tiada lagi manusia yang paling afdhal di muka bumi ini melainkan NABI MUHAMMAD S.A.W.