perjalanan hidup melakar ayat demi ayat,
membina satu rangkap melengkapi satu pusingan,
melangkaui pelbagai versi epilog alam,
dari sebesar mata kasar melihat,
hingga sekecil zarah telepas pandang,
ada yang dibawa angin tiada sedar ia hadir..
“Aku lebih dekat denganmu lebih dari urat leher kamu...” (Qaaf : 16)
Alhamdulillah..
Tahun ni Allah masih bagi peluang untuk bertemu ramadhan.. harap terus dapat memperbaiki ibadat puasa dari tahun2 yang lepas..
sekali lagi peluang ini datang.. jangan sesekali membiarkan terus berlalu.. mungkin ini yang terakhir.. salam ramadhan... bulan yang penuh barakah... insyaAllah..
Layar Kembali masih berlabuh saat detik terus bergerak ruang masa masih ada tiada kata terlambat walaupun dilaluan berbeza tapi pada satu landasan moga Allah redha..
sangat berharap untuk ke tempat itu.. moga diberi kesempatan..
seminggu cuba untuk cari pencerahan ttg beberapa main topic yg selalu bermain di fikiran ( syiah, iran & iraq, hitler , dan the hidden hand).. akhirnya..boleh diletakkan titik noktah untuk masa ni.. ada masa akan cuba sambung lgi..
sebenarnya tak nak meletakkan satu kesimpulan ttg tajuk diatas.. biarlah hati ini yang menilai.. x de kelayakan untuk membuat rumusan untuk tatapan umum.. :)
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.” (Surah Ali Imran: 103)
“Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. Iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Surah Ar-Ruum: 31-32)
sebenarnya..selepas meletakkan titik noktah sementara untuk "sedetik nafas: sebelum terlambat".. diri merenung jauh keluar tingkap.. berbicara dengan alam..
malam ini sungguh pekat...
tapi boleh merasai ketenangan...
masih ada bulan dan bintang menerangi...
menjadi teman...
tapi...
manusia yg berjalan di pentas bumi...
tak setenang alam ini..
kekuasaan duniawi menjadi keutamaan
tikam menikam menjadi rencah kehidupan
fitnah menjadi mainan
sampai bila...
sebelum terlambat...
diri masih berharap..
dapat melihat..
kekuatan islam..
seperti zaman Rasulullah s.a.w & para sahabat..
seperti zaman Muhammad al fateh
seperti zaman Salahuddin al ayubi
yang sering didendangkan oleh ustaz2
bukan seperti sekarang...
" Pandanglah kebawah untuk insaf pda nikmat yg melimpah..& Dongaklah keatas untuk sedar akan amal yg terbatas.. "
sedetik nafas...sebelum terlambat...
silentkiller~seeker~
p/s: nak p siapkan vo & final remeasurement utk meeting hari selasa ni..banyak333...(jadi teman utk tgok euro pagi2 ni...hehehehe..) =)
kita belajar dengan ujian dan dugaan.Kita membesar dengan
ujian dan dugaan.Kita dewasa dengan ujian dan dugaan.Kita matang dengan ujian
dan dugaan.Kita kenal erti hidup dengan ujian dan dugaan.Dan kadang-kadang
ujian dan dugaan tu bukan hanya kepayahan.Kesenangan pun satu ujian. ~Hlovate~
Sebenarnya tak de apa pun nak coretkan.. sekadar nak kongsi
2 video kuliah dari Dr. MAZA & Ust. Kazim.. yang sangat menyentuh hati.. J
"Hidup adalah kembara. Kita merentasi banyak tempoh dan
episod. Ada masa kita susah melalui hujan yang lebat ataupun panas yang terik.
Ada masa kita sukar mencari tempat berteduh. Ada masa kita dialu-alukan. Ada
masa kita makan enak. Ada masa kita hanya makan sekadar untuk meneruskan hidup.
Sehingga saat kita sampai ke tempat tuju. Rumah kita yang asal." ~Dr.MAZA~
Ujian,bahasanya bisu.Hadirnya tidak terduga.Ada kala ujian
itu bertandang untuk membersihkan dosa.Ada kala untuk mengajak kita
bertanya,apakah diri sudah terlupa.Ya…terlupa siapakah kita disisi-Nya.Terlupa
dari mana datangnya dan kemana pula hala hidup kita?Terlupa kita sebenarnya
tidak punya apa-apa.Apakah masih ingin menderhaka pada-NYA? ~USTAZ KAZIM~
DOA & Taubat (DR MAZA)
Sabar Dengan Ujian (USTAZ KAZIM)
Hari ini Allah masih memberi peluang kita berjalan dipentas
bumi... terserah pada diri untuk memilih jalan yang mana... kalau ada silap
masih ada ruang untuk diperbaiki.. kalau ada masalah.. carilah jalan untuk
keluar... tak perlu putus asa.. sebenarnya cahaya yang terang itu datang dari
lorong yang gelap.. J
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut : 2-3)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah : 286)
RASA FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran : 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan) & bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran : 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah : 45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."(Surah At-Taubah : 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!! "... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf : 12)
I said to Allah : "I hate life" Allah replied :"Who asked you to love life..?? Just love me and life will be beautiful ♥ Sahabatku, janganlah kau merasa takut, rugi & menyesal untuk meninggalkan sesuatu kerana Allah. Janji Allah itu pasti & Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Sesungguhnya ada sesuatu yang lebih baik yang telah Dia takdirkan buat hamba-Nya yang tidak pernah berputus harap untuk memohon hanya yang terbaik dari-Nya. Takkan menyesal buat mereka yang melakukan sesuatu & meninggalkan sesuatu semata-mata hanya kerana Allah.
Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)
~Teruskan berpegang pada Al-Quran dan sunnah..insyaAllah kita akan selamat...~
silentkiller~seeker~ 0.51 am 14/02/2012 B.I.M
p/s:dah lme x meluahkan sesuatu..harap tulisan kali ini ada manfaat..ada silap harap tegur...:)
Alhamdulillah.. dapat jugak masukkan entri yg pertama tahun 2012...
Pertama sekali ucapan salam Maulidur Rasul..bukan sekadar lafaz dihujung mulut tapi sama2 kita mhayati....banyakkn selawat kepada RASULULLAH S.A.W..:)
Seandainya Nabi SAW masih Disisi Kita
“Apabila sesuatu perkara terlalu banyak kita beri perhatian maka akan ada perkara lain pulak yang kita abaikan.”
Tertarik dengan kata2 diatas...yg dipetik dalam wall Ustaz Mohd Kazim Elias...
Setiap hari kita berjalan melalui aturan kehidupan....berapa kali kita mengambil masa utk bermuhasabah diri...menilai kesilapan yg terbuat dalam perjalanan hidup... Apabila kita berjalan agak susah untuk mengelak debu-debu dari jejak berterbangan... terkadang kita pun tak perasan ianya ada.. itulah hidup..selagi bernama manusia..sukar bagi kita mengelak dari melakukn sesuatu yg menguris hati insan lain..tapi kita cuba belajar untuk tak mengulangi kesilapan yg sama..tak terfikir ke..utk kita jadik spt burung yg tenang bermain diudara..memberi ketenangan bgi insan yg melihat...
Putaran kehidupan akan terus berjalan..cari kebaikan sebanyak mungkin...jadilah manusia yg boleh mberi manfaat kpd org lain..bersyukurlah apa yg Allah berikan pda kita..jgn selalu memandang rendah kekurangan ssorg...sbb smua manusia diberikn kelebihan & kekurangan masing2.. sbab tu kita hidup memerlukn satu sama lain..saling melengkapi... hidup ibarat roda yg berada diatas perlu sentiasa memandang yg dibawah..x tahu mungkin masa depan kita yg berada dibawah..hidup yg "meaningful" ..kita boleh hargai setiap orang disekeliling..seseorg yg dihntr dalam diari kehidupan dgn 2 sbab yg pertama utk kita belajar dari dia..yang ke2 utk kita melengkapi kekurangan dia....:)
Cukuplah coretan hari ni...x nk pnjg2 sngt...nk tinggalkn satu lukisan dibawah (Nota kehidupan...)..sama2 kita renungkn....
setiap saat kita melangkah..banyak yang berubah..terubah dan diubah.. kita pada hari ini tidak akan sama pada esok...tapi biarlah setiap hari yang berlalu kearah kebaikan...:)
p/s:baru habiskan bacaan Rayyan Fantasi... apa yg terfikir ianya ada...:)
Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana masih memberi ruang nafas untuk terus meniti dalam kehidupan...:)
Coretan terakhir utk 2011..
Alhamdulillah..genap setahun blog ni bertapak..harap spnjg ni de manfaat yg diberi..:)
Terlalu banyak nikmat yg Allah berikan..rasa sangat2 kerdil diri ni... kerana kurangnya rasa bersyukur dalam hati.. terkadang rasa malu..hanya beberapa hal yg diminta tak dimakbulkn..hati sudah membentak...terkadang sesuatu tu untuk kebaikan diri...
Syukur Alhamdulillah..beberapa kali diri terlupa...masih lagi diberi ruang untuk memperbaiki diri..dan terima kasih pada sahabat yang sentiasa mengingati..dan syukur sekali lagi kerana sentiasa mempertemukan aku dengan org yg baik2...:)...
k..tutup pasal ni..macam biasa nak kongsi sesuatu yang menarik...
Makna Sebuah Kehidupan..
Nak kongsi satu puisi dipetik dari Buku Makna Sebuah Kehidupan...sama2 kita hayati setiap bait kata...:)
-Raja Ahmad Mukhlis Al-Azhari-
Amalahullahu bilutfiHi Al-Khafiy
Makna Sebuah Kehidupan
Ketika insan melihat ke langit,
Lalu bertanya kepada dirinya,
Adakah langit sebagai hujungnya,
Hujung bagi sebuah kehidupan?
Saat insan melihat ke tanah,
Lalu hati terasa pasrah,
Adakah ini penghujung kisah,
Atau dari sini mulanya kembara,
Kembara menuju destinasi cinta?
Ketika insan mendengar firman,
Mencari jawapan daripada Tuhan,
Tentang makna sebuah kehidupan,
Lalu Allah memberi pedoman,
Tentang diri jua kehidupan,
Tentang yang pasti berbanding kepalsuan.
Hidup ini maknanya nyata,
Bagi mereka yang inginkan bahagia.
Hidup ini hakikatnya ada,
Pada kembara menuju cinta,
Cinta Tuhan yang Maha Pencinta.
Maka hiduplah dengan makna ini,
Duhai insan yang mengerti,
Andai kebahagiaan yang ingin dicari,
Kerana hidup di dunia cuma sekali,
Sebelum kembali ke akhirat yang pasti,
Sedang setiap pilihan akan ditanya,
Apa ertinya ini dan mengapa,
Bukankah tujuan diciptakan untuk mengabdikan diri,
Kepada Tuhan Maha Pencipta?
Tertarik dgn perkongsian kata2 ni...simple but meaningful....:)
Credit: TopSphere Resources
ramai nak belajar, tapi hatinya kosong
ramai nak tgk, tapi mata dihalang rambut
ramai nak dgr, tapi telinga ditutup dgn tangan
ramai nak bercakap, tapi mulut kapit rapat.
ramai nak menjerit, tapi gigi dikancing kuat.
ramai tahu cara nak buat persoalan/tanggapan, tapi tak ramai tahu cara nak menyoal
pokok pangkal nya, tanda sama itu diri, tanya sama itu hati, kalo jiwa itu bersih, otak nya putih, akal nye tinggi, pemikirannya panjang,semua orang bole buat keputusan yang mudah.
hidup ini mudah. Allah dah kasi jalan yg lurus untuk kita ikut. cuma kita ni lalai di dunia, tak pandai nak pilih jalan, tersalah jalan bengkang bengkok jadinya.
Allah dah lahirkan orang berilmu dan sebagainya setiap jalan2 bengkok, mcm towtruck tunggu kete tepi jalan tunggu eksiden. tinggal nak nak bawak kita ke jalan lurus, bantu dengan cara mudah. tapi itu lah yg kita slalu lupa, terlepas pandang. pendek cite, kita malas.
Perkongsian satu video dari Dr.Maza..rasa sangat2 tenang melihat video ni...sama2 kita hayati..:)
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali...:)
setakat ni dulu..entri kali ni...klau de kekhilafan harap ditegur& di maafkan...harap kita semua akan sentiasa menjadi lebih baik...
p/s:sekarang tengah cari buku "Give and Take..Antara Hamba dan Pencipta"...rmai org kata best...
Assalamualaikum...yg de baca entri ni..harap semua berada dibawah rahmatNYA...
Ada masa terluang ni nak update blog sat... pejam celik..pejam celik..2011 dah nak tutup tirai..lepas ni 2012 menjelma..umur semakin bertambah...harap diri pun dapat bertambah baik bersama matangnya usia...:)
Point 1:
2..3..hari ni..ada buat research tentang air zam-zam...sekurang2nya dapat tambah sedikit ilmu pada diri yang mmg dah sedikit ni..klau org tanya ada juga point yg nk dibicarakan...
“Sebaik-baik air di muka Bumi adalah air Zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit.” (Thabrani dan Ibnu Hibban).
” Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? “ (QS Al-Anbiyaa/21:30)
Banyak yg boleh kita ambil disebalik air zam2 ni.. Air zam2 tak boleh dipengaruhi tapi boleh mempengaruhi... kalau kita campurkan dengan serbuk lain..tidak menghilangkan kejernihan air ni.. kita boleh aplikasi air zam2 ni dalam kehidupan kita..x mudah dipengaruhi anasir luar yang boleh merosakkan kejernihan hati..kuatkan dengan iman dan amalan..terkadang kita boleh mempengaruhi anasir yg negatif untuk menjadi positif...
Nak kongsi satu petikan dari artikel di atas...
jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang. Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau.
Point 2:
Hidayah ini milik Allah..
Dalam beberapa hari ini..Allah memberi peluang pada diri membaca kisah2 orang menerima hidayah Allah...terkadang membuat diri ini tersenyum sorang2 melihat keindahan cara mereka menerima hidayah..kecekalan mereka...terkadang melihat diri ini kecil berbanding mereka2 yang betul menghargai cahaya islam...kita lahir sebagai islam pun seringkali terabai sbgai tjawab sorg islam... banyak perkara dunia yg kita sibukkn..ada yg x penting kita boleh menghadap 5..6 jam..tapi nak menghadap Al-Quran selama tu belum tentu..kalau difikirkan balik...banyak masa dihabiskan dengan perkara2 yg x de manfaat..lepas kita merungut masa yang tak cukup...padahal masa yang diberikan betul2 cukup..x de kurang x de lebih....:)
Point 3:
Isu Ludah Meludah
Sekarang isu ni tengah panas dekat internet... nak beri pandangan cikit je..x usah la kita terlalu taksub dengan politik..sampai nak meludah-ludah..dan memaki..islam x ajar cara ni..yang nak diludah pun orang islam...lepas tu last2 ucap takbir....jangan nak kotorkan islam dengan cara-cara macam ni.. nak sokong politik..sokong la..jangan la terlebih2...lepas tu nak gaduh2... tak kemana pun kita ni..tak kira menteri ke..pegawai ke...orang biasa ke...last2 kain kafan jugak yang bungkus kita...ingat..apa yang kita perbuat dimuka bumi akan dihitung diakhirat sana...
Point 4:
Asas Kehidupan
Nak kongsi satu ungkapan yang menarik dari Dr Maza...
“Jika Tidak Dapat mengucapkan Perkataan Yang Baik Maka Banyakkanlah Diam... Jika Dirasakan Memberi Nasihat Terlalu Berat cukuplah Dengan Menghulurkan Doa Dan Munajat... Allah Tidak Menciptakan Manusia Itu Bodoh Tapi Kebijaksanaan Yang Berbeza....Justeru itu Carilah Kebijaksanaan Itu Kerana Itulah Saluran Kita Untuk Berbakti...."
"Dunia Ini Hanya Persinggahan"
"Lawak2 jugak...ade masuk tersirat.."
Entri untuk kali ini dinoktahkan kat sini dulu..klau de masa kn diupdate lgi...klau de tersilap bicara harap dimaafkan....klau ada salah tolong diberi teguran..sama2 kita mengingati....
Betulkah ada banyak kebetulan dalam hidup..??... sebenarnya x de istilah kebetulan dalam kehidupan..semua telah direncanakan Allah untuk kita.. tapi sungguh cantik Allah mengatur rencana dalam hidupku..terkadang tak terlintas pun difikiran aku..bermula dengan satu tanda tanya..semuanya telah dijawab dengan begitu mengagumkan.. tak boleh nak huraikan perasaan dalam hati ini.. syukur pada Allah memakbulkan doaku sekali lagi..Alhamdulillah... J
Yang pasti 2 perkara yang berlaku pada tarikh 10.12.11 biarlah terus terpahat dalam hati..tak nak ceritakan disini.. J
Ok..cukup setakat ini..ada yang lebih penting nak dikongsi.. sungguh rasa sayu mendengar penderitaan yang dialami.oleh adik An-Nur dan Annisa yang menghidapi penyakit CEREBRAL PALSY (Lumpuh Otak) & MITOCHONDRIAL DISEASE.
Bagilah yang membaca entri ni..harap kita dapat meringankan sedikit beban untuk membiayai kos perubatan yang ditanggung... yang tak mampu kita hulurkan secebis doa untuk adik2 ni kembali sihat untuk terus diberi ruang dalam kehidupan dengan izinNYA.. Allah memberikan kita senang untuk membantu yang susah dan Allah memberikan kita sihat untuk membantu yang sakit... J
Yang ke3..nak kongsi satu video oleh Dr.Maza..mungkin ada yang dah tengok... sama2 kita hayati...mungkin kita terlupa sekurang2nya boleh mengingati..
"Jangan Bersedih sesungguhnya Allah bersama kita"
Pilih jangan x pilih.... :)
cukup disini untuk coretan kali ini..agak berterabur entri ni..harap x de masalahkan..betul2 kekurangan masa untuk update blog.. Sekarang agak sibuk dengan preparation VO utk final accounts.. nak belek drawing2 yg berterabur..tpi keje kna ikhlaskn.. :)
Dengan nama Allah s.w.t dan lafazkan rasa syukur padaNYA dengan kurniaan rahmatNYA yang terus memberi kita untuk terus meniti dipentas kehidupan dengan nikmat hembusan nafas...
Dah berhabuk blog..sebulan lebih x diupdate dengan entri2 baru..diri ini ingin memohon maaf pada sahabat2 yang singgah..ada yg hntr mesej dekat ym dan email x dibalas.. bukan tujuan menghilangkn diri tpi lebih kepada memberi peluang untuk memerhati sesuatu yang selama ini terlepas pandang..(sangat bnyk..)..urrmm.. J
Alhamdulillah... akhirnya meeting psal vo berjalan lancar... dalam bulan ni btul2 berebut dengan masa.. utk preparation vo bnyk yg perlu ditgok balik..terkadang drawing yg berabad kna cari balik..klau item x de dlm BQ kna cri quatation dri supplier..wlaupun penat tpi bnyk yg dpt.. tpi pengalaman yg paling best dpt buat presentation didpn otai2 arkitek dgn engineer (maklum la pling muda.. J)...baik diorg nk dngr...entah btul entah tidak apa yg dibagi..janji smua selesai.. insyaAllah..hujung minggu ni ada satu lgi meeting yg menyusul...harap dipermudahkn sekali lgi...
Tutup psal ni ada sesuatu lgi yg menarik nak dikongsi... Alhamdulillah..syukur sekali lagi pada Allah kerana memberi peluang diri ini menghabiskan bacaan 3 buku yg sangat2 menarik untuk dihayati.. walaupun x de masa..tpi masih diberi ruang utk menghbisknnya...
1.Cogito Allah sum ! ~Semakin aku berfikir Allah semakin ada~ (Lalu Mohammad Zaenudin)
2..Isabella ~Sebuah novel Pembentangan Perbandingan Antara Islam dan Kristian “kisah benar”~ (Maulana Muhammad Saeed Dehlvi)
3.Rindu Eropah Tawan Damascus ~Kembara seluruh dunia..berhenti bila pokai..jalan semula jika berduit~ (Munir Ahmad)
Tajuknya nampak je berat..tpi pengisian yg sangat2 menarik.. terutama buku Isabella..btul2 meninggalkn kesan dihati.. insyaAllah kalau de kesempatan akan dikongsi sedikit tentang buku2 ini pada entri2 seterusnya..x janji...
k..la smpai disini coretan utk kali ini..lps ni kn ada beberapa artikel2 menarik yg kn dikongsi..dan ada 1 puisi..dh lma x menulis..akhirnya tertunai juga utk siapkn satu puisi...
“Silent Killer~Seeker~”
~Aku ibarat sampan kecil yg terkapai2 dilaut..dikelilingi kekuasaanMU... yg tidak akan berhenti belajar dan terus belajar untuk mdptkn keredhaan dan rahmatMU..jadikn sampan ini terus stabil pda keduduknnya walaupun dilanda badai..jangan sesekali biarkn sampan ini terbalik kerana putus asa dengan takdirMU..~
p/s: harap keputusan menolak 1 tawaran yg keemasan ni adalah tepat..niat dihati mmg nk pergi..tapi ada beberapa sebab yg x mengizinkn... insyaAllah ada sesuatu yg lebih baik menunggu dihadapan.. J
Assalamualaikum...sahabat2.. semoga berada dibawah payungan redhaNya...insyaAllah..
Alhamdulillah..syukur kepada Allah masih memberi denyutan nadi ini terus berjalan menghirup udara pemberianNya dan memberi mata ini melihat keindahan alam ciptaanNya yang sangat sempurna..
Dalam Jalan-jalan sebentar tadi mencari sesuatu untuk tatapan rohani terjumpa dengan artikel2 yang menarik utk dikongsi..
Fikirlah apa pandangan bumi padamu.
Mungkin meminta dikambus tanah?
Benci kau berjalan pada atasnya?
Senang bila kau menjejaknya?
Atau lebih baik kau tiada daripada ada?
Cari fitrah diri, insyaAllah senang kemudian hari..
~Akuislam.com~
Adakala, kita merasakan kehidupan ini akan berterusan tanpa hujungnya. Lalu, jiwa kita terasa selesa dengan kesenangan dunia. Adakala, kita menempa jaya demi jaya dalam mendaki kemuncak tertinggi di dalam jiwa. Lantas, timbul rasa dunia itu milik kita selamanya. Ketika itu kita lupa bahawa kehidupan kita ini ada titik noktahnya. Bahkan, kita melupakan tempat kembali kita yang hakiki.
~iluvislam.com (Dunia Kita ada Noktahnya)~
Belum saatnyakah kita menangis di hadapan Allah..???. Atau jangan-jangan, hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita. Imam Ghazali pernah memberi nasihat, jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis karena takut dengan kekuasaan Allah, justru menangislah karena ketidakmampuan itu.
~ukhwah.com ( Menghias hati dengan menangis)~
Inilah sedikit petikan daripada artikel2 tersebut ..untuk direnungkn bersama.. bukan sekadar kata-kata indah yang dibawa angin tetapi untuk dihayati...
Terkadang dalam melayari kehidupan sehari2..banyak yg terlupa..banyak yg terabai... mencari waktu untuk pengisian rohani pun dikaburi dengan kesibukan kerja yang takkan pernah terhenti.. padahal setiap hari menggunakan nikmat nafas yang diberikan Allah melakukan kerja2 seharian.. begitu mudah diri terlupa... J
Bersama kita mengambil kesempatan yang ada untuk mecari redha Allah..mengimbangi hal2 dunia.. dan ibadat2 kepadaNya... mengingati antara satu sama lain kalau ada yang terlupa... hari ini kita sihat.. esok mungkin kita sakit... hari ini kita boleh lagi berjalan esok belum tentu kita akan terjaga..
Kalau ada kekhilafan pada diri... segeralah bertaubat kepadaNya... kemana lagi ntuk mengadu pabila rasa sakit.. pabila rasa sedih.. pabila rasa sunyi..kalau bukan sujud kepada Allah s.w.t.. hanya kepadaNya kita mengharap..
Berjalanlah dihamparan bumi dengan penuh makna menghargai apa yang ada.. ikhlaskn dgn rasa syukur... memerhati dan memahami..bukan dengan kesombongan dan keangkuhan ....
Silent Killer ~seeker~
“Berjalanlah tanpa henti mencari dan terus mencari.. belajarlah memerhati dan memahami bukan selalu mengikuti.. J ”
P/s:kalau de kesempatan cari lah artikel2 diatas..sangat menarik. J
lme btul rasanya x update blog..pejam celik2 dh hmpr sebulan x masukkn entri baru...dalam sebulan dua ni agak sibuk menyiapkan sesuatu..& dengan kerja2 office yg semakin bertambah..insyaAllah akhir tahun ni project kt sini dh nak siap & kn berpindah ketmpt baru..harap semua berjalan lancar......
insyaAllah kalau ade kesempatan akan ada entri2 baru menyusul nanti..dan rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..klau ada tersalah kata dan tulisan yg menguris hati harap dimaafkan..diri ni hanya insan yg lemah bnyk salah dan silap...:)... dan sblum mengakhiri pena nk tinggalkn sedikit lirik lagu yg berkesan dihati...
~silentkiller~
SELAGI HAYATMU DISINI
~Devotees~
Selagi hayatmu di sini
Akan kau meniti hari demi hari
Suratan takdir yang menerka
Bukan alasan untuk kau memendam duka
Dirimu umpama purnama
Yang hilang cahaya dimamah gerhana
Terbenam di lubuk gelita
Terbiar dirimu dicengkam derita
Namun kupercaya suatu masa akan tiba
Deritamu akan pergi jua
Biarpun dunia memandangmu hina Tapi tak mengapa
Ku kan bersamamu mengharungi hidup ini
Biarkan mereka kata apa saja
Biarkan mereka mencemuh menghina
Pedulikan saja halangan yang tiba
Semua itu adalah dugaan darinya
Tabahkan hatimu
Cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu
PadaNya Yang Satu
Akan tiba waktu
Mereka kan tahu
Siapakah sebenarnya dirimu
p/s:kalau ada kesempatan cari la video2 ustaz kazim Elias..cara penyampaian yg bagus dan jelas...dpt menambah ilmu & mengingati diri..insyaAllah...;)
Assalamualaikum utk smua sahabat2...harap semua dalam keadaan sihat dan hidup terus berada dalam redha-NYA...
Lama betul tak update tapak ni.. dh sebulan tak masukkn entri baru..bukan x de idea tpi merehatkn diri sekejap mencari ketenangan...dalam sebulan dua ni bnyk yg berlaku..ada yg manis utk dirasa dan ada yang pahit untuk ditelan..tpi biasa la lumrah kehidupan...langit tidak selalu cerah kan....tak semestinya yg manis itu baik untuk kita..dan tak semestinya yg pahit tu tak baik untuk kita.. setiap langkah yg diatur hendaklah terus redha dgn perancangan Allah... setiap yg diatur mampu di harungi diri kita semua..yg penting terus sabar tu janji Allah...jangan sesekali ada putus asa dalam diri...
Masih belum terlambat utk diri ni mengucapkn selamat menyambut ramadhan al mubarak..dalam bulan yang baik ni..diri ni memohon seribu kemaafan jika pernah menguris hati semua pihak..mesti ada kan...dan marilah kita semua ambil peluang mencari sebanyak mungkin kebaikan@pahala...
sebelum mengakhiri pena ni nk titipkn sedikit nasihat utk renungan bersama... sama2 la kita maafkan semua orang(bukan hari raya je bru nk mintak kemaafan)... insyaAllah hidup kn jadi tenang...selain tu perbanyakkn baca Al-Quran dan faham tafsirnya..ini la teman sejati dikala kita dalam kebahagiaan@kesedihan...dan akan menjaga kita nnt(teringat tazkirah malam ke3 ramadhan di surau IM2..kisah nelayan yg mencuit hati...urrmm..)...dan satu lgi jgn lupa bnykkn sedekah..insyaAllah murah rezeki nnt...
insyaAllah ada entri baru akan menyusul selepas ini..terus hidup dengan senyuman yang panjang..:)..nk tinggalkn sepatah kata2 utk renungan...
"Life flies by so you have to embrace it. Reflect on the past because you can't erase it. Live for your deen and learn to chase it."
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang..segala puji baginya....
Assalamualaikum untuk semua sahabat-sahabat yang sudah sampai ke tapak ini.....
syukur kepada Allah s.w.t kerana masih memberi diri ini dengan sedikit ruang untuk dicoretan dalam jurnal kali ini...dan sekali lagi menghulurkan seribu kesyukuran kerana dalam beberapa hari ini telah berjaya menemukan dengan pelbagai maklumat yang sangat baik dan telah berjaya membuka minda dan hati untuk membetulkan sedikit pesongan hati dalam melalui detik-detik hidup seharian... moga tekad kali ini dapat terus bertahan ke noktah akhir....
Dalam melalui denai2 kehidupan..pasti dah beberapa kali diri ini terbuat silap..mungkin ada beberapa perkara yang disedari dan mungkin ada perkara yang tak terperasan langsung oleh jiwa ini dalam mengutarakan tutur kata dan tulisan yang secara tidak sedar menguris perasaan orang lain...bak kata pepatah “sekali diri ini melangkah seribu debu berterbangan”..ada yang mendatangkan kebaikan dan tidak kurang juga keburukan...
Selagi diberi ruang nafas untuk menyedut udara yang percuma daripada Allah..izinkan diri ini memohon sejuta kemaafan untuk anda semua yang pernah tersinggah dalam epilog perjalanan yang tersedia untuk insan bernama Mohd Al Amin... diri ini betul2 berharap agar ada ruang dihati anda memaafkan diri yang hina ini...
Warkah Dari Hati
Dalam perjalanan diri
meredah lautan dunia
mencipta satu memori serta
pengalaman dan mencari bekalan
untuk sampai ke destinasi
bertemu cinta yang Agung...
Pabila jiwa ini melangkah
membawa bersama hati yang resah
berserta debu-debu yang berterbangan
yang pasti akan tercalit pada dua pilihan
kebaikan atau keburukan..
Selama ini diri selalu terleka
dengan buaian cinta dunia...
yang nampak indah dimata
bukan indah dihati
Sekali lagi hati mengadu kesal
memohon keampunan daripada Ya Rahman
dengan kesilapan yang hampir sama
walaupun dah beberapa kali janji dilafazkan
tapi dilupai pabila diulit kesenangan
Ya Allah
ampunkan diri ini
dengan dosa yang bagaikan pepasir
seperti seluas lautan
tapi aku masih mengharap
diberi sekali lagi peluang
selagi nadi ini masih berdenyut
tak sanggup aku menghadapi azab
yang amat pedih dan menyakitkan
dihadapanMU nanti..
sementara diberi kesempatan
meneruskan detik-detik masa
sebelum noktah hidup berakhir
diri yang penuh dengan dosa
mengharap seribu kemaafan
untuk mereka yang pernah hadir
menghiasi pentas kehidupan
dalam memberi suka dan duka
menghiasi seribu pegalaman
yang tidak akan sesekali dilupai...
Harapan dan doaku
hanya pengakhiran yang baik
dipenghujung masa
bersama redha dan keampunanMU..
Nukilan:
محمد ال أمين
20.32 PM
11/05/2011
Bandar Indera Mahkota
sebelum mengundurkan diri buat masa ni nak tinggalkan sedikit lirik lagu Neraca Diri (HIJJAZ)..hayatila bait2 setiap patah perkataan..harap sesuatu yang boleh diambil....