Buku 2022

10 January 2022

0 comments

 Assalamualaikum...

Banyak helaian tertinggal..mungkin xde masa utk catat.. mungkin sengaja xnk catat @ x cukup baik untuk angkat pena.  Mungkin ada perkara utk disimpan sendiri.

Masa beredar umur meningkat tjawab bertambah.. kesempatan masa y dtang perlu diguna sebaik mungkin.. klau ditinggal xboleh nk kejar.. 

Nikmat y paling harus dihargai hirupan nafas pada saat ini harus disyukuri.. bila tersilap contengan perlu insafi cari Jalan y lebih baik.

Semakin lama perjalanan ini bnyk y aku sedari.. 5..10..15..20 tahun lepas bnyk di recana fikiran.. ada y dapat ada y x boleh capai tpi perlu belajar apa y Allah bgi ada la y terbaik.. sebaiknya amanah y di pikul untuk dilaksana sehabis baik..

Moga perjalanan hidupku dengan pemaisuri dan puteri kecil terus berada di landasan NYA.. tolong doakan kami.. 

10.01.22

0.06am



Catatan 4 July 2020

04 July 2020

0 comments
04 July 2020.. 06:28pm

Menulis bukan untuk tunjuk engkau baik tapi untuk jadikan engkau lebih baik...

Kosong..
Tergambar pada hati..
Tidak pada kata..
Cuba untuk lepaskan..
Tapi masih tersekat..
Sakit hanya aku merasa..

Bingkai cerita lampau
Sudah aku ucap kata maaf
Ingat bila bulan dan tahun
Silih berganti
Akan buat aku lupa
Tapi
Bila mimpi terpandang bingkai itu
Yang tiba tiba hadir
Buat aku kembali rasa sakit..

Aku masih tertanya
Kenapa bingkai yang telah hilang gambar
Bertahun lama
Masih datang singgah dalam mimpi
Bila aku dah mula lupa
Tapi tiba- tiba datang untuk aku ingati

Mungkin dendam yang masih tak terlerai
Mungkin kata maaf tak dihati
Sebab itu ia tidak hilang pergi.

Moga kata maaf akan terbit dihati
Aku juga mahu jadi pemaaf.


Cerita Aku : Monolog Hati

11 July 2016

0 comments

Ingin ku luah
mulut terkunci rapi
terkadang aku tak faham
apa yang nak dibicara
adakala bila bicara sendiri
macam kosong dalam jiwa
terkadang sesak dalam hati
ingin dinyatakan
aku sendiri tak mengerti
soalan apa yang ingin ditanya

ya aku rindu
rindu pada diri y itu
macam dah jauh menghilang
silap aku yang tak cuba mengejar
mungkin sebab terlupa
asyik dengan diri sekarang..

ini cerita antara aku & KAU YA ALLAH

Bila rasa tersedar
aku harap terus ditetapkan hati
moga terus bersama redha MU

Allah.. terima kasih segala pemberian MU
terkadang terlalu fikir apa yang tiada
hingga lupa bersyukur apa yang ada

12.08 am
9.7.16



# kembali angkat pena dalam epilog satu perjalanan.. coretan memberi ingat pada diri sendiri

Naik 1 Tangga Lagi

13 March 2015

1 comments
Assalamualaikum Dunia..

Alhamdulillah tarikh 13.3 tangga umur bergerak satu langkah lagi.. moga amal pun meningkat bersama bertambah matang usia.. moga makin banyak kebaikan yang boleh dibuat dan kurangkan sedikit dosa y sering banyak..

Tak nak menulis panjang.. nak letak satu cacatan lama..

Malam pasti berganti siang
pelbagai hentian sering berganti
mungkin esok.. minggu depan atau bulan depan
akan berpindah lagi
selagi nyawa berjalan bersama waktu
membentuk putaran perjalanan
satu kehidupan
akhir pasti pada Abadi

Datang tak di alu
mungkin pergi tak didendang
hanya hadir sebagai tetamu
mencari satu naskah hidup
untuk panduan jalan hentian seterusnya..

19/12/14
06:59
Kajang

tq.. kawan2 y wish bday dkat wassap n fb.. moga redha Allah bersama kalian.. N hidup Baik2..

Jalan Yang Ku Pilih

06 March 2015

0 comments

Jalan yang kupilih..

mata yang memandang belum pasti memahami atonasi disebalik lirik senyum cerita hidup...

selamat datang tahun 2015.. entri pertama pembuka tirai.. op..! silap.. selamat kembali wahai diri yang agak lama terpadam dalam tirai cerita sendiri.. 5 tahun untuk epilog satu perjalanan ini bertapak.. matang bersama umur yang makin bertambah.. epilog yang tercipta dari
cerita2 hidup yang kadang-kadang diri sendiri tak boleh mentafsir.. itu namanya kehidupan..

"Mungkin perancangan kita yang terbaik difikiran tapi jangan lupa ALLAH ada sebaik2 perancang"


Terima kasih Kerteh...

Perjalanan hidup y tak terlalu lama di bumi kerteh.. tapi meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri.. satu tawaran yang keluar selepas diri mengambil keputusan meninggalkan
impian untuk sambung belajar.. satu keputusan yang agak tak boleh diterima dek akal orang lain.. tapi Allah yang tahu apa yang terbaik.. Tuah dibumi kerteh.. banyak yang belajar disini untuk menjadi QS yang lebih baik.. company yang bagi kebebasan kepada staff untuk tentukan halatuju projek.. terasa kecil bila idea kita diguna pakai oleh orang2 atas..

Bila dapat offer dari company lain.. terasa berat nak hantar notis pada project manager.. seorang bos yang boleh dianggap seorang kawan.. tapi Alhamdulillah respon yang baik dari dia..

"....it's u work experience, your life. saya cuma boleh tumpang ambik nama jela.. u all tetap anak buah saya gak. saya masa umur cam u pun maybe akan buat perkara yang sama so gud luck.."

Kawan..sahabat.. & mungkin lawan...

Normal. setiap hentian mesti ada nama2 yang akan tinggalkan kesan pada hati.. mungkin ada  yang baik.. & ada yang kurang baik.. tapi resam kehidupan.. yang baik kita ambik untuk belajar
jadi lebih baik. tak perlu nak cerita panjang.. biar la nama-nama ni tersimpan kemas dalam jurnal kehidupan..


Untuk Dia

seorang yang sangat berahsia.. terkadang boleh sakit hati nak faham.. tapi yang susah nak cari pada orang lain.. dia tak pernah cerita buruk pasal orang.. tak pernah buka aib orang walau diri sendiri
sering jadi buah mulut orang.. cukup untuk buat hati yang ego ni tertarik pada dia..ada satu sisi yang istimewa.. sekarang masih tunggu jawapan yang entah bila nak dijawab.. tapi tak perlu nak
cerita banyak bicara jodoh biar Allah yang tentukan..

Hidup Baik2,, masih mencari sedikit sisi kebaikan dalam satu perjalanan kehidupan yang agak singkat..


Tribulasi Dunia : Aku Kembali

12 October 2014

0 comments


Ku imbas kembali sepanjang perjalanan... Ku cuba renungi setiap perbuatan..Ku tunduk malu, malu aku memikirkan...Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan..Ku cuba berlari, lari dari realiti...Seperti ada tali yang menarik ku kembali...Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti...Masih mencari-cari siapakah diriku ini...Ku tanya pada hati moga diberi jawapan...Tapi ada dua suara yang sering kedengaran...Yang satu kata iya yang satu kata bukan...Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan...Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan...Selagi ada matahari dan selagi ada bulan...Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar...Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan ~petikan Lirik Al Nuraa

Kembali mengangkat pena
bukan sekadar tulisan
mula sedar bila ku tinggal
dunia blogger
diri makin jauh
bercampur dengan tribulasi dunia
yang tak bersudahan
jiwa kurang terdidik
hati makin rasa kosong
janji tinggal janji

Selamat Pulang !
Alhamdulillah

Hidup Baik2

Tiada bahu untuk disandar?
Tak Mengapa.
Sentiasa ada lantai untuk Bersujud.






Cerita Hidup

18 April 2013

2 comments



Hidup itu antara azan dan solat...

Dalam konteks kehidupan, kita yang hidup ini pun ketika lahir di azankan oleh bapa kita di telinga kanan, sementara ketika kita sudah tiada lagi, (meninggal), maka mayat kita di letakkan dihadapan, salah seorang berkata, penuhkan saff maka solat jenazah pun dilaksanakan...

Itulah perjalanan kehidupan..bermula dengan azan..kalimah kata yang sangat indah menusuk masuk pada pendengaran pertama..ditarbiyah dengan ilmu..amalan dan pengalaman..ditengah2 antara 2 waktu mencari makna hakikat diri..melangkah dalam pengembaraan kehidupan..mencari bekalan pada hentian dunia..tercipta segala rasa manis dan pahit... pada akhirnya dengan  solat terakhir..terpisah dua demensi..terputus segala rasa..tertutup segala pintu taubat..menanti untuk dihitung.. jawapan untuk apa diperbuat sepanjang hayat dalam ruang masa dan waktu diberi..

-------------------

Pesanan Imam Al-Ghazali...pada perjalanan yang cukup singkat ini..

“Katakan pada para sahabatku, ketika mereka melihatku mati,
menangis untukku dan berduka bagiku.
Janganlah mengira bahawa jasad yang kau lihat ini adalah aku.

Dengan nama Allah, kukatakan padamu, ini bukanlah aku,
Aku adalah jiwa, sedangkan itu hanyalah selonggok daging.

Jasad itu hanyalah rumah dan pakaianku sementara waktu.
Aku adalah harta karun, azimat yang tersembunyi,
Dibentuk oleh debu, yang menjadi singgahsanaku, 

Aku adalah mutiara, yang telah meninggalkan rumahnya,
Aku adalah burung, dan badan ini hanyalah sangkarku.

Dan kini aku lanjut terbang dan badan ini kutinggal sebagai kenangan.
Puji Tuhan, yang telah membebaskan aku.

Dan menyiapkan aku tempat di syurga tertinggi,
Hingga hari ini, aku sebelumnya mati, meskipun hidup di antaramu.

Kini aku hidup dalam kebenaran, dan pakaian kuburku telah ditanggalkan.

Kini aku berbicara dengan para malaikat di atas,
Tanpa hijab, aku bertemu muka dengan Tuhanku.
Aku melihat Lauh Mahfuz, dan di dalamnya aku membaca
Apa yang telah, sedang dan akan terjadi.

Biarlah rumahku runtuh, baringkan sangkarku di tanah,
Buanglah sang azimat, itu hanyalah sebuah kenang-kenangan, tidak lebih

Sampingkan jubahku, itu hanyalah baju luarku,
Letakkan semua itu dalam kubur, biarkanlah terlupakan
Aku telah melanjutkan perjalananku dan kalian semua tertinggal.

Rumah kalian bukanlah tempatku lagi.
Janganlah berfikir bahawa mati adalah kematian, tidak,
itu adalah kehidupan,

Kehidupan yang melampaui semua mimpi kita di sini,
Di kehidupan ini, kita diberikan tidur,
Kematian adalah tidur, tidur yang diperpanjangkan

Janganlah takut ketika mati itu mendekat,
Itu hanyalah keberangkatan menuju rumah yang terberkati ini
Ingatlah akan ampunan dan cinta Tuhanmu,

Bersyukurlah pada kurnia~Nya dan datanglah tanpa takut.
Aku yang sekarang ini, kau pun dapat menjadi
Kerana aku tahu kau dan aku adalah sama
Jiwa-jiwa yang datang dari Tuhannya

Badan-badan yang berasal sama
Baik atapun jahat, semua adalah milik kita
Aku sampaikan pada kalian sekarang pesan yang menggembirakan
Semoga kedamaian dan kegembiraan Allah menjadi milikmu selamanya.


remarquerNseeker
00.04 am
18/4/13

#Masih Mencari Sisi Kebaikan Pada Harapan Hidup..Moga Langkah Pada Jalan Yang Benar..Mohon Doa Dari Kalian

#Hidup Baik2


Jalan Lurus

29 March 2013

7 comments


Guide us to the straight way (Al-fatihah:6)


-----------------

Alhamdulillah..

masih ada nafas untuk bergerak.. masih ada nikmat iman & islam untuk bernafas..masih ada ruang masa baiki apa yang silap..


mahu kongsi satu petikan artikel tulisan Dr Maza

Kita ini hanyalah bilangan hari dan waktu

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan detik dan waktu. Kita semua akan sampai pada saat bilangan detik yang terakhir. Di kala itu tamatlah segala drama dan babak-babaknya yang kita lalui di atas pentas dunia yang fana. Menunggu saat perhitungan Tuhan atas segala cerita yang kita lakonkan. Segala lenggang lenggok watak dan gaya kita, telah tamat dengan berakhirnya bilah terakhir yang pergi dan tiada yang datang lagi. Tiada subsidi waktu dan hari yang mampu diberikan oleh sesiapa pun. Segalanya kenangan bagi semua drama kehidupan. Tiada lagi teman, tiada lagi harta dan tiada lagi senyum tawa. Derita dan derita. Atau pun, tiada lagi derita, tiada lagi sengsara. Bahagia dan bahagia. Di kala itu kita akan hidup dalam bilangan hari yang tiada kesudahan, dan waktu yang tiada berbaki


------------------------
24 tahun..

masa yang cukup lama Allah kasi..belajar dan terus belajar..mencari hakikat amanah diri.. bermula dengan zaman kanak2.. Ma & Ayah kasi nama yang baik.. hantar kelas2 mengaji..kenal kalam2 indah untuk imbangkan diri dengan dunia penuh fitnah.. 

cukup lengkap.. tapi..

Masuk sekolah menengah..alam remaja..walau kelebihan dengan ilmu dunia.. beberapa kali exam dapat skor.. masih tak dapat tutup lompang2 hati yang kering.. menjadi budak nakal.. tapi banyak kali Allah bagi ruang masa untuk berubah..banyak perkara y dibuat terselamat dari warden & cikgu..

tapi..tak semua hidup itu berjalan indah...

masuk umur 16 tahun.. Allah mengambil kembali arwah ayah..kehilangan tiba2 org y terpenting dalam hidup... merubah diri menjadi lebih pendiam..dengan tekad dalam hati ingin berubah menjadi budak baik..

tak bertahan lama..

masuk universiti.. segala azam dah jauh2 bertiup berlalu pergi..kenal kawan2 baru..dah kena "culture shock".. study pun dah main2..tapi Allah masih sayang..DIA masih bagi lepas semua sem dengan pointer agak baik...

tapi..masa pratical training...

sewa sebuah bilik..hanya bertahan sebulan..tak selesa dengan ruang atmosfera dengan penghuni bilik2 sebelah..ada yang balik mabuk2.. ada yang balik kalah judi bising2...ada yang hidup merempat mencari sesuap nasi....islam hanya pada nama

pindah kerumah flat untuk sewa bilik...

Disini berkongsi rumah dengan pak cik tua hidup sebatang kara.. dengar cerita hidup dia...membuat hati rasa insaf..ruang waktu itu membuat diri kembali ke rumah Allah.. kebetulan surau sebelah rumah sewa...baru kenal kembali solat berjemaah bukan sekadar hari jumaat.. baru tahu erti kuliah agama sepanjang hayat tak pernah ambik tahu...pada ruang masa ini baru kenal nama2 besar ustaz kazim,ustaz azhar, Dr maza & etc.. yang selama ini tak pernah dengar..

menunggu waktu isyak selalu berbual dengan bilal kat surau ni..disini baru kenal erti kehidupan sebenar2 hidup..terasa sayang mahu tinggal suasana ni.. 6 bulan bukan sekadar pratikal mengenal bidang QS.. tapi lebih mengenal cinta ALLAH.

masuk alam keje..

janji pada diri..mahu mencari erti hidup..cukuplah 21 tahun hidup sekadar main2..Alhamdulillah.. dapat rakan sekerja yang baik2.. sampai baru masuk dulu pernah ditanya seseorang "amin pernah sekolah agamakan".. jangan dilihat pada rupa..baik itu bukan diukur pada wajah & pakaian..  Alim itu bukan terletak pada hebat bila berbicara.. :-)

-----------------
pesan seorang kawan...

"tak semua lahir sempurna dan lurus jalannya.. hidayah itu milik Allah.. mungkin hari ini dia dilihat bagai debu yang tak boleh dicuci.. tapi kuasa Allah..bila-bila masa..tak dapat dihalang oleh sesiapa..hamba Allah itu boleh menjadi nur dalam cahaya..macam islamnya saidina umar al khattab.."


Ingin bicara pasal jalan lurus.. tapi belum pasti aku ini meniti pada jalan lurus..Ingin bernafas pada jiwa hamba semacam tidak layak untuk aku.. hampir setiap hari bersimpul dengan tribulasi dunia.mungkin sedikit doa dari kamu membantu untuk berada pada landasan yang benar... insyaAllah..



"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
[ Imam Hasan al-Basri ]


sebahagian dari hari dan waktu..sedikit coretan sisi pengalaman...

remarquerNseeker
29/03/13
1.06 am



#banner ni tiada kaitan dengan entri diatas..tak ambil bahagian pun..sekadar support usaha Team Hijrah.. moga street dakwah kalian Allah pandang.. HIJRAH  ITU MEMANG INDAH :-)

Umur Bertambah, Usia Berkurang

13 March 2013

0 comments





"Ya ALLAH, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya ALLAH..."

Alhamdulillah..

Allah panjangkan satu lagi tangga umur pada rangkaian hari-hari semakin berkurang.. moga sedikit baki kehidupan.. ada kebaikan yang aku beri pada celah-celah manusia hebat.. mencari secebis amal yang membolehkan insan fakir ini mengapai jannahMU..memberi ruang pada insan yang penuh dosa kembali kepadaNYA..moga langkah pada jalan yang betul..

Terima kasih pada family, sahabat2, kawan2 & pena maya.. yang wish bday dan sudi titipkan doa moga rahmat Allah terus bersama kalian..


“Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang, tetapi digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan.” (Riwayat Ahmad)

"Bila umur itu bertambah.. usia itu akan tetap berkurang"..maka carilah jalan untuk hidup baik2...

live well @ live hell.. kita punya pilihan...

out. :-)

2348 pm
13/03/13


Bumi Senja

21 February 2013

2 comments





Diam pada zahir
terasa kelu untuk bersuara
cuba bernafas dalam sesak
memerhati rona-rona hidup
mahu ditegur terasa tidak pantas
kerna berdiri atas pena kecil

Termetri pada bumi senja
menanti matinya jiwa
hilang dalam tandusan iman
bergerak bersama
tahkta dan kuasa
memisah antara 2 sempadan

manusia suka mencipta jarak
bila berjalan mendongkah langit
gah pada ilmu terbatas
bagai sempurna tiada silap
hingga lupa memandang kebawah
sedar pada kuasa memberi langkah

Bila jatuh baru terjaga
sedar ada kawan menjadi lawan
faham hukum 360 darjah
tak selama ditempat tinggi

Mula Belajar mencari nilai kesamaan
baru tahu
aku dan kamu tiada beza
kembali pada tempat yang sama

10.40 am
21/02/13
Tanjung Lumpur

---------------------

4 Pesanan Imam Hasan Al-Basri

1) Jangan kamu tertipu dengan tempat yang indah dan cantik kerana tiada tempat yang lebih cantik daripada syurga, sesungguhnya bapa kita Nabi Adam a.s dulu pernah tinggal di dalam syurga dan menikmatinya tapi kemudian apa yang terjadi?

2) Jangan kamu tertipu dengan ilmu kamu yang banyak,sesungguhnya BAL'AM bin BA'Ura' sangat-sangat banyak ilmunya hingga dengan izin ALLAH dia mampu melihat Luh Mahfuz tapi kemudian apa yang terjadi?

3) Jangan kamu tertipu dengan amalan kamu yang banyak sesungguhnya iblis laknatullah teramat banyak amal ibadahnya kepada ALLAH tapi kemudian apa yang terjadi?

4) Jangan kamu tertipu apabila kamu bermimpi berjumpa dengan wali-wali ALLAH kerana sesungguhnya tiada lagi manusia yang paling afdhal di muka bumi ini melainkan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Berdamai Dengan Takdir

15 January 2013

2 comments







Berdamailah dengan takdir...

Biasanya..
Allah akan kasi..
pada usaha insan ingin mengapai..
terkadang..
Allah tak bagi..
apa yang dihajati..
untuk tahu setakat mana insan itu mampu bersabar..
adakala..
Allah bagi sesuatu yang insan itu tak terjangka
untuk belajar hikmah tersembunyi..
sesungguhnya...
Allah tak lupa..
pada insan mengharap padaNYA..


Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Al-Baqarah 2:152)


Ujian..
ramai menanggap ianya pahit..
harapan diberi..
tak terduga..
ada halangan didepan..
tersentap segala semangat
putus asa mulanya timbul
bisikan halus terus bertiup
menyalahkan takdir
dengan secebis dugaan..
macam tiada jalan keluar
lupa pada pesanan..


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Al-Baqarah 2:155)


Tanpa sedar..
masa senang.. hanya sedikit kita ingat PadaNYA
dengan ujian Allah kasi..
berapa ramai insan yang lupa
sudah kembali pada fitrah
dengan ujian yang Allah beri..
banyak mana insan bertemu jalan pulang
dengan ujian yang Allah bagi..
berapa ramai yang temui erti hidup...

percayalah..
setiap ujian ada penawarnya..
cuba hitung..
sepanjang hayat berapa banyak dugaan yang kita tempuh..
kita sudah keluar dari masalah itu..
masa berganti tahun
telah mengubah banyak benda..
hingga kita pun lupa
pernah berada pada pangkal buntu itu..

Hakikat takdir..
seiring dengan perjalanan hidup..
memilih watak hitam.. putih atau kelabu..

make a choice..to take a chance or you life will never change...

Apa yang engkau ada kini adalah yang terbaik untuk kamu..belajar untuk menghargai..

01.08 am
15/01/13

#ingatan pada diri yang mudah tersentak..sedikit ujian dah mengelabah
#masih belajar untuk jadi cool pda erti kata benar *senyum*
#takdir paling jelas.. Allah masih beri nafas hingga ke minit ni.. bersyukurlah masih ada masa untuk belajar dari silap..


coretan' 13

14 January 2013

2 comments



“Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas 24) 


2013... membuka tirai..
tenggelam dengan azam & perancangan baru..
hampir lupa..
1 tangga umur semakin bertambah
hayat hidup semakin hampir dengan penamat..
dan terleka ingin bertanya hakikat diri
adakah iman bertambah seiring usia..?

"Wahai Tuhan, jangan kau serahkan diriku ini kepadaku,aku tak mampu menguruskannya, dan jangan kau serahkan diriku kepada orang lain,kerana mereka akan mensia-siakan aku"

Hingga hari ini
Allah bagi aku masa..
bagi aku kesempatan..
bagi aku lancar menaip..
menjadi tukang cerita..
yang manis bicara..
terasa bimbang..
biasa yang manis banyak mudarat
pada diri.. pada hati..
sebab..
hati ini paling susah mahu jaga..
bimbang tersinggah rasa ujub..
moga letak jauh2..


petikan kata-kata -Ibn Qayyim-

Dunia ini bayang-bayang. Kau takkan bisa menangkapnya. Tapi jika kau berpaling badan; ia tak punya pilihan selain mengikutimu. 


cari jalan aman..
hidup baik2..
sederhana itu lebih baik..
coretan awal tahun 13..
ingatan untuk diri sendiri...

pada Diri dan orang malaysia.. 
sampai bila mahu bertelagah..
contohilah palestin..
belajarlah kekuatan penduduk bumi gaza
moga saf kembali bersatu...
 

"Yang berada diatas ini tak semestinya lebih mulia dari dibawah, dan yang memberi ini belum tentu lebih baik dari mereka yang menerima atau mendengar.."

0.59am
14/01/13
#Sibuk ajak perang,baik pergi cuci diri :-)

Pena Kecil

27 December 2012

3 comments



Kertas kosong tercatit bait-bait kata
Skrin putih berseri aksara huruf
Laju jemari menaip, pena siap ditulis
ada terlakar jawi.. lebih pada rumi
tercerah bahasa tinggi
terselit bicara puitis
membawa variasi persoalan
dipapar pada lembaran
dalam sebuah warkah

Pena kecil bukan mencari nama
menulis dalam ibrah jalanan
si awami yang banyak cela
menampung diri yang silap
ingatan pada yang perlu
secebis tulisan harapan besar
moga tersentuh pada hati-hati

Jangan terpaku pada baris indah
kagum pada pemberi kata
tapi..
carilah pengajaran dalam ungkapan
ambil kebaikan dalam cerita
moga menjadi landasan
mengapai redha

Akhir sebuah warkah
mungkin terpapar kaku
akan kekal dan terus kekal
menjadi cermin ingatan
untuk sedar diri terjeda
menjadi sandaran
bekalan hayat berakhir

-------------------------

share2..:-)

petikan coretan "Tulisan ku adalah Murabbi bagi diriku"


Aku tahu ada antara kita rasa kerdil dengan kehidupan dakwah ini. Mungkin ada rasa cemburu dengan kawan kawan kita yang telah pergi jauh dimedan amal ini. Menjadi pemimpin, menjadi penulis, menjadi ustaz dan ustazah! Hendak kita mengikuti mereka, kita tidak mampu kerana Allah telah memilih mereka dengan sifat Maha Tahu Nya. Kita tidak boleh samakan dengan apa yang Allah berikan kepada mereka berbanding kita. Namun …. Allah tidak pernah menutup peluang, pintu amal dan pintu dakwah buat kita. Allah juga tidak pernah menutup peluang kepada semua makhluknya untuk menjadi manusia akhirat.
Sebab itu aku sering menyuruh kamu memandang langit. Kerana langit itu adalah ibarat kehidupan kita. Luas dan menenangkan. Distu kita akan nampak hidup kita yang luas dan peluang yang luas bagi kita untuk menjana amal. Jangan pernah kalah dengan kelemahan yang ada pada diri kita kerana kelemahan kita itu adalah ‘kekuatan Tauhid’ yang selalu membuat kita menyandarkan segala kelemahan itu pada Allah dan memohon kekuatanNya. kelemahan itulah ‘ ruh tawakkal’ kita bermukim. Dengan kelemahan itulah kita mengenal erti tawakkal. Dengan kelemahan itu juga kita boleh ‘ mengenal diri’ kita. Lalu dengannya juga kita akan menjadi hamba yang kuat bekerja dan berusaha untuk meraih kasihNya.


sambung baca kat sini : http://muharrikdaie.wordpress.com/2012/07/22/tulisan-ku-adalah-murabbi-bagi-diriku/

----------------------------------------------------


Hidup bukan sekadar menjadi kertas kosong menunggu lakaran dari sang pena.. terkadang jadilah pena cuba melakar....



22.58
27/12/12

#coretan hujung tahun
#pena kecil sedang belajar masih banyak khilaf
#hidupBaik2

Monolog Hati: Ikhlas

26 November 2012

2 comments

“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Berjalan dua tiga tapak
Atur langkah kegarisan lain
Mungkin rasa selesa
Anggapan tertunai apa yang perlu
Walaupun rahsia hati
Terkadang diri pun tak mengerti
Ikhlas kah aku..?

Hati walaupun nampak kecil
Boleh jadi sekeras batu
Tersembunyi pelbagai rasa
Riak apa yang aku tahu
Ujub apa yang aku ada
Hipokrit dengan diri
Ego dengan fikiran sendiri
Ikhlas kah aku..?

Sedarkan aku
Jika tujuan mahu terpesong
Maafkan aku
Jika sikap membuat tidak senang
Bangunkan aku
Jika terbuai dengan amal yang terbatas
Moga ikhlas tersemai pada hati

"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap"

--------------------------------------------
nak kongsi satu petikan artikel "Hati Emas"  dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi..

Ramai yang hanya di tahap ‘lepas fardu Ain’… Namun Allah Maha Penyayang, kekadang ada manusia yang diberi ‘hati yang bercahaya’ berbanding ‘otak yang bergeliga’, hingga dengan itu sedikit ilmu yang ada mampu dimanfaatkan seoptimumnya.

Sahabat-sahabat ku (pengunjung gentarasa), kekadang terlalu banyak untuk ditulis sehingga tidak mampu dituang oleh kata-kata dan bahasa. Makna kadang-kadang tercari-cari kata-kata kerana sering diungkapkan sesuatu yang indah hanya dapat dirasa tetapi sukar untuk diungkapkan. Ya, tiada kata secantik bahasa… untuk mengungkapkan segala perasaan. Namun, keindahan itu bukan hanya untuk dirasa, tetapi untuk dijelmakan dalam bentuk perbuatan dan tindakan. Ya Allah, jangan jadikan kami orang yang terhijab oleh rasa-rasa yang tidak keruan, disangka kebenaran rupa-rupanya bisikan syaitan!


Di dunia ini tempat kita berjuang baliknya pada Allah Taala..mungkin kita kalah.. mungkin kita menang atau mungkin x kalah @ menang.. atau mungkin xdapat apa2.. tapi apa y kita buat secara ikhlas akan dibawa bersama berjumpa Allah [Petikan Kuliah Dr MAZA]

----------------------------------------------------------------

Dongaklah keatas dengan Nikmat yang melimpah.. tunduklah kebawah dengan ilmu yang terbatas

sama2 menjaga hati.. moga ikhlas itu milik aku,kau & kamu.. hidup baik2..

0.42
26/11/12

#tertarik dengan "street dakwah" y dibawa Team Hijrah.. moga aku dapat join aktiviti nanti.. :-)



Salam Maal Hijrah :1434H

14 November 2012

2 comments

Salam Maal Hijrah J

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". (HR Bukhari no 6484) 


“Kertas Kosong tiada lukisan tanpa usaha untuk melakar” J

Hari ni cukup satu tahun dalam kelendar islam.. semua pakat2 tanam azam baru tapi apa2 pun moga rahmat Allah seiring dengan perjalanan hidup.. beri ingat pada diri sendiri moga hijrah bukan terhad pada hari ni tapi berteruskan dari hari ke hari sampai tanda noktah yang kita tak tahu..

Cuba ku selak kamus hidup
bertebaran dari bulan berganti tahun
dari tahun melengkapi beberapa dekad
semua tertulis lengkap ada yang tersimpan rapi
diselaputi debu2 menjadi kabus
hilang dari ingatan
kabur dengan calitan dosa
moga dapat keampunan dariNYA

Tak semua lahir sempurna
Tak semua lurus jalannya
Tapi Cuba ku cari jalan kembali
Walau perlu dicanggah
perang silam antara emosi dan kalbu
mencari erti redhaNYA
di persada masa
moga Hijrah ku bersama rahmatMu
sampai akhir yang tak pasti

--------------------------------------------------------------------------

Nak kongsi satu petikan dari artikel Dr.maza

 Seorang pesalah yang penuh jenayah ke mahkamah dengan memakai kopiah, apakah itu bererti dia kembali kepada Allah? Seorang penyanyi yang memakai kopiah atau ‘baju melayu’, apakah itu bererti dia telah kembali kepada Allah? Seorang peniaga yang meletakkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang telah menukar beberapa perkataan hariannya kepada perkataan arab seperti ana, enta, akhi, ukhti, jamaah dan lain-lain, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang menyertai organisasi atau parti yang berlambangkan agama, apakah dia telah kembali kepada Allah? Bahkan seseorang yang mengikut kawan-kawan hadir ke kuliah agama disebabkan tawa-senda riang gembira yang didendangkan oleh penceramah, apakah dia telah kembali kepada Allah?

Kesemua persoalan ini sukar dijawab melainkan oleh diri insan yang berubah itu. Apakah perubahannya itu satu manifestasi ketulusan jiwa yang dahagakan redha dan cinta Tuhan, ataupun itu satu trend yang mempunyai keseronokan yang tersendiri, ataupun satu tindakan yang mempunyai kepentingan duniawi yang tertentu.

Kita semua perlu kembali kepada Tuhan. Kita semua sering melakukan dosa. Tidak kira siapa kita. Kita kembali kepada Tuhan untuk mentauhidkannya dan mendapat keampunan serta hidayahnya. Tidak untuk selain itu. Maka wajar kita sering bertanya: “Siapakah daku di sisi Tuhanku? Wahai Tuhan apakah aku telah kembali kepadaMU?”


Sambung Baca kat sini: http://drmaza.com/home/?p=1737

Hidup Baik2..moga akhir y indah :-)
5.05
14/11/12





Aku Khilaf

06 November 2012

6 comments

perjalanan hidup melakar ayat demi ayat
membina satu rangkap melengkapi satu pusingan
melangkaui pelbagai versi epilog alam
dari sebesar mata kasar melihat
hingga sekecil zarah telepas pandang
ada yang dibawa angin tiada sedar ia hadir

cuba fahami explorasi alam
mengenal huruf-huruf yang tertulis
selami patah-patah rasa
cuba mengerti walau
kadang-kadang tak fahami
apa yang kau,dia dan kamu
sedang dibawa
tersembunyi pada rahsia hati

Tak mahu bersifat bias
dalam meletakkan kata dan cerita
tapi terkadang tertipu
pada garis senyum diwajah
gambar kerut didahi
dendangan bicara hipokrasi
memakan mereka yang derita

Andai aku bersalah
dalam meluah bicara
Andai aku terabai
rasa derita pada saudara disana
Andai aku tersalah sangka
khilaf dengan berita ku terima
kata maaf ku pohon
moga tak dipertanggungjawab pada akhirnya....


--------------------------------------------------

Dan janganlah engkau mengikut apa y engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran &penglihatan serta hati, semua anggota- anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya  [AL-ISRAA':36]


Ibn Qayyim al Jauziyyah berkata... Lihatlah hatimu dlm tiga waktu...

1.ketika melihat pengebumian mayat apa yg kau rasa? 
2.ketika membaca al-Quran,apa yg kau rasa? 
3.dan ketika melihat saudara seagamamu dizalimi apa yg kau rasa

jika engkau langsung tidak berasa apa apa, maka carilah hati yg baru. Kerana sesungguhnya hati engkau telah pun rosak....

----------------------------------------------------------

03.36
6/11/2012

# Hidup Baik2 Cari Jalan Indah... :-)

Musafir Hidup: Andai Aku Masih Disini

07 August 2012

3 comments


ANDAI AKU MASIH DISINI

Aku masih disini
melukis kata
pada sebuah madah puisi
bait coretan tafsir hati
tanpa alunan dari manis bibir
bimbang tersinggung mereka yang terasa

Mata pejam pada erti celik
cuba bertindak tahu segala macam
tapi masih menyelongkar maksud sebenar
tanpa bersifat bias
terkadang rasa mengubah hati
mungkin tersilap meletak hukum

selagi masih disini
akan ku cuba 
mencari segala mungkin punca
lengkapkan deretan dunia puzzle
terkadang masa tak memberi izin 
bila tempoh luput tiba
aku terpaksa tinggalkan segala
mungkin soalan itu tiada jawapan
betulkah..?? 
hati boleh menjawab

Andai masih disini
akan aku selak kembali kitab lama
yang tak pernah luput dek zaman
walau bertukar seribu tangan
cuba memahami isi sebenar
walau aku agak terlewat
tapi masih tiada kata terlambat

Aku mencari sebab aku bukan alim
aku ingin memahami sebab aku daif
aku cuba belajar sebab aku hilang punca
akhirnya baru aku sedar
jalan ini indah

Diperhujung aku disini
sudah ku lakar segala rasa impian
penuh satu buku
tiba masa aku berganjak ke tapak lain
moga bekal ini cukup
dalam erti satu perjalanan

"Allah tahu apa yang terbaik walaupun manusia selalu andaikan apa difikiran mereka terbaik untuk dirinya"

silentkiller~seeker~
23.25 pm
07/08/12
BIM