perjalanan hidup melakar ayat demi ayat
membina satu rangkap melengkapi satu pusingan
melangkaui pelbagai versi epilog alam
dari sebesar mata kasar melihat
hingga sekecil zarah telepas pandang
ada yang dibawa angin tiada sedar ia hadir
cuba fahami explorasi alam
mengenal huruf-huruf yang tertulis
selami patah-patah rasa
cuba mengerti walau
kadang-kadang tak fahami
apa yang kau,dia dan kamu
sedang dibawa
tersembunyi pada rahsia hati
Tak mahu bersifat bias
dalam meletakkan kata dan cerita
tapi terkadang tertipu
pada garis senyum diwajah
gambar kerut didahi
dendangan bicara hipokrasi
memakan mereka yang derita
Andai aku bersalah
dalam meluah bicara
Andai aku terabai
rasa derita pada saudara disana
Andai aku tersalah sangka
khilaf dengan berita ku terima
kata maaf ku pohon
moga tak dipertanggungjawab pada akhirnya....
--------------------------------------------------
Dan janganlah engkau mengikut apa y engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran &penglihatan serta hati, semua anggota- anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya [AL-ISRAA':36]
Ibn Qayyim al Jauziyyah berkata... Lihatlah hatimu dlm tiga waktu...
1.ketika melihat pengebumian mayat apa yg kau rasa?
2.ketika membaca al-Quran,apa yg kau rasa?
3.dan ketika melihat saudara seagamamu dizalimi apa yg kau rasa?
jika engkau langsung tidak berasa apa apa, maka carilah hati yg baru. Kerana sesungguhnya hati engkau telah pun rosak....
1.ketika melihat pengebumian mayat apa yg kau rasa?
2.ketika membaca al-Quran,apa yg kau rasa?
3.dan ketika melihat saudara seagamamu dizalimi apa yg kau rasa?
jika engkau langsung tidak berasa apa apa, maka carilah hati yg baru. Kerana sesungguhnya hati engkau telah pun rosak....
----------------------------------------------------------
03.36
6/11/2012
# Hidup Baik2 Cari Jalan Indah... :-)
6 comments:
wah, dah kembali siap dengan layout kena tukar..ha3 kena bagitahu si MO dengan Alif ni
apa yang kita rasa sebenarnya kan, terkadang buat tak tahu je =(
p/s: join la balik forum.. sepi je kau takde
"buat tak tahu" sebab dah set dalam kepala menjadi kebiasaan...
entah.. aku pun x tahu input y dapat betul @ x... terlalu cepat meletak hukum bila dengar sebelah pihak... tu realiti dunia sekarang.. bila letak diri "berkecuali" mula org cop kita bias sini @ sana.. semua x kena kan333...
nnt klau ada masa aku singgah :-)
entri secantik blog..teruskan k !
woha~~da comey lotey blog ang..huhu
ak stop da bloqing.no more..^_^
@ anon 7/11 :terima kasih & insyaAllah... -:)
@ zaiin : dah stop.. urrmm.. tpi x pe la.. asal hidup baik2.. kan333 -:)
woha~~..bru prasan..blog lme ko la nie....
Post a Comment