“Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas 24)
2013... membuka tirai..
tenggelam dengan azam & perancangan baru..
hampir lupa..
1 tangga umur semakin bertambah
hayat hidup semakin hampir dengan penamat..
dan terleka ingin bertanya hakikat diri
adakah iman bertambah seiring usia..?
"Wahai Tuhan, jangan kau serahkan diriku ini kepadaku,aku tak mampu menguruskannya, dan jangan kau serahkan diriku kepada orang lain,kerana mereka akan mensia-siakan aku"
Hingga hari ini
Allah bagi aku masa..
bagi aku kesempatan..
bagi aku lancar menaip..
menjadi tukang cerita..
yang manis bicara..
terasa bimbang..
biasa yang manis banyak mudarat
pada diri.. pada hati..
sebab..
hati ini paling susah mahu jaga..
bimbang tersinggah rasa ujub..
moga letak jauh2..
petikan kata-kata -Ibn Qayyim-
Dunia ini bayang-bayang. Kau takkan bisa menangkapnya. Tapi jika kau berpaling badan; ia tak punya pilihan selain mengikutimu.
cari jalan aman..
hidup baik2..
sederhana itu lebih baik..
coretan awal tahun 13..
ingatan untuk diri sendiri...
pada Diri dan orang malaysia..
sampai bila mahu bertelagah..
contohilah palestin..
belajarlah kekuatan penduduk bumi gaza
moga saf kembali bersatu...
"Yang berada diatas ini tak semestinya lebih mulia dari dibawah, dan yang memberi ini belum tentu lebih baik dari mereka yang menerima atau mendengar.."
0.59am
14/01/13
#Sibuk ajak perang,baik pergi cuci diri :-)
2 comments:
anda lambat, tahun 2013 sudah masuk 14 hari..he6 & tak semua yang manis itu mudarat (IMAN juga manis kan) !
@anon:tak sempat nak post awal tahun.. maksud saya bicara yang manis :-)
#HidupBaik2
Post a Comment