Warkah Dari Hati

18 May 2011

0 comments
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang..segala puji baginya....


Assalamualaikum untuk semua sahabat-sahabat yang sudah sampai ke tapak ini.....


syukur kepada Allah s.w.t kerana masih memberi diri ini dengan sedikit ruang untuk dicoretan dalam jurnal kali ini...dan sekali lagi menghulurkan seribu kesyukuran kerana dalam beberapa hari ini telah berjaya menemukan dengan pelbagai maklumat yang sangat baik dan telah berjaya membuka minda dan hati untuk  membetulkan sedikit pesongan hati dalam melalui detik-detik hidup seharian... moga tekad kali ini dapat terus bertahan ke noktah akhir....


Dalam melalui denai2 kehidupan..pasti dah beberapa kali diri ini terbuat silap..mungkin ada beberapa perkara yang disedari dan mungkin ada perkara yang tak terperasan langsung oleh jiwa ini dalam mengutarakan  tutur kata dan tulisan yang secara tidak sedar menguris perasaan orang lain...bak kata pepatah “sekali diri ini melangkah seribu debu berterbangan”..ada yang mendatangkan kebaikan dan tidak kurang juga keburukan...
Selagi diberi ruang nafas untuk menyedut udara yang percuma daripada Allah..izinkan diri ini memohon sejuta kemaafan untuk anda semua yang pernah tersinggah dalam epilog perjalanan yang tersedia untuk insan bernama Mohd Al Amin... diri ini betul2 berharap agar ada ruang dihati anda memaafkan diri yang hina ini...


Warkah Dari Hati


Dalam perjalanan diri
meredah lautan dunia
mencipta satu memori serta
pengalaman dan mencari bekalan
untuk sampai ke destinasi
bertemu cinta yang Agung...


Pabila jiwa ini melangkah
membawa bersama hati yang resah
berserta debu-debu yang berterbangan
yang pasti akan tercalit pada dua pilihan
kebaikan atau keburukan..


Selama ini diri selalu terleka
dengan buaian cinta dunia...
yang nampak indah dimata
bukan indah dihati


Sekali lagi hati mengadu kesal
memohon keampunan daripada Ya Rahman
dengan kesilapan yang hampir sama
walaupun dah beberapa kali janji dilafazkan
tapi dilupai pabila diulit kesenangan


Ya Allah
ampunkan diri ini
dengan dosa yang bagaikan pepasir
seperti seluas lautan
tapi aku masih mengharap
diberi sekali lagi peluang
selagi nadi ini masih berdenyut
tak sanggup aku menghadapi azab
yang amat pedih dan menyakitkan
dihadapanMU nanti..


sementara diberi kesempatan
meneruskan detik-detik masa
sebelum noktah hidup berakhir
diri yang penuh dengan dosa
mengharap seribu kemaafan
untuk mereka yang pernah hadir
menghiasi pentas kehidupan
dalam memberi suka dan duka
menghiasi seribu pegalaman
yang tidak akan sesekali dilupai...


Harapan dan doaku
hanya pengakhiran yang baik
dipenghujung masa
bersama redha dan keampunanMU..


Nukilan:


 محمد ال أمين
20.32 PM
11/05/2011
Bandar Indera Mahkota


sebelum mengundurkan diri buat masa ni nak tinggalkan sedikit lirik lagu Neraca Diri (HIJJAZ)..hayatila bait2 setiap patah perkataan..harap sesuatu yang boleh diambil....






Neraca Diri



Di jasad tiap insan
Diciptakan hati membendungi perasaan
Di situlah bermula
Satu pertimbangan penentuan arah




Tiada apapun jua


Diciptakan sia-sia


Tiada apapun jua
Yang terjadi tiba-tiba


Hati menjadi neraca diri


Tiap langkah harus diimbangi


Diberikan pilihan
Akal dan fikiran, hati dengan perasaan
Usahalah mencari
Kekuatan diri saat kau diuji


Umpama cermin dihinggapi debu
Demikian hatimu
Seandainya dibiarkan begitu
Pasti akan kelabu pandanganmu
Kehidupan akan jadi tak menentu


Dianugerahkan Tuhan
Pada tiap insan ada keistimewaan
Di hatilah bermula
Tiap pertimbangan tiap langkah


Doa Kalbu

0 comments
Dimalam penuh bintang

di atas sajadah yang kubentang
sedu sedan sendiri
mengaduh pada Yang Maha Kuasa
betapa naif diriku ini hidup tanpa ingat pada-Mu
urat nadi pun tahu aku hampa..



Di malam penuh bintang
di bawah sinar bulan purnama
kupasrahkan semua
keluh kesah yang aku rasa
sesak dadaku
menangis pilu
saat ku urai dosa-dosaku..
dihadapan-MU ku tiada artinya............



doa kalbu tak bisa aku bendung
deras bak hujan di gurun sahara
hatiku yang gersang........
terasa oleh tenteram...



hanya Engkau yang tahu siapa aku
tetapkanlah seperti malam ini
sucikan diriku selama-lamanya.......



DOA KALBUKU......


p/s: "Berharaplah selalu hanya kepada Allah SWT, karena Dia-lah Dzat Yang Mengendalikan setiap impian, harapan, cita-cita dan kebahagiaan sehingga tercapai, tinggal sejauh mana segenap ikhtiar dan tawakal kita lakukan kepada-Nya "

Renungan: Benar-Benar Sebuah " InsyaAllah"

17 May 2011

0 comments
“Kalau aku mahu membuat perubahan ini, bolehkah bertahan?” keluh Ahmad.
“Semoga usahaku berhenti merokok ini berterusan” kata Ali.
Dalam bunyinya.
“Mudah-mudahan menjadi” ujar Aminah, berhajat untuk menurunkan berat badannya.
“Insya Allah, ok kot” ujar Siti.
Beliau mahu memberhentikan tabiatnya yang hantukan roti telur bawang di kedai mamak.


Hakikatnya, apa sahaja hasrat perubahan yang dinyatakan bersama perkataan-perkataan ‘kalau’, ‘semoga’, ‘mudah-mudahan’, ‘ok kot’, hatta Insya Allah ‘versi Melayu’, semua akan gagal. Semuanya menggambarkan kegagalan di awal langkah perjalanan. Ia bukan sebuah tekad. Ia amat jauh daripada peraturan perubahan pada langkah satu, iaitu:

“Kemudian apabila engkau telah berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” [Aal 'Imraan 3: 159]

TELADAN KISAH ASHAAB AL-KAHF
Islam adalah sumber terbaik untuk membangkitkan manusia.
Bangkit daripada kegagalan.
Bangkit daripada kemunduran.
Namun bangkitnya mesti berstrategi. Agar jangan ‘hangat-hangat tahi ayam’.
Langkah untuk bangkit, dibentangkan oleh Allah Subhanahu wa Taala di dalam kisah pemuda al-Kahf.

“Sesungguhnya mereka itu adalah para pemuda yang telah beriman kepada Tuhan mereka. Lalu Kami pertambahkan kepada mereka petunjuk. Dan Kami ikatkan hati mereka…” [Al-Kahf 18: 13-14]

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang sebuah hakikat al-Quran berkaitan dengan Iman dan Hidayah.
Seorang mukmin itu berada di posisi memilih. Mengambil langkah yang pertama. Memilih untuk menetapkan kesungguhan, keazaman dan pendirian. Memilih untuk beriman.

Inilah cabaran terbesarnya iaitu pada mengambil langkah yang pertama. Selagi langkah pertama ini tidak diambil, tiada bantuan dan sokongan kemudahan yang boleh diharapkan daripada Allah. Rule of the game yang ditetapkan oleh Allah ialah, kamu harus memulakannya terlebih dahulu. Setelah pemuda al-Kahf itu bertindak mengimani Allah, barulah Allah datangkan sokongan dan jalan-jalan kemudahan untuk melapangkan jalan merealisasikan pilihan tersebut.

Benar sekali kata pepatah:
البداية نصف الشيء
“Permulaan itu adalah separuh daripada sesuatu”

Setelah bermula, selesai separuh daripada urusan itu.
Yang susahnya adalah untuk bermula.
Yakinlah, apabila kita bertindak memulakan apa yang hendak dimulakan, bantuan untuk memudahkannya akan datang.
Setelah itu, barulah muncul sesuatu yang penting untuk mengekalkan seseorang di atas jalan perubahan tersebut. Istiqamah.

“… Dan Kami ikatkan hati mereka…” [Al-Kahf 18: 14]

Seperti air di dalam sebuah botol. Air itu mungkin akan berkurang kerana tersejat ke udara. Bisa sahaja hilang apabila tumpah dari bekasnya. Lalu botol itu ditutup, dan diikat penutupnya. Sebagai perumpamaan yang digunakan oleh Sayyid Qutb pada menggambarkan erti ayat ini.

Pemuda al-Kahf memilih untuk beriman.

Allah menyokong pilihan itu dengan memberikan petunjuk untuk menjayakannya.
Pilihan itu seterusnya diperkukuhkan, apabila keazaman mereka bersimpul mati. Tekad. Nekad.
Benar sekali kata Abu Tayyib al-Mutanabbi:

إذا كنت ذا رأي فكن ذا عزيمة…. فإنّ فساد الرأى ان تترددا
“Jika kamu seorang yang mempunyai pandangan, maka jadilah juga seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya suatu pandangan itu akan menjadi rosak, hanya kerana kamu berbelah bagi”

Pandangan yang baik boleh rosak, semata-mata kerana kita sendiri tidak bulat hati terhadapnya. Teragak-agak. Berbelah bagi. Melayan bisikan-bisikan alasan, yang entah dari nafsu, entah dari Syaitan, tetapi لاoleh sahaja disangka ‘suara Tuhan’.

Untuk Allah Subhanahu wa Ta’aala mengikat hati manusia, Dia letakkan syarat-syaratnya. Hati yang bulat memerlukan karakter tertentu pada diri.

KISAH MUHAMMAD ABDUH

Ingatkah kita kepada kisah Muhammad Abduh di usia belasan tahun, melarikan diri daripada Jame’ Ahmadi di Tanta, Mesir, kerana membantah sistem pendidikan di sekolahnya itu yang tidak memberikan kepuasan diri? Bukanlah melarikan diri daripada sekolah itu yang hendak dicontohi. Namun nekad untuk lari dari sekolah kerana sebuah prinsip dan kepercayaan itulah yang dikagumi. Karakter yang kuat.

Will power yang tinggi.
Determination!

Karakter ‘degil’ dan keras kepala itu penting sebagai tempat untuk menjadi tapak membina agama.
Hari ini, antara punca sukarnya kita untuk istiqamah adalah kerana karakter yang lemah. Gagal menimbulkan upaya berpendirian terhadap sesuatu. Hanya dengan sedikit rangsangan luar, pendirian kita mudah berubah. Berubah kepada baik atau berubah kepada buruk, sama sahaja. Sukar bertahan.

BERHENTI MEMBUAT ALASAN

“Bolehkah aku kurangkan berat badan? Aku ada 30 chef sebulan. Sentiasa makan makanan yang dihidangkan orang. Inilah nasib penceramah. Apa nak buat…”
Sudah puas beralasan begitu.
Meletakkan seolah-olah perubahan akan hanya berlaku jika 30 chef itu berubah. Jika dunia berubah menyokong kehendakku untuk berubah.
Semasa ditepuk bahu oleh doktor di klinik Endokrinologi PPUKM yang kecewa dengan perkembangan kesihatan saya, fikiran ini terus teringat kepada ceramah saya berkenaan Surah al-Kahf ini. Tiba masanya, saya diuji dengan apa yang saya kata.
  1. Buat pilihan, mula bertindak
  2. Allah akan mudahkan
  3. Hati akan diikat untuk nekad
Berhentilah membuat alasan.

Diri ini sendiri yang sedang di persimpangan membuat pilihan. Pilihan untuk sebuah perubahan.
Selagi hasrat berubah itu disaluti oleh kalimah ‘kalau’, ‘semoga’, ‘mudah-mudahan’, ‘ok kot’, hatta Insya Allah ‘versi Melayu’, semua akan gagal. Saya harus nekad seperti nekadnya Ashaab al-Kahf. Saya yang harus memulakannya. Yakin nantinya jalan kemudahan akan dikurniakan Tuhan. Yakin kedegilan diri boleh ditimbulkan semula. Yakin bahawa hidup adalah medan kita membuat pilihan.
Pilihlah untuk berubah.

Sedikit pun tidak akan disesiakan Allah.
Yakinlah.

“Kemudian apabila engkau telah berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” [Aal 'Imraan 3: 159]

Insya Allah.

Kali ini benar-benar sebuah INSYA ALLAH.

Sumber: 
ABU SAIF @ www.saifulislam.com


p/s: suka baca artikel ini....bnyk yang boleh diambil.. harap lepas ni dpt mengucapkan " InsyaAllah" dgn hati yang ikhlas untuk melakukannya...

Apabila Manusia Diuji

11 May 2011

0 comments
Manusia sering mengeluh apabila diuji Allah dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan, kemiskinan dan kefaqiran. Tetapi manusia tidak pernah gelisah apabila diuji dengan kekayaan, kebahagiaan, kecukupan dalam kehidupan dan kemewahan. Itulah lumrah manusia………..anda, saya dan kita semua.

Tetapi berbahagialah manusia yang diuji dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan dan kemiskinan kerana sesungguhnya mereka di dalam golongan yang dikasihi oleh Allah. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w suatu ketika menangis apabila mereka tidak diuji oleh Allah, kerana takut mereka telah hilang kasih sayang Allah. Tetapi kita hari ini di saat diuji........

Maka ketika hati kita tertanya-tanya “mengapakah Aku yang diuji?” maka ingatlah firman Allah:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Tatkala diri berkata “Mengapakah aku tidak memperolehi apa yang aku citakan?” Allah berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna lagi maka renungilah ayat Allah:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


Ditika hati bermonolog “Bagaimanakah harus aku depani segala ini” maka Allah telah berfirman untuk mu:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

Sementara dirimu tercari-cari dahan untuk bergantung, seseorang untuk memperolehi kekuatan, Allah telah sedia ada bersamamu .....:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

Dan apabila kau merasakan “AKU DAH TAK MAMPU BERTAHAN LAGI !!!!!”
Maka ingatlah firman Allah.........
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Sesungguhnya..............
" Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

Dan akhir sekali ingatlah diriku, dirimu dan diri kita semua “ Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

“ Ya Allah..... jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan.”

Sumber: nasuha_nurani (K H A Z I N A T U L - A S R A R)

Warkah Dari Hati

2 comments
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang..segala puji baginya....

Assalamualaikum untuk semua sahabat-sahabat yang sudah sampai ke tapak ini.....

syukur kepada Allah s.w.t kerana masih memberi diri ini dengan sedikit ruang untuk dicoretan dalam jurnal kali ini...dan sekali lagi menghulurkan seribu kesyukuran kerana dalam beberapa hari ini telah berjaya menemukan dengan pelbagai maklumat yang sangat baik dan telah berjaya membuka minda dan hati untuk  membetulkan sedikit pesongan hati dalam melalui detik-detik hidup seharian... moga tekad kali ini dapat terus bertahan ke noktah akhir....

Dalam melalui denai2 kehidupan..pasti dah beberapa kali diri ini terbuat silap..mungkin ada beberapa perkara yang disedari dan mungkin ada perkara yang tak terperasan langsung oleh jiwa ini dalam mengutarakan  tutur kata dan tulisan yang secara tidak sedar menguris perasaan orang lain...bak kata pepatah “sekali diri ini melangkah seribu debu berterbangan”..ada yang mendatangkan kebaikan dan tidak kurang juga keburukan...
Selagi diberi ruang nafas untuk menyedut udara yang percuma daripada Allah..izinkan diri ini memohon sejuta kemaafan untuk anda semua yang pernah tersinggah dalam epilog perjalanan yang tersedia untuk insan bernama Mohd Al Amin... diri ini betul2 berharap agar ada ruang dihati anda memaafkan diri yang hina ini...

Warkah Dari Hati

Dalam perjalanan diri
meredah lautan dunia
mencipta satu memori serta
pengalaman dan mencari bekalan
untuk sampai ke destinasi
bertemu cinta yang Agung...

Pabila jiwa ini melangkah
membawa bersama hati yang resah
berserta debu-debu yang berterbangan
yang pasti akan tercalit pada dua pilihan
kebaikan atau keburukan..

Selama ini diri selalu terleka
dengan buaian cinta dunia...
yang nampak indah dimata
bukan indah dihati

Sekali lagi hati mengadu kesal
memohon keampunan daripada Ya Rahman
dengan kesilapan yang hampir sama
walaupun dah beberapa kali janji dilafazkan
tapi dilupai pabila diulit kesenangan

Ya Allah
ampunkan diri ini
dengan dosa yang bagaikan pepasir
seperti seluas lautan
tapi aku masih mengharap
diberi sekali lagi peluang
selagi nadi ini masih berdenyut
tak sanggup aku menghadapi azab
yang amat pedih dan menyakitkan
dihadapanMU nanti..

sementara diberi kesempatan
meneruskan detik-detik masa
sebelum noktah hidup berakhir
diri yang penuh dengan dosa
mengharap seribu kemaafan
untuk mereka yang pernah hadir
menghiasi pentas kehidupan
dalam memberi suka dan duka
menghiasi seribu pegalaman
yang tidak akan sesekali dilupai...

Harapan dan doaku
hanya pengakhiran yang baik
dipenghujung masa
bersama redha dan keampunanMU..

Nukilan:

 محمد ال أمين
20.32 PM
11/05/2011
Bandar Indera Mahkota

sebelum mengundurkan diri buat masa ni nak tinggalkan sedikit lirik lagu Neraca Diri (HIJJAZ)..hayatila bait2 setiap patah perkataan..harap sesuatu yang boleh diambil....



Neraca Diri


Di jasad tiap insan
Diciptakan hati membendungi perasaan
Di situlah bermula
Satu pertimbangan penentuan arah


Tiada apapun jua

Diciptakan sia-sia

Tiada apapun jua
Yang terjadi tiba-tiba

Hati menjadi neraca diri
Tiap langkah harus diimbangi

Diberikan pilihan
Akal dan fikiran, hati dengan perasaan
Usahalah mencari
Kekuatan diri saat kau diuji

Umpama cermin dihinggapi debu
Demikian hatimu
Seandainya dibiarkan begitu
Pasti akan kelabu pandanganmu
Kehidupan akan jadi tak menentu

Dianugerahkan Tuhan
Pada tiap insan ada keistimewaan
Di hatilah bermula
Tiap pertimbangan tiap langkah

Rintihan Al-Quran

05 May 2011

2 comments

Rintihan Al-Quran


Waktu engkau masih kanak-kanak…………………………
Kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’,Aku kau sentuh
dalam keadaan suci,Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras
setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa……………………….
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…..
Apakah Aku bahan bacaan using yang tinggal sejarah………?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji……….


Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali,
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan sendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau pendamkan…


Dulu….pagi-pagi….surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau……
Sekarang……seawall pagi sambil minum kopi…..engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari ALLAH Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan……
Waktu berangkat kerja pun kadang pun engkau lupa baca pembuka surah-surahku (Bismillah).


Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.


Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kesukaanmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………………………….
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu…………………………
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu



Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNYA
Apakah TV,radio,hiburan atau komputer dapat menolong kamu??????????


Yang pasti ayat-ayat ALLAH s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, ALLAH s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu……………………
Setiap saat berlalu….
Dan akhirnya……
Kubur yang setia menunggu mu………………..
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu……..


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…..
Di kuburmu nanti….
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah “Al-Quran”, kitab sucimu



Yang sentiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali ………bacalah Aku kembali aku setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci..


Yang berasal dari ALLAH Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari,lacimu…….
Letakkanlah Aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau sentiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali…………


Baca dan pelajari lagi AKU……..
Setiap datangnya pagi,petang dan malam hari walau secebis ayat


Seperti dulu……Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan Aku engkau biarkan aku sendiri…………
Dalam bisu dan sepi………………..
Pena:Jawdan (Perintis 3 HQ)

Seruan 4 Syabab

0 comments
Saudaraku!
Ramai daripada kita yang mengetahui akan hadis yang menyebutkan tentang ingat lima perkara sebelum lima perkara. Ianya pernah dipopularkan dengan alunan merdu oleh kumpulan nasyid Raihan.


Hadis itu berbunyi,
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)


Sudah ramai para penceramah dan ustaz-ustaz berbicara panjang lebar tentang sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit�dan hidup sebelum mati. Tapi jarang sekali kita mendengar atau membaca ulasan-ulasan untuk peringatan nabi yang ditujukan khusus untuk golongan kita, iaitu masa muda sebelum hari tua. Kenapa agaknya nabi berkata ‘rebut masa mudamu sebelum masa tuamu’?


Saudaraku,
Seorang pemuda pastinya mempunyai tenaga yang banyak, desire yang tinggi dan keberanian yang tiada limitnya. Oleh itu, wajarlah kita untuk menggunakan segala kelebihan ini sebelum kita dimamah usia. Namun, cara apa yang sepatutnya kita menggunakan kelebihan masa muda ini? Adakah dengan sekadar ‘sibuk’ dengan hiburan, game, movie dan etc. Atau kita menggunakan kelebihan kita ini untuk mendidik diri dan hati menjadi pemuda islam yang dekat dengan tuhannya, dekat degan al-Quran, dekat dengan hadis dan mencintai ibadah-ibadah kepada Allah. Adakah kita kearah menjadi pemuda dunia atau pemuda Islam?


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya,pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Lihatlah, betapa besarnya ganjaran yang menunggu untuk pemuda yang punya jati diri, untuk pemuda yang kukuh hatinya, untuk pemuda yang berjiwa mukmin. Inilah sepatutnya parameter yang perlu ada dalam diri setiap remaja. Apabila berkata tentang mengabdikan diri kepada Allah, bukanlah bermakna kita perlu sentiasa berada di masjid untuk beribadah atau perlu menjadi ustaz. Tapi, pemuda yang mengabdikan diri kepada Allah adalah pemuda yang sentiasa tahu tujuannya diturunkan kebumi, sentiasa sedar perlakuan, percakapan dan apa yang terlintas di hatinya diketahui oleh yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Jika mahu berfacebook contohnya, dia tahu tahu batas-batas yang perlu ada, jika ada group discussion dengan berlawanan jantina contohya, dia tahu batas-batas yang perlu dijaga. Jika dia seorang engineer atau doktor, dia menjadi engineer atau doktor yang beriman dan bertakwa.


Sabda Baginda SAW bermaksud:
Sesungguhnya Allah�sangat�kagum�kepada pemuda�yang tidak memiliki sifat kebudak-budakan.”


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta’labah, salah seorang daripada para sahabat Nabi s.a.w. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.


Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah s.a.w. Namanya Ta’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam,beliau selalu mengikut Rasulullah mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah akan khabarkan kepada Ta’labah. Suatu hari Rasulullah menyuruh Ta’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Ta’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka ditiup angin dan Ta’labah terlihat seorang perempuan sedang mandi. Ta’labah terus berkata;
” A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril beritahu kepada Rasulullah s.a.w! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada gua. Ta’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Rasulullah s.a.w menanti kepulangan Ta’labah beberapa hari namun Ta’labah tidak kunjung tiba lalu Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Umar untuk mencari Ta’labah dan Saidina Umar terjumpa Ta’labah di tempat dia sembunyi tadi. Umar berkata;
“Ta’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”
“Kenapa, sudah turun kah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tak nak masuk neraka, aku tak nak masuk neraka.” Kata Ta’labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Ta’labah sudah sangat lemah, Umar memimpinnya balik kerumah. Apabila Rasulullah s.a.w menziarah Ta’labah, Ta’labah sedang terlentang lalu Rasulullah s.a.w meriba kepala Ta’labah tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya;
” Kenapa wahai Ta’labah?”
” Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,wahai Rasulullah” kata Ta’labah.
” Apa yang kamu mahu Ta’labah?”
” Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”
” Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”
” Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”
Lalu Rasulullah s.a.w berkata:
” Wahai Ta’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”

Lalu Ta’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah s.a.w. Yang menariknya, ketika mayat Ta’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Ta’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Ta’labah dalam keadaan berjalan yang agak tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya:
” Wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”
Rasulullah menjawab:
” Kamu tidak melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Ta’labah ke kubur.”

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Ta’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah walaupun dia tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah s.w.t. Akhirnya matinya di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Wahai pemuda berjiwa besar,
Sama-sama kita melihat kemana tujuan hidup kita diacukan, apakah kemuncak kejayaan yang kita idam-idamkan. Mungkin ramai dari kita yang mahukan kereta sport yang berkelajuan tinggi, citakan kerjaya yang beri pulangan lumayan, idamkan isteri yang lagak seperti model. Namun tahukah saudara ada sesuatu yang lebih besar dan tinggi nilainya. Itulah keredhaan dan keampunan Allah! Itulah syurga Allah!


O saudaraku....
Sama-sama kita persoalkan dimana keadaan kita pada hari ini. Apakah hati kita sudah sama seperti Ta’labah atau selama ini dibuai kenikamatan dunia.


Sama-sama kita insafi betapa banyaknya masa yang kita telah bazirkan dengan hiburan dunia, betapa sedikitnya masa yang kita luangkan untuk menggapai keredhaan Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan,�usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Tangisilah, tangisilah..........dan takutklah kita kepada azab Allah.


Apakah jika Allah bertanya tentang masa muda kita nanti, kita akan menjawab dengan muka yang penuh riang menunggu balasan syurgaNya, atau kita akan menggeletar ketakutan dan bermurung kerana memikirkan azab neraka yang bakal menimpa kita?

Tanyalah diri kita sendiri, kerana kita lebih mengetahui tentang diri ini.

Sumber: zahamuslim (sahabat dri Halaqah)