Pena Kecil

27 December 2012

3 comments



Kertas kosong tercatit bait-bait kata
Skrin putih berseri aksara huruf
Laju jemari menaip, pena siap ditulis
ada terlakar jawi.. lebih pada rumi
tercerah bahasa tinggi
terselit bicara puitis
membawa variasi persoalan
dipapar pada lembaran
dalam sebuah warkah

Pena kecil bukan mencari nama
menulis dalam ibrah jalanan
si awami yang banyak cela
menampung diri yang silap
ingatan pada yang perlu
secebis tulisan harapan besar
moga tersentuh pada hati-hati

Jangan terpaku pada baris indah
kagum pada pemberi kata
tapi..
carilah pengajaran dalam ungkapan
ambil kebaikan dalam cerita
moga menjadi landasan
mengapai redha

Akhir sebuah warkah
mungkin terpapar kaku
akan kekal dan terus kekal
menjadi cermin ingatan
untuk sedar diri terjeda
menjadi sandaran
bekalan hayat berakhir

-------------------------

share2..:-)

petikan coretan "Tulisan ku adalah Murabbi bagi diriku"


Aku tahu ada antara kita rasa kerdil dengan kehidupan dakwah ini. Mungkin ada rasa cemburu dengan kawan kawan kita yang telah pergi jauh dimedan amal ini. Menjadi pemimpin, menjadi penulis, menjadi ustaz dan ustazah! Hendak kita mengikuti mereka, kita tidak mampu kerana Allah telah memilih mereka dengan sifat Maha Tahu Nya. Kita tidak boleh samakan dengan apa yang Allah berikan kepada mereka berbanding kita. Namun …. Allah tidak pernah menutup peluang, pintu amal dan pintu dakwah buat kita. Allah juga tidak pernah menutup peluang kepada semua makhluknya untuk menjadi manusia akhirat.
Sebab itu aku sering menyuruh kamu memandang langit. Kerana langit itu adalah ibarat kehidupan kita. Luas dan menenangkan. Distu kita akan nampak hidup kita yang luas dan peluang yang luas bagi kita untuk menjana amal. Jangan pernah kalah dengan kelemahan yang ada pada diri kita kerana kelemahan kita itu adalah ‘kekuatan Tauhid’ yang selalu membuat kita menyandarkan segala kelemahan itu pada Allah dan memohon kekuatanNya. kelemahan itulah ‘ ruh tawakkal’ kita bermukim. Dengan kelemahan itulah kita mengenal erti tawakkal. Dengan kelemahan itu juga kita boleh ‘ mengenal diri’ kita. Lalu dengannya juga kita akan menjadi hamba yang kuat bekerja dan berusaha untuk meraih kasihNya.


sambung baca kat sini : http://muharrikdaie.wordpress.com/2012/07/22/tulisan-ku-adalah-murabbi-bagi-diriku/

----------------------------------------------------


Hidup bukan sekadar menjadi kertas kosong menunggu lakaran dari sang pena.. terkadang jadilah pena cuba melakar....



22.58
27/12/12

#coretan hujung tahun
#pena kecil sedang belajar masih banyak khilaf
#hidupBaik2

Monolog Hati: Ikhlas

26 November 2012

2 comments

“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Berjalan dua tiga tapak
Atur langkah kegarisan lain
Mungkin rasa selesa
Anggapan tertunai apa yang perlu
Walaupun rahsia hati
Terkadang diri pun tak mengerti
Ikhlas kah aku..?

Hati walaupun nampak kecil
Boleh jadi sekeras batu
Tersembunyi pelbagai rasa
Riak apa yang aku tahu
Ujub apa yang aku ada
Hipokrit dengan diri
Ego dengan fikiran sendiri
Ikhlas kah aku..?

Sedarkan aku
Jika tujuan mahu terpesong
Maafkan aku
Jika sikap membuat tidak senang
Bangunkan aku
Jika terbuai dengan amal yang terbatas
Moga ikhlas tersemai pada hati

"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap"

--------------------------------------------
nak kongsi satu petikan artikel "Hati Emas"  dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi..

Ramai yang hanya di tahap ‘lepas fardu Ain’… Namun Allah Maha Penyayang, kekadang ada manusia yang diberi ‘hati yang bercahaya’ berbanding ‘otak yang bergeliga’, hingga dengan itu sedikit ilmu yang ada mampu dimanfaatkan seoptimumnya.

Sahabat-sahabat ku (pengunjung gentarasa), kekadang terlalu banyak untuk ditulis sehingga tidak mampu dituang oleh kata-kata dan bahasa. Makna kadang-kadang tercari-cari kata-kata kerana sering diungkapkan sesuatu yang indah hanya dapat dirasa tetapi sukar untuk diungkapkan. Ya, tiada kata secantik bahasa… untuk mengungkapkan segala perasaan. Namun, keindahan itu bukan hanya untuk dirasa, tetapi untuk dijelmakan dalam bentuk perbuatan dan tindakan. Ya Allah, jangan jadikan kami orang yang terhijab oleh rasa-rasa yang tidak keruan, disangka kebenaran rupa-rupanya bisikan syaitan!


Di dunia ini tempat kita berjuang baliknya pada Allah Taala..mungkin kita kalah.. mungkin kita menang atau mungkin x kalah @ menang.. atau mungkin xdapat apa2.. tapi apa y kita buat secara ikhlas akan dibawa bersama berjumpa Allah [Petikan Kuliah Dr MAZA]

----------------------------------------------------------------

Dongaklah keatas dengan Nikmat yang melimpah.. tunduklah kebawah dengan ilmu yang terbatas

sama2 menjaga hati.. moga ikhlas itu milik aku,kau & kamu.. hidup baik2..

0.42
26/11/12

#tertarik dengan "street dakwah" y dibawa Team Hijrah.. moga aku dapat join aktiviti nanti.. :-)



Salam Maal Hijrah :1434H

14 November 2012

2 comments

Salam Maal Hijrah J

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". (HR Bukhari no 6484) 


“Kertas Kosong tiada lukisan tanpa usaha untuk melakar” J

Hari ni cukup satu tahun dalam kelendar islam.. semua pakat2 tanam azam baru tapi apa2 pun moga rahmat Allah seiring dengan perjalanan hidup.. beri ingat pada diri sendiri moga hijrah bukan terhad pada hari ni tapi berteruskan dari hari ke hari sampai tanda noktah yang kita tak tahu..

Cuba ku selak kamus hidup
bertebaran dari bulan berganti tahun
dari tahun melengkapi beberapa dekad
semua tertulis lengkap ada yang tersimpan rapi
diselaputi debu2 menjadi kabus
hilang dari ingatan
kabur dengan calitan dosa
moga dapat keampunan dariNYA

Tak semua lahir sempurna
Tak semua lurus jalannya
Tapi Cuba ku cari jalan kembali
Walau perlu dicanggah
perang silam antara emosi dan kalbu
mencari erti redhaNYA
di persada masa
moga Hijrah ku bersama rahmatMu
sampai akhir yang tak pasti

--------------------------------------------------------------------------

Nak kongsi satu petikan dari artikel Dr.maza

 Seorang pesalah yang penuh jenayah ke mahkamah dengan memakai kopiah, apakah itu bererti dia kembali kepada Allah? Seorang penyanyi yang memakai kopiah atau ‘baju melayu’, apakah itu bererti dia telah kembali kepada Allah? Seorang peniaga yang meletakkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang telah menukar beberapa perkataan hariannya kepada perkataan arab seperti ana, enta, akhi, ukhti, jamaah dan lain-lain, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang menyertai organisasi atau parti yang berlambangkan agama, apakah dia telah kembali kepada Allah? Bahkan seseorang yang mengikut kawan-kawan hadir ke kuliah agama disebabkan tawa-senda riang gembira yang didendangkan oleh penceramah, apakah dia telah kembali kepada Allah?

Kesemua persoalan ini sukar dijawab melainkan oleh diri insan yang berubah itu. Apakah perubahannya itu satu manifestasi ketulusan jiwa yang dahagakan redha dan cinta Tuhan, ataupun itu satu trend yang mempunyai keseronokan yang tersendiri, ataupun satu tindakan yang mempunyai kepentingan duniawi yang tertentu.

Kita semua perlu kembali kepada Tuhan. Kita semua sering melakukan dosa. Tidak kira siapa kita. Kita kembali kepada Tuhan untuk mentauhidkannya dan mendapat keampunan serta hidayahnya. Tidak untuk selain itu. Maka wajar kita sering bertanya: “Siapakah daku di sisi Tuhanku? Wahai Tuhan apakah aku telah kembali kepadaMU?”


Sambung Baca kat sini: http://drmaza.com/home/?p=1737

Hidup Baik2..moga akhir y indah :-)
5.05
14/11/12





Aku Khilaf

06 November 2012

6 comments

perjalanan hidup melakar ayat demi ayat
membina satu rangkap melengkapi satu pusingan
melangkaui pelbagai versi epilog alam
dari sebesar mata kasar melihat
hingga sekecil zarah telepas pandang
ada yang dibawa angin tiada sedar ia hadir

cuba fahami explorasi alam
mengenal huruf-huruf yang tertulis
selami patah-patah rasa
cuba mengerti walau
kadang-kadang tak fahami
apa yang kau,dia dan kamu
sedang dibawa
tersembunyi pada rahsia hati

Tak mahu bersifat bias
dalam meletakkan kata dan cerita
tapi terkadang tertipu
pada garis senyum diwajah
gambar kerut didahi
dendangan bicara hipokrasi
memakan mereka yang derita

Andai aku bersalah
dalam meluah bicara
Andai aku terabai
rasa derita pada saudara disana
Andai aku tersalah sangka
khilaf dengan berita ku terima
kata maaf ku pohon
moga tak dipertanggungjawab pada akhirnya....


--------------------------------------------------

Dan janganlah engkau mengikut apa y engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran &penglihatan serta hati, semua anggota- anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya  [AL-ISRAA':36]


Ibn Qayyim al Jauziyyah berkata... Lihatlah hatimu dlm tiga waktu...

1.ketika melihat pengebumian mayat apa yg kau rasa? 
2.ketika membaca al-Quran,apa yg kau rasa? 
3.dan ketika melihat saudara seagamamu dizalimi apa yg kau rasa

jika engkau langsung tidak berasa apa apa, maka carilah hati yg baru. Kerana sesungguhnya hati engkau telah pun rosak....

----------------------------------------------------------

03.36
6/11/2012

# Hidup Baik2 Cari Jalan Indah... :-)

Musafir Hidup: Andai Aku Masih Disini

07 August 2012

3 comments


ANDAI AKU MASIH DISINI

Aku masih disini
melukis kata
pada sebuah madah puisi
bait coretan tafsir hati
tanpa alunan dari manis bibir
bimbang tersinggung mereka yang terasa

Mata pejam pada erti celik
cuba bertindak tahu segala macam
tapi masih menyelongkar maksud sebenar
tanpa bersifat bias
terkadang rasa mengubah hati
mungkin tersilap meletak hukum

selagi masih disini
akan ku cuba 
mencari segala mungkin punca
lengkapkan deretan dunia puzzle
terkadang masa tak memberi izin 
bila tempoh luput tiba
aku terpaksa tinggalkan segala
mungkin soalan itu tiada jawapan
betulkah..?? 
hati boleh menjawab

Andai masih disini
akan aku selak kembali kitab lama
yang tak pernah luput dek zaman
walau bertukar seribu tangan
cuba memahami isi sebenar
walau aku agak terlewat
tapi masih tiada kata terlambat

Aku mencari sebab aku bukan alim
aku ingin memahami sebab aku daif
aku cuba belajar sebab aku hilang punca
akhirnya baru aku sedar
jalan ini indah

Diperhujung aku disini
sudah ku lakar segala rasa impian
penuh satu buku
tiba masa aku berganjak ke tapak lain
moga bekal ini cukup
dalam erti satu perjalanan

"Allah tahu apa yang terbaik walaupun manusia selalu andaikan apa difikiran mereka terbaik untuk dirinya"

silentkiller~seeker~
23.25 pm
07/08/12
BIM


Musafir Hidup: Ambil Tahu

03 August 2012

0 comments


Benarlah, selamanya 'mereka' sesekali tidak akan redha kepada kita, sehingga kita menuruti kehendak dan agama 'mereka'. Sesungguhnya doa itu adalah senjata umat Islam. Mari sama-sama kita doakan saudara di Rohingya, Palestin, Syria, Bosnia, Yaman dan walau di mana berada.. 

Doa Qunut Nazilah 

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah,Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing2 Mu kepada mereka. Wahai tuhan yang gagah perkasa. Wahai tuhan yang penuh raksasa. Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya Allah..., Ya Allah... Ya Allah.... Ya Allah..., Wahai Tuhan yang menurunkan kitab... Wahai Tuhan yang mengarakkan awan... Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab.. Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka.. Dan menangkan kami ke atas mereka. 





credit:iluvislam





------------------------------------------------------------





Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.” -Hadith riwayat Muslim-

setiap hari berita itu menjadi halwa telinga
seperti makanan rugi kehidupan
terkadang hilang ditiup angin
menjadi biasa
kepekaan sudah tiada
tapi masih ada yang setia
menangis bersama

khabar umat islam palestin
ditindas di bumi sendiri
kekejaman puak zionis
masih belum selesai berkurun lamanya
timbul pulak rejim bashar
membunuh umat islam disyria
tanpa mengira walaupun seorang budak yang tak tahu apa-apa
sejenak selepas itu
mata tidak jemu memandang
sengsara penduduk Rohingya
derita yang diabaikan oleh dunia

Adakah kita peka
atau sekadar sebuah cerita
mungkin kita tak boleh buat apa2
tapi kita mampu kirimkan doa
senjata paling ampuh

umat islam akan bangkit
janji Allah itu pasti

silentkiller~seeker~
# Dalam doa kita jangan lupa kirim pemintaan kepada Allah moga diberi kebangkitan pada umat islam yang tertindas.. mana tahu doa kita termakbul =)
# Bila ku fikir beruntungnya kita dimalaysia.. kebanyakkan orang sibuk berdebat.. =)
# Sampai sekarang aku tak faham macam mana transmisi syiah boleh sampai ke Malaysia.. rmai pulak org melayu yg follow (harap2 dijauhkan oleh puak ni)
# kepada yang cenderung pada fahaman syiah.. tolong kaji2 balik.. jgn pkai ikut je.. maaf la.. lpas apa yang puak2 ni buat dari zaman sahabat nabi smpai ke umat islam hari ni aku tak boleh maafkan..
# agak emosi kali ini.. tgok gambar budak2 kecil yg kena bunuh kt syria.. mmg betul2 nak marah.. apa salah budak2 tu.. mereka nak melawan pun tak boleh...


share2..=)
https://www.facebook.com/KamiBersamaUmatIslamRohigya

Musafir Hidup: Hakikat Takdir

29 July 2012

0 comments

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya...." al-Baqarah ayat 216. 

---------------------------------------------------------------------------
 petikan satu tazkirah...

Seorang anak kecil bermain di atas hamparan permaidani.


Ibunya sedang menyulam di atas kerusi.


“Ibu buat apa itu?” Soal si anak kecil yang hairan kerana melihat si ibu tekun melakukan sesuatu yang tidak difahaminya kerana dari sudut pandangannya apa yang terpamer hanyalah simpulan benang-benang pelbagai warna yang tidak menggambarkan apa-apa.


“Ibu sedang menyulam sebuah gambar pada kain, nak” jawab si ibu.


“Gambar?Tapi yang saya nampak hanyalah benang-benang yang kusut” komen si anak kecil.


Ibu menghadiahkan senyuman lalu berkata “Tunggu.Nanti bila tiba masanya, ia boleh dihayati dengan penuh erti”
Setelah beberapa hari si ibu tekun menyulam,akhirnya sulamannya siap.


“Anakku, mari ibu tunjukkan sesuatu”


Anak kecil dengan penuh minat menghampiri ibunya.
Dengan penuh mesra si ibu menunjukkan hasil sulamannya kepada anak tersayang.


“Wah! Cantiknya.Pandainya ibu buat.Cantiklah.Sangat cantik.Tapi..” anak terhenti setelah memuji dengan penuh ikhlas.


“Kenapa?”


Anak kecil hanya terdiam.


“Anakku..ibu ingin menceritakan sesuatu.Semoga ia menjadi pegangan buat dirimu dalam menjalani kehidupan ini. Anakku, kita ini manusia lemah.Kita tiada kuasa. Allah SWT yang Maha Esa yang berkuasa. 


Kehidupan kita bagaikan corak sulaman ini.Allah SWT yang menciptakan kita lah yang mencorakkan kehidupan kita umpama sulaman. Pada saat Allah SWT menyusun atur segala unsur di muka bumi ini ketika mencorakkan perjalanan hidup kita, kita selalu mengeluh dan mempertikaikan apa yang sedang diaturkan oleh Allah kerana apa yang kita nampak cuma masalah, kekusutan,ketidakcantikan, tidak menepati citarasa kita.Masa terus berjalan.Aturan Allah itu sangat halus, nak. 


Apabila tiba masa Allah berkehendak menunjukkan kepada kita apa sebenarnya aturan Dia untuk kita, maka saat itu kita akan takjub dengan kebesaran Allah SWT yang menyusun segalanya mewarnai hidup kita.Maka, biar seburuk mana corak di mata kasar mu,percayalah Allah sedang melakar keindahan dan kecantikan yang akan terukir di mata hati mu.Bersabarlah menanti kerana janjiNya setiap yang datang daripada Dia, ialah yang terbaik untuk hambaNya. 


Tidak ada yang sia-sia kerana setiap yang terjadi ada tujuan dan hikmahnya. Cuma barangkali masa belum tiba untuk kita fahami, bersabarlah menanti.Insya Allah kita akan nampak betapa cantiknya susunan Allah swt untuk hidup kita.”

---------------------------------------------------------------------

Ku cuba letak tanda tanya
pada horizon itu
kenapa aku bukan mereka
yang harus pegang
tampuk beban ini

Ku cuba mengungkai
lakaran yang penuh dengan simpulan
tapi buntu mencari punca
sebab hati masih menidakkan
itu hakikat takdir

Hari terus bertukar purnama
tanpa sedar
horizon itu telah bertitik noktah
mungkin sudah hilang dari bayangan

"redha dengan apa yang Allah aturkan walaupun sesekali terasa perit untuk ditelan"

silentkiller~seeker~
2.36 am
BiM

p/s: selamat bersahur... awal lagi..=)


Sedetik Nafas: Salam Ramadhan

22 July 2012

0 comments

Aku lebih dekat denganmu lebih dari urat leher kamu...” (Qaaf : 16)


Alhamdulillah..

Tahun ni Allah masih bagi peluang untuk bertemu ramadhan.. harap terus dapat memperbaiki ibadat puasa dari tahun2 yang lepas..

sekali lagi peluang ini datang.. jangan sesekali membiarkan terus berlalu.. mungkin ini yang terakhir.. salam ramadhan... bulan yang penuh barakah... insyaAllah..


Layar Kembali masih berlabuh
saat detik terus bergerak
ruang masa masih ada
tiada kata terlambat
walaupun dilaluan berbeza
tapi pada satu landasan
moga Allah redha..




sangat berharap untuk ke tempat itu.. moga diberi kesempatan..


silentkiller ~seeker~












Sedetik Nafas : Sebelum Terlambat

11 June 2012

4 comments
Assalamualaikum...sahabat2 yg jejak ketapak ini...:)


Alhamdulillah...

seminggu cuba untuk cari pencerahan ttg beberapa main topic yg selalu bermain di fikiran ( syiah, iran & iraq, hitler , dan the hidden hand).. akhirnya..boleh diletakkan titik noktah untuk masa ni.. ada masa akan cuba sambung lgi..

sebenarnya tak nak meletakkan satu kesimpulan ttg tajuk diatas.. biarlah hati ini yang menilai.. x de kelayakan untuk membuat rumusan untuk tatapan umum.. :)

cuma nak sentuh sikit je.. cuba renungkan maksud ayat Al-Quran ini..


“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.” (Surah Ali Imran: 103)


“Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. Iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Surah Ar-Ruum: 31-32)

sebenarnya..selepas meletakkan titik noktah sementara untuk "sedetik nafas: sebelum terlambat".. diri merenung jauh keluar tingkap.. berbicara dengan alam..

malam ini sungguh pekat...
tapi boleh merasai ketenangan...
masih ada bulan dan bintang menerangi...
menjadi teman...
tapi...
manusia yg berjalan di pentas bumi...
tak setenang alam ini..
kekuasaan duniawi menjadi keutamaan
tikam menikam menjadi rencah kehidupan
fitnah menjadi mainan
sampai bila...
sebelum terlambat...
diri masih berharap..
dapat melihat..
kekuatan islam..
seperti zaman Rasulullah s.a.w & para sahabat..
seperti zaman Muhammad al fateh
seperti zaman Salahuddin al ayubi
yang sering didendangkan oleh ustaz2
bukan seperti sekarang...



" Pandanglah kebawah untuk insaf pda nikmat yg melimpah..& Dongaklah keatas untuk sedar akan amal yg terbatas.. "


sedetik nafas...sebelum terlambat...


silentkiller~seeker~


p/s: nak p siapkan vo & final remeasurement utk meeting hari selasa ni..banyak333...(jadi teman utk tgok euro pagi2 ni...hehehehe..) =)





Sedetik Nafas: Ujian & Taubat

05 June 2012

0 comments
Alhamdulillah... J

kita belajar dengan ujian dan dugaan.Kita membesar dengan ujian dan dugaan.Kita dewasa dengan ujian dan dugaan.Kita matang dengan ujian dan dugaan.Kita kenal erti hidup dengan ujian dan dugaan.Dan kadang-kadang ujian dan dugaan tu bukan hanya kepayahan.Kesenangan pun satu ujian. ~Hlovate~

Sebenarnya tak de apa pun nak coretkan.. sekadar nak kongsi 2 video kuliah dari Dr. MAZA & Ust. Kazim.. yang sangat menyentuh hati.. J

"Hidup adalah kembara. Kita merentasi banyak tempoh dan episod. Ada masa kita susah melalui hujan yang lebat ataupun panas yang terik. Ada masa kita sukar mencari tempat berteduh. Ada masa kita dialu-alukan. Ada masa kita makan enak. Ada masa kita hanya makan sekadar untuk meneruskan hidup. Sehingga saat kita sampai ke tempat tuju. Rumah kita yang asal." ~Dr.MAZA~

Ujian,bahasanya bisu.Hadirnya tidak terduga.Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa.Ada kala untuk mengajak kita bertanya,apakah diri sudah terlupa.Ya…terlupa siapakah kita disisi-Nya.Terlupa dari mana datangnya dan kemana pula hala hidup kita?Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa.Apakah masih ingin menderhaka pada-NYA?  ~USTAZ KAZIM~



DOA & Taubat (DR MAZA)


video
Sabar Dengan Ujian (USTAZ KAZIM)


Hari ini Allah masih memberi peluang kita berjalan dipentas bumi... terserah pada diri untuk memilih jalan yang mana... kalau ada silap masih ada ruang untuk diperbaiki.. kalau ada masalah.. carilah jalan untuk keluar... tak perlu putus asa.. sebenarnya cahaya yang terang itu datang dari lorong yang gelap.. J

Silentkiller ~seeker~





Redha Wahai Hati Jangan Selalu Mengeluh

26 May 2012

1 comments
KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut : 2-3)





KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : 216)



KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah : 286)



RASA FRUST?


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran : 139)



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan) & bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : 45)



APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."(Surah At-Taubah : 111)



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah : 129)



AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!


"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf : 12)



I said to Allah : "I hate life"
Allah replied :"Who asked you to love life..??
Just love me and life will be beautiful ♥
Sahabatku, janganlah kau merasa takut, rugi & menyesal untuk meninggalkan sesuatu kerana Allah. Janji Allah itu pasti & Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Sesungguhnya ada sesuatu yang lebih baik yang telah Dia takdirkan buat hamba-Nya yang tidak pernah berputus harap untuk memohon hanya yang terbaik dari-Nya. Takkan menyesal buat mereka yang melakukan sesuatu & meninggalkan sesuatu semata-mata hanya kerana Allah.




If you can't fight them, then join them...??? =(

20 May 2012

0 comments
   
"If you can't fight them, then join them..."

Harap ada yang faham....kalau tak faham boleh abaikan...x penting pun...=)


Nak conteng2 beberapa note... kalau betul ambik...kalau x betul x pyah ambik...

* Kita hidup atas pentas bumi ni.. banyak ragam orang kan... setiap org ada pandangan masing2.. kalau boleh cari la titik persamaan.. jalan ni lebih baik dari bermusuhan tak tentu hala...

*Sebelum mengeluarkan sesuatu dari mulut.. fikirkan dahulu.. biar ada bukti... takut apa yang dikeluarkan adalah fitnah.. kalu rasa x confirm lebih baik diam.

*Jangan tahu nak tengok keburukkan orang je..tengok la sedikit kebaikan yang dia pernah buat.. manusia ni tak sempurna..yang buruk ada baik.. yang baik ada buruk.. buah epal yang masak tu belum tentu tak ada ulat didalamnya... 

*Nak buat sesuatu fikir dahulu.. jangan ikut sifat marah kita..jangan ikut nafsu..tengok kesan pada kemudian hari.. jangan sampai untuk memuaskan hati pada hari ini..kita bertindak zalim pada orang lain...

*Jangan letak kepecayaan 100% peratus pada media.. tak kira tv ke.. suratkhabar ke..internet ke.. boleh ambik tpi tapis dulu..kaji dulu.. yang baik ambik... yang tak molek buang.. kalau x confirm tinggalkan... Guna akal yang Allah beri..dengan panduan Al-Quran...:)

*Jangan terlalu cepat menghukum orang (jahat @ baik) sbb kita tak layak... Diri sendiri pun tak tahu takat mana...

*Yang penting kena ingat...apa yang kita pernah buat didunia..akan ditanya nanti.. tak kan terlepas satu inci pun..

*semua yg disebut ni.. adalah perkara yg simple... tpi yg biasa ni... sering kita lupa... harap sama2 dapat mengingati...=)

"Jika manusia itu berasa hebat (besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah. Jika manusia berasa kuat makan, sebenarnya besar lagi perut lembu. Jika manusia berasa bangga dengan keberaniannya, sebenarnya berani lagi binatang buas (singa dan harimau). Jika manusia berasa bangga dengan tahan lasaknya, sebenarnya tahan lasak lagi unta. Jika manusia berasa bangga dengan kecantikannya, sebenarnya cantik lagi burung merak. Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya.." [Imam Al-Ghazali]

Penuntut ilmu yang terbaik.. terletak pada sejauh mana ilmu yang disalurkan... tak guna menuntut ilmu seluas alam kalau dataran dan lautan pun tak boleh dibezakan..=)

kalau ada salah..harap tegur...silap bicara harap dimaafkan.. masih banyak kekurangan...

Silentkiller ~ seeker~
RAS. BIM
02.51

p/s:
-Biarkan aku mjadi pemerhati.. dari menjadi buah catur yang mengikut telunjuk... @ pecatur yang tersilap langkah memakan diri... biarlah jadi lalang yang akan tercabut sendiri bila tak diperlukan...dari menjadi semak menyakitkan mata yang melihat....



Earth Hour + A Perfect Life

06 April 2012

0 comments


Minggu ini sedang hangat Kempen Earth Hour di seluruh dunia, tetapi dalam terpandang-pandang gambar kempen tersebut saya mula memikirkan sesuatu yang lain, yang lain menurut pandangan saya hari ini:
60 = umur kita lebih kurang panjangnya kebanyakan umur manusia kini di dunia. kalau lebih tu extra Allah beri untuk perbaiki mana yang silap kalau kita sedar.
Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW,
“Wahai Rasul, manusia yang bagaimanakah yang paling baik?” Rasulullah saw bersabda, “Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya.” Kemudian orang itu bertanya lagi, “Wahai Rasul, manusia yang bagaimanakah yang paling buruk?” Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang panjang umurnya namun buruk amalnya” (HR. Ahmad).
Firman Allah Surah an-Nahl 70:
“Allah jualah yang telah menciptakan kamu, kemudian ia mewafatkan kamu. Di antara kamu ada yang dipanjangkan umurnya sampai tua bangka, sehingga menjadi tidak tahu apa-apa sesudah dia mengetahui segala-galanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Kuasa.”



Bumi
 = Dunia ini yang saya tempati, Rasullullah saw telah mengingatkan: “Rebutlah lima perkara sebelum terjadi lima perkara: Masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sehatmu sebelum tiba masa sakitmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu dan masa hidupmu sebelum tiba masa ajalmu.” (HR. Al-Hakim, Baihaqi, Ibnu Abi’ddunia, Ibnul-Mubarrak)
“Takkan bergeser kedua kaki manusia pada hari kiamat sampai selesai ditanya tentang empat perkara:
Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan
Tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan
Tentang hartanya, dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan
Tentang ilmunya, apa yang sudah diperbuat dengannya. ”
(HR. Tirmidzi)



Bergelap sejam = Kegelapan selepas kematian adalah lebih lama, cukupkah bekalan amalku yang akan menerangiku di alam kubur sana nanti?
Firman Allah Surah al-baqarah 2:17:
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak-anakmu dari mengingat Allah. maka barang siapa melakukan yang demikian, mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah rezeki yang kami berikan kepadamu sebelum maut datang menjumpai seseorang dari kamu; Lalu berkata:’Tuhanku Kalau dapat Engkau tangguhkan matiku sebentar saja, niscaya aku akan memberi sedekah dan aku akan menjadi orang-orang yang mengerjakan kebaikan.’ Allah tidak akan memberi tangguh kepada seseorang apabila telah sampai ajalnya, dan Allah Maha Mengetahui segala yang kamu kerjakan.” (QS 63:9-11)

Ya Allah, Sesungguhnya masa yang ada untuk kami hanyalah sedikit berbanding tanggungjawab yang perlu kami tunaikan. Tiada daya dan kekuatan melainkan-Mu Tetapkanlah iman kami dari hati yang boleh berbalik-balik.

p/s: Tengah buka email..ada artikel ni masuk.. kebetulan pulak.. ada sedikit persamaan dengan khutbah jumaat ari ni ( persediaan kearah kematian)... rasa nak share..harap ada manfaat..:)