Pena Kecil

27 December 2012

3 comments



Kertas kosong tercatit bait-bait kata
Skrin putih berseri aksara huruf
Laju jemari menaip, pena siap ditulis
ada terlakar jawi.. lebih pada rumi
tercerah bahasa tinggi
terselit bicara puitis
membawa variasi persoalan
dipapar pada lembaran
dalam sebuah warkah

Pena kecil bukan mencari nama
menulis dalam ibrah jalanan
si awami yang banyak cela
menampung diri yang silap
ingatan pada yang perlu
secebis tulisan harapan besar
moga tersentuh pada hati-hati

Jangan terpaku pada baris indah
kagum pada pemberi kata
tapi..
carilah pengajaran dalam ungkapan
ambil kebaikan dalam cerita
moga menjadi landasan
mengapai redha

Akhir sebuah warkah
mungkin terpapar kaku
akan kekal dan terus kekal
menjadi cermin ingatan
untuk sedar diri terjeda
menjadi sandaran
bekalan hayat berakhir

-------------------------

share2..:-)

petikan coretan "Tulisan ku adalah Murabbi bagi diriku"


Aku tahu ada antara kita rasa kerdil dengan kehidupan dakwah ini. Mungkin ada rasa cemburu dengan kawan kawan kita yang telah pergi jauh dimedan amal ini. Menjadi pemimpin, menjadi penulis, menjadi ustaz dan ustazah! Hendak kita mengikuti mereka, kita tidak mampu kerana Allah telah memilih mereka dengan sifat Maha Tahu Nya. Kita tidak boleh samakan dengan apa yang Allah berikan kepada mereka berbanding kita. Namun …. Allah tidak pernah menutup peluang, pintu amal dan pintu dakwah buat kita. Allah juga tidak pernah menutup peluang kepada semua makhluknya untuk menjadi manusia akhirat.
Sebab itu aku sering menyuruh kamu memandang langit. Kerana langit itu adalah ibarat kehidupan kita. Luas dan menenangkan. Distu kita akan nampak hidup kita yang luas dan peluang yang luas bagi kita untuk menjana amal. Jangan pernah kalah dengan kelemahan yang ada pada diri kita kerana kelemahan kita itu adalah ‘kekuatan Tauhid’ yang selalu membuat kita menyandarkan segala kelemahan itu pada Allah dan memohon kekuatanNya. kelemahan itulah ‘ ruh tawakkal’ kita bermukim. Dengan kelemahan itulah kita mengenal erti tawakkal. Dengan kelemahan itu juga kita boleh ‘ mengenal diri’ kita. Lalu dengannya juga kita akan menjadi hamba yang kuat bekerja dan berusaha untuk meraih kasihNya.


sambung baca kat sini : http://muharrikdaie.wordpress.com/2012/07/22/tulisan-ku-adalah-murabbi-bagi-diriku/

----------------------------------------------------


Hidup bukan sekadar menjadi kertas kosong menunggu lakaran dari sang pena.. terkadang jadilah pena cuba melakar....



22.58
27/12/12

#coretan hujung tahun
#pena kecil sedang belajar masih banyak khilaf
#hidupBaik2