Ambil Pengajaran daripada Lebah

30 January 2011

0 comments

Ambil pengajaran daripada lebah...

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu digunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bungabungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya,yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

(Surah An-Nahl: 68-69)


Salam...

Sebelum menulis lebih lanjut tentang keunikan lebah aku nak kongsi macam mana mendapat idea untuk menulis tentang ini...Minggu lepas dalam forum perdana ada membincangkan tentang cara menjadi manusia yang hebat dan salah seorang ahli panel mengemukakan pepatah tentang lebah dan aku lanjutkan percarian dalam tafsir Al-Quran dalam Surah An-Nahl dan dapat beberapa maklumat...dan ucapan terima kasih kepada seorang sahabat dari iluvislam yang secara kebetulan memberi satu link untuk mencari maklumat yang lain sebenarnya tapi dalam website ada satu buku yang membicara tentang Lebah madu kayra Harun Yahya...dan syukur aku dapat menghabiskan bacaan dan mendapat beberapa maklumat yang agak unik yang menunjukkan kebesaran Allah s.w.t..


Sebenarnya banyak yang kita boleh ambil pengajaran daripada kehidupan lebah...


Aku buka tulisan ini dengan pepatah lebah..


“Ambilah pengajaran seperti lebah yang mencari rezeki yang baik tanpa merosakkan tempat ia mencari rezeki,tidak merosakkan pokok yang dia menumpang, dan mengeluarkan hasil yang baik”


Kalau kita dapat aplikasikan kehidupan lebah dalam kehidupan manusia percayalah kita boleh menjadi manusia yang hebat..


Lebah yang mencari rezeki yang baik tanpa merosakan tempat dia mencari rezeki....kalau kita aplikasi dalam kehidupan manusia untuk mencari rezeki yang baik tanpa melibatkan rasuah,tipu-menipu,penindasan,perkerjaan haram..alangkah baiknya ..kehidupan akan menjadi tenang tanpa dibelenggu perasaan was-was dan kebimbangan...


Lebah tidak merosakkan tempat dia menumpang...tidak seperti kehidupan manusia yang diberi peluang untuk singgah di dunia tanpa menghargai..kita boleh tengok keadaan bumi sekarang yang rosak disebabkan manusia itu sendiri yang tidak berterima kasih kerana diberi tempat untuk menumpang...diharap kita semua dijauhkan dari golongan yang merosakkan bumi.....


Lebah mengeluarkan hasil yang baik iaitu madu yang mempunyai banyak khasiatnya..kalau kita dapat mengaplikasi dalam kehidupan kita sendiri memang kita mampu untuk menjadi manusia yang hebat...jadikan diri kita boleh mengeluarkan hasil yang baik dengan ilmu yang kita dapat untuk kemajuan agama,bangsa,negara dan dunia....bukan digunakan untuk tujuan keburukan..


Itu baru huraian dari pepatah lebah sekarang dinyatakan secara ringkas tentang kehidupan lebah yang sangat unik...


1.Lebah-lebah madu saling memberi makan antara satu sama lain.


2.Ia mengawetnya dengan satu bahan yang dinamakan “propolis” untuk menghalangnya daripada menghasilkan bakteria dan menjejaskan kesihatan lebah-lebah yang lain di dalam sarang. Sukar untuk percaya, tetapi propolis adalah satu bahan anti-bakteria, iaitu, untuk menghalang membiakkan bakteria


3.Cara menghasilkan propolis(Mulanya mereka mengumpulkan sejenis bahan yang dinamakan damar daripada tunas sebahagian pokok yang melekit dengan bantuan rahang bawah mereka. Mereka menghasilkan propolis dengan mencampurkan air liur mereka dengan damar tersebut, dan membawanya ke sarang di dalam kantung khas di kaki mereka.)


4.Lebah madu menyaluti apa sahaja yang mereka tidak dapat bawa keluar daripada sarang dengan bahan ini yang mereka simpan di dalam kantung di kaki mereka. Dengan cara ini, bahan tersebut tidak dapat menempatkan sebarang bakteria dan menjadi tidak berbahaya. Ini adalah satu operasi yang sama dengan kaedah pengawetan mumia.


5.Tiada titik persimpangan muncul di atas indung-indung madu(berbentuk heksagon) yang dibina oleh lebah-lebah madu.Indung-indung adalah satu bentuk seragam,seolah-olah ia dibuat oleh seorang sahaja. Ini amat menakjubkan kerana lebah-lebah mula membina sel untuk membentuk indung-indung madu daripada titik-titik yang berbeza.


6.Proses2 dalam inti sari madu adalah madu bunga yang lebah kutip daripada bunga-bunga dan kuntum-kuntum buah. Setelah mengumpulkan madu bunga daripada bunga-bunga,lebah menukarkannya kepada madu.


7.Untuk mengumpulkan satu kilogram madu, 900 ekor lebah perlu bekerja sepanjang hari. Anggaran lain didalam buku ini lebih memeranjatkan: untuk menghasilkan 450 gram madu tulen, 17 ribu lebah mesti menghinggapi 10 juta bunga. Ia adalah satu kerja yang sangat sukar bagi mereka. Tetapi,sebaliknya, lebah-lebah bekerja lebih kuat dan menghasilkan lebih banyak madu daripada keperluan mereka. Tambahan pula, mereka sendiri tidak menggunakan madu ini, tetapi menawarkannya kepada kita manusia.


Inilah serba sedikit ringkasan yang aku buat daripada bacaan aku...sangat menakjubkan..bayangkan lebah yang sekecil tu mempunyai ilmu kimia yang sama dengan manusia untuk mengawet seperti mumia dan lebah kecil ini mempunyai ilmu matematik yang sangat baik..bayangkan mereka membina indung2 madu@sarang yang berbentuk heksagon tanpa ada persimpangan atau kesalahan tanpa menggunakan alat tertentu. Dan satu lagi lebah ini bersusah payah menghasilkan madu tanpa menggunakannya tetapi untuk kegunaan manusia yang mempunyai khasiat..


Inilah bukti kekuasaan Allah untu dilihat pada kita..bayangkan lebah yang kecil tu mempunyai banyak keistimewaan...sebab tu kita disuruh untuk merenung dan mengkaji semua ciptaan Allah..kita akan dapati banyak keajaiban di sekeliling kita...terima kasih Ya Allah kerena memberi aku kesempatan mendapatkan ilmu ni........


p/s: kalau ada silap dalam menulis harap dimaafkan...untuk dapat maklumat yang lanjut bacalah buku bertajuk lebah Madu: Pembina sarang yang sempurna (karya Harun Yahya)..anda takkan rugi membacanya...

BICARA TENTANG HATI

0 comments
Bicara tentang hati
penuh dengan rahsia
diselubungi dengan misteri
disinggahi dengan tanda tanya
tak semua orang dapat mengetahui
yang terdetik dihati
tapi yang pasti
Allah mengetahui....

Disini bermulanya ungkapan cinta
Disini bermulanya lafaz kasih
Disini bermulanya rasa sedih
Tapi jangan sesekali kita lupa
Disini bermulanya titik keinsafan
Disini juga timbul rasa ketakjuban kekuasaan Allah
Dan disini juga bermulanya Lafaz syukur..

Wajah yang tersenyum gembira
Tak mengambarkan hati segembira itu
Ungkapan ceria yang sentiasa terungkai
tak bermakna hati dalam ceria
Tapi...
Biarlah wajah yang gembira ini
Dan Ungkapan yang ceria ini
Dapat memberi kegembiraan dan ketenangan
kepada mereka yang melihat dan mendengarnya
yang pasti Allah akan menghargai.....

Tenangkan hati ini dengan Ayat Allah
Hiasi hati ini dengan Zikrullah
ingatkan hati ini dengan kebesaran Allah..
segarkan hati ini dengan kata-kata yang indah...
Dan pastikan hati ini dengan niat yang baik...

Itulah kelebihan hati
penyimpan rahsia yang baik
pemendam rasa yang setia

YA ALLAH
Tetapkan hati ini
Agar sentiasa bersamaMU...


AL AMIN 313
Indera Mahkota
06.48 PM
29/01/2011

Mencari Penawar Duka, Pengubat Sengsara

27 January 2011

0 comments

MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.

Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)

Janji Yang Pasti

Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.

Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.

Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).

Pelbagai Kurnia

Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.

Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.

Mengelakkan Bala

Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).

Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.

Ditambah Kekuatan

Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).

Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.

Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.

Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

Dakwah bertukar Fitnah

0 comments
Kini, rata-rata individu apabila ditanya apakah ia konspirasi, mereka akan menjawab illuminati, freemason dan the arrivals. Demikian adalah nama-nama yang sering dikaitkan dengan konspirasi akhir zaman. Ya, kita sedar bahawa masyarakat Malaysia, Singapura dan Indonesia sudah mula terkejut dan celik dari tidur dengan kehadiran entiti ini di dalam dunia kita. Untuk mengatakan kumpulan-kumpulan rahsia ini tidak ada dan ia adalah rekaan semata-mata, amat sukar untuk saya katakan ya. Dan Alhamdulillah ia mula disedari masyarakat dunia.


Tetapi, kebelakangan ini, berbeza ceritanya di Malaysia. cerita-cerita seperti ini mula tersebar dikalangan masyarakat dengan mesej-mesej yang pelik, kelihatan bodoh dan obses individu itu untuk mengaitkan sebarang persamaan dengan gerakan ini serta tidak ketinggalan dengan mesej-mesej seolah berbentuk ugutan. Contohnya seperti berikut:
1. Kelihatan Bodoh
Apabila Upin dan Ipin dikatakan terjebak dalam konspirasi Illuminati dan Freemason. Kadang-kadang saya tergelak bingung apabila mesej yang ingin disampaikan Upin dan Ipin dalam slot ceritanya membawa kepada pendidikan moral dan sakhsiah yang tinggi seperti berlajar berpuasa, menghormati kaum lain dan menyayangi haiwan juga adalah hasil ajaran Illuminati dan Freemason. Sedikit lucu. kehilangan modal untuk mengaitkan jalan cerita Upin dan Ipin dengan konspirasi ini, mereka mentakwil nama Upin dan Ipin sehingga ia kelihatan mirip dengan gerakan sulit ini.


2. Obses
Ramai pembaca yang masuk ke blog ini memberi komentar dan berharap agar saya menyiarkan hasil 'kajian' mereka di dalam blog ini yang dihantar melalui e-mel. Apa yang saya lihat, rata-rata isi kajian mereka terlalu jauh untuk menyedarkan manusia untuk kembali kepada Islam tetapi memperlihatkan obsesnya mereka dalam 'kajian' mereka. Saya mula gusar kalau-kalau, sebaran saya satu ketika dahulu berkenaan Illuminati dan lain-lain menjadi fitnah terhadap sekeliling isu ini. Kerana apa? ada pembaca yang mengaitkan apa sahaja simbol yang nampak mirip dan seakan-akan dengan kumpulan Illuminati. Contohnya logo Universiti Malaysia Terengganu dan logo Majlis Amanah Rakyat (MARA). Mungkin mereka seronok dengan permainan puzzle mereka sehingga obses mereka mengelirukan ramai pihak. Tidak ketinggalan, logo-logo kedai cermin mata dan optometrist yang kebiasaannya akan meletakkan logo mata pun dikaitkan dengan Illuminati. Kasihan Ustaz Haji Hamidun pemilik kedai Hamidun Optometrist juga terlibat dalam usahasama dengan Illuminati.

3. Mesej-mesej ugutan
Tidak ketinggalan juga, mesej-mesej mirip ugut-ugutan diselitkan ketika teori konspirasi hasil kajian mereka disebar melalui emel-emel, facebook dan laman-laman sosial lain. "Jika anda seorang muslim, anda wajib menyebarkan berita ini", "jika anda sayangkan Islam, sebarkanlah mesej ini" dan pelbagai lagi kuotasi-kuotasi yang saya kira ia mirip ugutan dan pemerasan dan paksaan terhormat. Mereka yang kurang ilmu pengetahuan akan mengatakan, "eh betul lah, kena sebarkan ni" dan percaya 100% seterusnya menyebarkan berita tersebut. Kesian si Upin dan Ipin. Yang sangat memalukan dan mencipta suasana fitnah, kajian-kajian memalukan mereka ini dibawa atas nama Agama Islam.

Cukuplah untuk anda terus mewujudkan suasana haru di dalam masyarakat kita, lihatlah komuniti maya, hasil dari tersebarnya cerita-cerita kurang siuman konspirasi mereka, wujud pula mereka yang menolak mentah-mentah kewujudan entiti bahaya itu di dunia ini. Ada juga yang mentertawakan dan mengeluarkan ejekan ejekan kesat kepada penulis-penulis ikhlas yang lain. Mungkin mereka banyak terkesan dengan apa yang blog ini sampaikan berkenaan AJL24 tahun lepas, tetapi apa yang pasti, program itu punya unsur-unsur maksiat yang memang perlu ditolak juga ideanya sendiri diambil dari holywood walaupun tidak secara langsung. Dengan ini, tidak bermaksud untuk anda menggunakan modus operandi yang sama untuk mengaitkan sebarang perkara tanpa kaji selidik mendalam dahulu.
The Arrivals pula, ia bukanlah bahan utama untuk dijadikan rujukan semua dari kita dalam mendasari isu Illuminati dan lain-lain. Cukuplah ia sebagai membantu kita memahami situasi dunia sekarang. Saya secara personal tidak berapa bersetuju dengan beberapa topik yang dibawakan dalam siri itu. Lebih-lebih lagi dalam menghuraikan berkenaan Imam Mahdi adalah imam ke-12 yang akan keluar merobohkan tiang-tiang kezaliman. Ini sedikit berbeza dengan akidah yang dibawa oleh ajaran kita dan ajaran syiah. Walaubagaimana pun, saya berpesan agar kalian bisa membezakan yang benar dan yang salah. Kerana itulah, saya sangat-sangat mementing perkara-perkara ini sebelum mereka mengkaji dan menelan bulat-bulat:

1. Aqidah Yang Jelas
Aqidah Islam adalah teras penting. Ini untuk kita benar-benar jelas perbezaan Islam dengan yang bukan Islam. Selain itu, ia adalah jatidiri penting untuk kita punya stand atau pendirian tegas dalam melakukan kajian-kajian bersifat komperatif. Jika kita tidak punya kekuatan dalam penguasaan aqidah dan perbezaan antara aqidah Islam, firaq-firaq seperti syiah, Ibadhiyyah, Khawarij, Qadariah, Murjiah, Asyairah, Maturidiyah juga agama-agama lain dari sudut kefahaman dan iktikad mereka berkenaan ketuhanan, adalah sebaiknya untuk kita perkukuhkan yang ini dahulu. Ini untuk kita tahu yang mana menyeleweng dan yang mana yang benar. Syiah pun masih tidak mengerti, masakan ingin mengkaji konspirasi yang lebih besar? Ini sangat penting kerana aqidah adalah soal Usul.

2. Ilmu Alat
Ilmu alat adalah ilmu-ilmu asas yang diperlukan untuk memahami cabang-cabang ilmu Islam yang lain. Antaranya ialah Usul al-Din, Usul Fiqh dan Bahasa Arab iaitu Nahu dan Saraf (tatabahasa Bahasa Arab) ilmu ini penting sebagai bantuan bagi setiap individu memahami Islam dengan efektif.
3. Ilmu Tafsir
Bidang ini sangat berkait rapat dengan pentafsiran dan penghuraian ayat-ayat al-Quran. Bercakap berkenaan ilmu tafsir ini, ia bukanlah ilmu yang sembarangan bahkan ia memerlukan keahlian dan kepakaran. Ini kerana kita dilarang mentafsir ayat-ayat al-Quran mengikut kehendak kita sendiri tetapi apa yang penting ialah merujuk kepada pakar-pakar tafir, antaranya seperti al-Thabari, Ibn Kathir, al-Qurtubi, al-Baghawi, al-Alusi dan lain-lain lagi. Ini kerana ada mereka-mereka yang terlalu obses seperti yang saya katakan tadi, dalam pemerhatian saya sesuka hati mentafsirkan ayat al-Quran supaya ia selari dengan kajian mereka. Sebagai contoh kesalahan dalam mentafsir ayat al-Quran:

حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا, قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا , قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا , آَتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آَتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا
Bermaksud: Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan, Mereka berkata: "Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?". Dzulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi." Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain: "Tiuplah (api itu)." Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu."
Surah al-Kahfi: 93-96
Ayat ini menceritakan berkenaan suatu kaum yang Dzulqarnain tidak mengerti bahasa pertuturannya meminta bantuan untuk menyelamatkan mereka dari yakjuj dan makjuj. Dzulqarnain dengan bantuan penterjemah akhirnya membantu kaum tersebut dan berharap agar kaum itu turut bekerjasama dalam membina tembok antara mereka dengan yakjuj dan makjuj tersebut. Dzulqarnain menyuruh untuk api itu ditiup sehingga besi-besi itu lebur dan dan menjadi merah.

Ada yang kurang ilmunya berkenaan pentafsiran ayat ini mentafsirkan bahawa yang meniup itu adalah seekor naga hasil dari arahan Dzulqarnain. Sebenarnya mereka ingin mengaitkan kewujudan naga sebagai makhluk bantuan dari timur nusantara yang dikatakan panji-panji hitam dari ufuk timur dalam peperangan akhir zaman dengan tentera yahudi. Akhirnya dikaitkan ayat al-Quran ini dengan menafsirkan ayat tersebut dengan tanpa merujuk kepada ahli tafsir terlebih dahulu dalam menghuraikan ayat tersebut. Bagi saya, Dzulkarnain itu sendiri tidak mengerti bahasa yang dituturkan oleh bangsa yang meminta bantuan tersebut yang mana bangsa itu manusia, mana mungkin beliau boleh berinteraksi dengan haiwan seperti naga yang kewujudannya pun hanya satu mitos?
Berhati-hatilah. Amat berdosa sesiapa yang mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan tafsirannya sendiri. Rasulullah s.a.w bersabda:

حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ السَّرِىِّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَبْدِ الأَعْلَى عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضى الله عنهما قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ قَالَ فِى الْقُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Bermaksud: Sesiapa yang bercakap berkenaan al-Quran tanpa ilmu, maka dia telah menyediakan bangkunya di dalam neraka. (hadis berstatus hasan sahih oleh sebahagian ulama hadith)

4.Ilmu Hadith
Imu hadith merupakan ilmu yang sangat penting kerana ia sekitar ilmu yang meriwayatkan kata-kata nabi Muhammad s.a.w. Kita sedia maklum bahawa hadith adalah sumber ke-2 terpenting umat Islam sebagai sumber pengambilan dalil. Sudah tentulah ilmu ini perlu dikuasai oleh mereka yang ingin mengkaji konspirasi yang lebih besar. Diantara yang termasuk dalam ilmu ini ialah, Usul Hadith, Ilmu Jarh wa al-Ta'dil, Ilmu Rijal, dan lain-lain lagi. Ini untuk memastikan kita boleh pasti hadith-hadith yang sampai kepada masyarakat benar-benar autentik yang bersih dari sebarang kecacatan sama ada dari sudut jalan periwayatan dan matan atau lafaz hadith tersebut.

Tanpa penguasaan ilmu ini, seseorang itu akan lebih bermudah-mudah untuk mengatakan hadith ini dan hadith itu. Mereka yang melakukan kajian berkenaan Illuminati dan fitnah akhir zaman ini, banyak pula terdedah dengan hadith-hadith akhir zaman, antaranya berkenaan penceritaan berkenaan Imam Mahdi. Terdapat sebilangan pengkaji terlalu mudah untuk meletakkan hadith yang tidak ada asal usul dan palsu untuk menguatkan hujjah mereka dan menceritakan berkenaan akhir zaman. Perlu di ingat, cerita akhir zaman adalah cerita ghaibiyyah yang belum terjadi dan ia termasuk dalam bab aqidah dan kepercayaan. Seharusnya kita lebih berhati-hati dalam soal ini kerana dikhuatiri ia juga boleh merosakkan kepercayaan dan iktikad kita. Ingat, hadis berkenaan Imam Mahdi telah banyak dipalsukan oleh Agama Syiah yang bagi mereka, Imam Mahdi adalah Imam ke 12 yang masih ditunggu. Begitu juga berkenaan hadith-hadith Panji Hitam, perlu diberi perhatian pengkajian statusnya. Wallahu A'lam.

5. Sejarah Islam dan Dunia
Sejarah juga perlu dikuasai oleh mereka yang ingin mengkaji berkenaan pelbagai konspirasi yang berlaku hari ini. Yang paling penting, kita harus jelas berkenaan sejarah Islam dan sejarah-sejarah yang berlaku di zaman Islam selain sejarah terjadinya pecahan-pecahan kumpulan di dalam Islam (firaq-firaq di dalam Islam). Ini kerana sejarah ini sangat berkait rapat dan saling perlu memerlukan dengan kita hari ini. Dalam konteks mudah, apa yang terjadi hari ini, ada kaitannya dengan sejarah lampau. Penciptaan Order baru dunia juga ada kaitannya dengan sejarah penciptaan ideologi sama ada ia berasal dari dalam Islam mahu luar Islam. Selain sejarah Islam, sejarah lain juga diperlukan untuk mengukuhkan ilmu yang sedia ada. Sebagai contoh, fitnah yang disebarkan oleh orientalis dalam gerakan menjatuhkan dakwah sunnah yang dibawa oleh tokoh-tokoh mujaddid, kehadiran idealisme yang pelbagai seperti liberalism, pluralism, kapitalisme, fahaman Karl Marx, demokrasi dan lain-lain.

Ini adalah sedikit nasihat yang saya lahirkan setelah melihat dakwah yang kita jalankan bertukar fitnah yang digelak ketawakan. Kepada pengkaji-pengkaji lain, saya menyeru agar kita jelas dahulu yang berkenaan sejarah Islam dan sejarah perpecahan Umat Islam kepada mazhab-mazhab aqidah yang baru, barulah kita membawa isu-isu konspirasi yang lebih kontemporari yang berlaku hari ini.

Selain itu, kita bukanlah umat yang bacul dan takut pada simbol mereka. Jika kita takut, ini bermakna kita sudah hilang jatidiri muslim dan ruh Islam itu sudah semakin tipis ditelan kemaksiatan. Hari ini, kita perlu bangkit untuk membetulkan umat Islam dengan aqidah yang luhur seperti yang dicontohi oleh Rasulullah dan sahabatnya, bersatu membina semua empayar Islam berasaskan kefahaman umatnya yang faham apa itu Islam, bukan hanya berbangga dengan andalusnya sahaja. Kita perlukan jatidiri yang diambil oleh keindahan Sunnah yang tinggi nilai ilmiah, budi dan luhurnya ketika umat tidak lagi memahami apa itu sunnah. Kita tak payah nak menghitung hari keluarnya dajjal, mencari di mana dajjal dan mencari di mana si yakjuj dan makjuj. Biarkan mata-mata satu mereka, biarkan piramid mereka, biarkan NWO mereka.

Umat Islam hari ini memerlukan suntikan aqidah yang jelas, kerana dengan Umat Islam memahami aqidah islam seperti kefahaman golongan al-Salafussoleh sahaja, bisa menggoncang dunia sesat illuminati dan yang seangkatan dengan mereka walaupun kekuatan persenjataan mereka lebih kuat dari kita. Umat Islam perlu dijauhi dengan penyakit al-Wahn. Hiburan yang berlebihan ini punya umat hilang jati diri. Kerja kita semua, ialah menyatukan semula Umat Islam di bawah lembayung aqidah yang mantap, menebarkan sunnah kepada mereka kerana ini adalah senjata ampuh untuk melawan musuh.

sumber:jejakitinggalanrasul.blogspot.com

ANUGERAH

24 January 2011

0 comments
Dipersisir pantai aku berdiri...
merenung nun jauh disana..
memerhati kebesaran ciptaanNya
yang sangat indah tak dapat diluah dengan kata-kata...

Desiran angin meresap dihati..
membuai aku dengan keasyikan..
keasyikan yang membuat aku tenang..
tanpa mengharap melodi ciptaan manusia..

ombak kecil datang menghempas pasir..
datang dan pergi bersilih ganti...
ada sesekali membawa pasir bersama...
membuat diriku terfikir..
ini seperti kehidupan manusia..
disulami dengan dugaan dan ujian..
ada yang tak berubah walaupun halangan menimpa
dan ada yang dihanyut bersama arus kekecewaan....

Disebalik pasir itu...
sekelompok ketam yang membawa anak-anaknya berjalan..
membuat aku termenung...
andai kehidupan manusia juga macam ni...
alangkah bahagia...

Diatas sana langit biru yang tersergam indah...
sekumpulan burung sedang terbang bebas..
bermain-main sesama mereka tanpa rasa risau..
membuat aku berharap...
alangkah baiknya kalau dunia manusia macam ini..
bebas tanpa pertumpahan darah, penindasan, peperangan...

Ya Allah terima kasih kerana memberi aku kesempatan...
melihat, merasa dan mendengar..
dan memberi peluang untuk aku memikir...
dengan anugerah yang Engkau pinjam padaku...
membuat aku rasa lapang..
untuk terus sujud kepadaMU Ya Allah...

SURAH Al-BAQARAH AYAT 164:

Sesungguhnya tentang ciptaan langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang berlayar dilautan yang memberi manfa'at kepada manusia, air(hujan) yang diturunkan Allah dari langit, lalu dihidupkanNya (kerana hujan itu) bumi yang sudah mati(kering) dan berkeliaranlah berbagai bangsa binatang, dan perkisaran angin dan awan yang disuruh berkerja di antara langit dan bumi, sesungguhnya semua itu menjadi bukti kebenaran untuk orang-orang yang berfikir


AL AMIN
07.28 PM
24/01/2011

p/s: akhirnya dapat juga ilham utk post sesuatu...skrg agak sibuk dgn keje dan dalam proses nk siapkan satu artikel...

Berapa lamakah kita di kubur..??

23 January 2011

0 comments
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: saya anda
Editor: arisHa27

Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.

Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;


Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965


"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"

Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.

"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"

Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.

"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "

Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.


Muhammad Zaini 19-02-1882 : 31-01-1910



"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.

Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.

"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.

"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

Ayahnya tersenyum dan menggangguk.

"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.

"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" mata Yani bersinar ingin tahu.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.

"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.

"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.

Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.


"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "


Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.


"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.

"Ya Allah..."

Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah"

Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.


"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."




secebis kata-kata dari aku....

salam...
kau orang mungkin dah selesai baca artikel tu yang aku ambil dari iluvislam...
aku bukan baik sangat...
sebab tu aku nak ingat diri aku sendiri dan kau orang semua....
cuba kita sama-sama renungkan....
adakah cukup bekalan kita untuk di bawa ke sana...
bukan hak aku nak nilai kau orang...
oleh tu kita sama-sama renung dan fikir adakah kita dah bersedia untuk menghadapi saat kematian yang tak tahu bila akan berlaku...
aku harap artikel ni dapat membantu aku untuk ke jalan pulang yang betul....

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

0 comments
perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

sumber: iluvislam

60 Petua Mendapatkan Pasangan

1 comments
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

50 Rahsia Penting Rasulullah SAW

0 comments
Diutuskan sebagai Rasul semasa berusia 40 tahun.

Rasulullah SAW wafat semasa berusia 63 tahun.

Bani Najjar dan Bani Zahrah adalah keturunan Rasulullah SAW.

Haris bin Uzai adalah bapa susuan Rasulullah SAW.

Usamahb bin Zaid adalah pencinta Rasulullah SAW.

Huzaifah bin Yaman adalah penyimpan rahsia Rasulullah SAW.

Zubir bin awwam adalah golongan penyokong Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW lebih rapat dengan Kabilah Quraisy Al-Adnaniah.

Tahukah anda Isteri Baginda berjumlah 13 orang.

Cucu Baginda adalah Hassan dan Husain.

Tahukah anda Rasulullah SAW telah berperang sebanyak 27 kali.

telah berperang dalam 9 pertempuran.

Abu Qasim adalah diantara gelaran yang diberikan kepada Rasulullah SAW.

Tahukah anda nama Assakab, Al-Murtajiz, Lazzaz, At-Tarbi dan Al-Lahif adalah nama-nama unta Rasulullah SAW.

Tahukah anda Zainab binti Al-Haris adalah orang yahudi yang telah meracuni Rasulullah SAW.

Tahukah anda Maria Al-Qibti dan Raihanah binti Zaid adalah Dua orang hamba yang telah dikahwini Rasulullah SAW?.

Tahukah anda nama-nama Zul Faqqr, Battar, Al-Haif, Rasub dan Al-Mukhzim adalah nama-nama bagi pedang Rasulullah SAW?.

Tahukah anda kabilah Bani Nadhir Yahudi yang ingin melempar batu keatas Rasulullah SAW ?.

Tahukah anda Ali bin Abi Tolib, Othman bin Affah, Al-As bin Ar-Rabi’ dan Utbah adalah kerabat ipar lelaki Rasulullah SAW?.

Tahukah anda Zubir bin Awwam adalah anak saudara Rasulullah SAW?.

Tahukah anda Fatimah binti Amru Al-Makhzumi adalah nenek kepada Rasulullah SAW disebelah ayah Baginda?.

Tahukah anda Hassan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan Kaab bin Malik adalah penyair-penyair Rasulullah SAW ?.

Tahukah anda A-Mat’am bin Adi adalah orang yang membantu Rasulullah SAW ketika Baginda kembali dari hijrah ke Taif ?.

Tahukah anda Halimah binti Sa’diah dan Suwaibah adalah keturunan Abi Lahab ?.

Tahukah anda Surah An-Nur adalah surah yang Rasulullah SAW galakkan perempuan mempelajarinya ?.

Tahukah anda Ramlah binti Sufian adalah perempuan yang dipinang oleh Raja Najasyi untuk Rasulullah SAW?.

Tahukah anda kumpulan tenntera Abdullah bin Hahsyi adalah kumpulan pertama yang berhadapan dengan Rasulullah SAW di kawasan tepi pantai ?.

Tahukah anda Uqbah bin Abi Al-As adalah orang yang telah mematahkan dua batang gigi Rasulullah SAW ?.

Tahukah anda peperangan pertama yang Rasulullah SAW hadapi adalah peperangan Al-Abwa’ ?.

Tahukah anda Ibnu Qim,ah adalah orang yang telah melukai wajah Rasulullah SAW pada peperanagn Uhud?.

Tahukan anda Zaid bin Harisah adalah sahabat terakhir yang terlibat dalam sistem penceraian yang tidak berbentuk Islam sebelum wujudnya sistem pernikahan dalam Islam yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW?.

Tahukah anda Rasulullah SAW telah meninggalkan 9 orang isteri ?

Nota : Rasulullah SAW berkahwin adalah untuk menyelamatkan wanita-wanita tersebut dari berbagai masalah, Baginda sahaja yang mampu menyelesai dan membahagiakan wanita dengan izin Allah SWT. Baginda tidak berkahwin diatas dasar nafsu, malah semua wanita yang Baginda kahwini adalah bukan anak dara, Hanya Siti Aisyah sahaja dari kalangan anak dara. inilah bukti Baginda bukan mementingkan nafsu. Nauzubillah Hilazim.

Tahukah anda Thabit bin Qais adalah pembaca Khutbah Rasulullah SAW ?.

Tahukah anda Barrah binti Abdul Izzi adalah nenek Rasulullah SAW disebelah ibunya.

Tahukah anda Ummul Mukmini yang terakhir meninggal dunia dari kalangan isteri Baginda SAW adalah Umu Salamh.?.

Tahukah anda anak perempuan Baginda SAW pertama yang meninggal dunia adalah Ruqiyah ?.

Tahukah anda siapakah Isteri Rasulullah SAW? Maimunah binti Al-Haris adalah isteri terakhir Rasul Junjungan kita.

Abi bin Khalaf adalah orang tunggal yang telah dibunuh oleh Rasulullah SAW. Walaupun Baginda telah membentuk 27 peperangan dalam menentang mereka yang mencabar Islam.

Tahukah anda Rasulullah telah memulakan perjalan Isra’ bermula dari rumah Ummu Hani’ ?.

Tahukah anda sahabat yang mengaku nabi selepas kewafatan Baginda adalah Tulaihah binti Khuwailid Al-Asadi, kemudian beliau bertaubat dan kembali kepada Islam dengan sempurna.

Tahukah anda Baginda SAW dikafankan dengan kain Kafan yang disediakan oleh Fatimah binti Asadi, iaitu isteri bapa saudaranya Abu Talib. Selawat dan Salam untukMu Ya Rasulullah SAW.

Tahukah anda Rasulullah SAW telah menghadiahkan 70 Selawat dan Salam kepada Saidina Hamzah R.A.

Betapa besarnya kesan peperangan Uhud kepada Jasad dan Jiwa Rasulullah SAW.. Salam Rindu buatmu Rasul Junjungan.

Tahukah anda Rasul Junjungan telah melakukan solat Ghaib ke atas jenazah Raja Habsah An-Najashi yang telah memeluk Islam tanpa pengetahuan rakyatnya.

Tahukah anda wanita pertama yang telah membuat perjanjian dengan Rasulullah SAW dalam Aqabah kedua adalah Fukaihah binti Yazid Al-Ansari ?.

Tahukah anda Daldal adalah binatang yang dihadiahkan kepada Rasulullah SAW oleh Al-Qauqas?.

Tahukah anda Rasulullah SAW telah membahagikan bulan Ramadhan kepada 3 bahagian: Dipermulaan Ramadhan adalah Rahmat, Di pertengahan Ramadhan adalah Keampunan dan Diakhir Ramadhan adalah Perlindungan dari apai neraka?.

Tahukah anda diantara umrah yang telah Rasulullah lakukan adalah Umrah Hudaibiah, Umrah Al-Qoda’, Umrah Al-Ja’ranah dan Umrah Haji ?.

Tahukah anda ibu Rasul Junjungan meninggal di Al-Abwa’ suatu tempat diantara Mekah dan Madinah ?.

Tahukah anda rakan perkongsian dalam perniagaan Rasulullah SAW di Mekah adalah As.Saib bin Abi Saib?.

skadar perkongsian..sumber rujukan dr https://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/05/04/50-rahsia-penting-rasulullah-saw/


video

Senandung Al-Fatihah

22 January 2011

2 comments
salam....

malam ni tak nak tulis apa2....saje nak kongsi satu lagu...dari irsyadee..


video


p/s: perasaan skrg tak tenang.....baik terjumpa video ni...

EPILOG SATU PERJALANAN

10 January 2011

0 comments

Kehidupan....

Satu epilog perjalanan..

Dalam sebuah penggembaraan

Merentasi liku-liku dugaan

Untuk mencari bekalan

Sebelum bertemu yang Maha Esa..


Dalam epilog ini...

Mempunyai jalan ceritanya sendiri

Dimana aku lah watak utama

Dibantu dengan watak sampingan

Diatas satu pentas kehidupan

Dihiasi dengan suka dan duka

Sebagai penyeri dunia....


Di atas pentas ini

Aku kena memilih..

Jalan mana yang perlu lalui...

Putih atau hitam..

Itu terserah padaku....


Dalam melalui jalan yang bercabang..

Dan menyusuri denai yang penuh dengan onak dan duri

Ada sesekali terjatuh dipalit lumpur dosa

Akibat kekhilafan diri...


Aku juga pernah tersesat...

Dalam belantara duniawi...

Akibat termakan hasutan iblis durjana...

Yang berjanji untuk menghancurkan anak Adam....


Disaat aku hampir kelemasan...

Dilambung ombak dugaan yang meletihkan aku..

Sinar cahaya dariNYA menyuluh aku...

Keluar dari jalan ini

untuk kembali pada pautan

keredhaanNYA....


Perjalanan ini tak berhenti disini...

Aku kena menerusi lagi....

Untuk mencari bekalan yang berharga...

Dan aku kena segera bangkit

Pabila dihempas dugaan dan ujian

Bukan terus terduduk dibuai bisikan syaitan...


Epilog perjalanan ini akan berhenti...

Pabila ajal telah menjemput tanpa memberitahu...

dan singgah sebentar di alam barzakh

sebelum hari kebangkitan memanggil....


Inilah...

Epilog sebuah perjalanan....

Yang aku lalui.....


AL AMIN

05.17 PM

09/01/2011

Bandar Indera Mahkota