RINDU AYAH......

17 December 2010

1 comments

RINDU AYAH......


Hati ini di sapa dengan alunan rindu

Rindu pada seseorang yang sangat dicintai

Rindu pada wajah seseorang yang tenang

Yang tabah dan sabar

Dalam menjalankan amanat yang diberikan

Oleh yang pencipta.......


Ayah....

Walaupun telah bertahun-tahun kau pergi

Meninggalkan seluruh isi dunia

Untuk bertemu YA RABBI

Tetapi kenangan yang sempat diukir

Masih segar dalam ingatan ku....


Ayah....

Kau tempat aku berlindung

Kau tempat aku mengadu masalah

Dan kau orang yang mencari sesuap nasi

Untuk membesarkan aku

Tanpa ada perkataan letih atau jemu yang terukir...


Ayah....

Ketegasan kau dalam mendidik aku

Tak kira ilmu duniawi dan agama

Sangat bernilai pada ku...

Yang menjadikan aku seperti sekarang

Tak mungkin jasa kau dapat ku balas......


Ayah....

Walaupun kau telah tiada

Tapi semangat dan kata-kata kau...

Terus menjadi inspirasi

Untuk aku meneruskan perjalanan

Yang penuh dengan ranjau...

Dan segala amanat kau....

Akan cuba aku tunaikan.....

Dengan izin YA ALLAH...


YA ALLAH

Terima kasih memberi aku peluang

Untuk berjumpa dengan insan bernama Ayah sepertinya

Hanya doa dan Al Fatihah...

Yang dapat aku utusan

Sebagai tanda penyembuh rinduku padanya...



YA ALLAH

Ampunkan Segala dosa-dosanya...

Tempatkan rohnya di tempat yang tertinggi...

Disamping orang-orang yang beriman dan para syuhada...

Moga terus berbahagia disana dengan rahmat mu YA RABBI..


Ameen............


Sayang Ayah........Rindu Ayah................



AL AMIN

17/12/2010

7.32 pm

Bandar Indera Mahkota


P/s: tiba-tiba hati ini berasa rindu teramat pada ayah tercinta...coretan ini khas ditulis untuknya...moga rohnya terus dirahmati oleh Allah S.W.T......Ameen.......


12 December 2010

0 comments

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2
membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Kisah Benar Untuk Renungan Kite Bersama

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke
rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah
merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara
menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-
rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al- Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan
merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil
bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah:

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama- sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya
dalamperniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju
dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipi

KISAH BENAR: Wasiat Untuk Isteri

0 comments


Sebuah Pertemuan

11 December 2010

0 comments
Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan,
tika aku Diuji dengan dugaan

Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala Menitis

airmataku keharuan Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu,
oh Tuhan

Titisan air mata
menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga Mekar
tidak pernah layu
Damainya hati Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian
kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya

Tika diri dalam kebuntuan Betapa
aku menghargai Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal
erti Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian Selain rahmat kasih-Mu Tuhan Yang terbias
pada ketulusan Sekeping hati seorang insan Bernama teman

sumber: http://www.hijjaz.co.my
artis: UNIC
album: SEE YOU DI IPT

p/s:ditujukan khas untuk seseorang yang menjadi inspirasi
dalam perubahan diri ini menjadi seperti sekarang....

RINTIHAN SEORANG INSAN KERDIL

0 comments
Dalam hening malam yang sepi
angin malam yang mencengkam
menemani seorang insan kerdil
yang masih terkapai-kapai
dalam melayari sebuah kehidupan...

Dalam hati insan kerdil ini
masih lagi tertanya-tanya
apa tujuan hidupnya
adakah sekadar menjadi hiasan pentas dunia
yang mengikut acuan arus waktu...
ataupun menjadi seorang khalifah dibumi
yang berusaha mencari bekalan
untuk dibawa bertemu yang MAHA ESA....

Dalam hati insan kerdil ini bertanya lagi
sudah bersediakah dia dengan bekalan secukupnya
jika ajal datang menjemput pergi...

tiba-tiba...
rasa takut dan pilu menyelubungi insan kerdil ini
tergambar dosa-dosa yang tak terhintung banyaknya
teringat janjinya dengan pencipta pada kala susah
yang dimungkiri apabila diulit kesenangan...

akhirnya air mata insan kerdil ini jatuh juga
menyesali segala kesalahan
taubat nasuha dilakukan
semoga Allah menerimanya...

Ya Allah
ampuni segala dosa hamba-MU yang hina ini
terima taubat hamba-Mu ini
terus tetapkan dalam hati ini dengan cahaya keinsafan
moga Hamba-mu ini tidak tersesat lagi

Sesungguhnya solatku,Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa....

NUKILAN: AL AMIN

11/12/2010 1.38 Am
Bandar Indera Mahkota

p/s: Hak cipta terpelihara..hehehe....

satu,dua patah daripada penulis...

0 comments
Terlebih dahulu ucapan salam untuk sesiapa yang sudi singgah ke blog ini tidak kira yang sengaja atau yang tak sengaja terclick....

untuk pengetahuan semua ini blog ke-2 aku(yang termaktub dalam perlembangan..gurauje) selepas jalanku pulang yang diberhentikan untuk sementara waktu.penulisan EPILOG SATU PERJALANAN lebih santai berbanding jalankupulang...dan
berkisar tentang luahan hati aku sendiri ....diharap ko orang dapat menerima blog ini seadanya...dan jgn lupa bagi komen dan klau berminat bolehlah jadi follower....

dan sebelum aku mengundur diri jika ada tulisan dalam blog ini ada yang menguris hati aku minta maaf ...aku sekadar ingin berkongsi rasa...

wsalam....