Sultan Muhammad AL-Fateh (MUJAHID ANAK MUDA)

22 September 2011


Rasulullah SAW bersabda: Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampau, tidak mencuri dan (rakyatnya) tidak penipu dan tidak bergaul bebas. (Riwayat Al Imam Abu Al Hasan Ahmad bin Jaafar) Dipetik dari kitab ‘Ukduddurar Fi Akhbar Al Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperanganKhandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul)
akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.."
(Hadis riwayatImam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua ekspedisi yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, LIMA ekspedisi dizaman Kerajaan Umaiyyah, SATU ekspedisi di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan DUA ekspedisi di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah ekspedisi semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa merekamembebaskan Konstantinopel".

Bayangkankalau mereka sudah jemu dan tidak percaya selepas kesemua ekspedisi untuk merealisasikan hadis nabi bagaimana? Tapi jawapannya tidak. Kata-kata nabi pasti menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW. Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 250,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh?
Apakah kehebatan baginda dan tentera-
tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik
raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis
tersebut?

Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji ALLAH tentang kejatuhan Konstantinopel itu. Dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji itu. Tetapi mereka gagal sehinggalah 800 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal itu baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Yg ekoran dari itulah Turki Usmaniah akhirnya muncul menjadi empayar kepada tiga benua dengan dua puluh sembilan buah negara di bawah takluknya. Hingga hari ini, kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

Credit:Pendedahan Konspirasi & penipuan Dunia (Group FB)


0 comments: