Makna Sebuah Kehidupan

25 December 2011

2 comments
Saat ku terlupa KAU mengingatiku
Tika ku Jatuh KAU bangkitkan aku
Bila ku berharap KAU sentiasa ada di sisiku
Tapi..
Aku sering lupai pabila dalam kesenangan..
YA Allah
Diri ini selalu khilaf
Dalam MengingatiMu....

Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana masih memberi ruang nafas untuk terus meniti dalam kehidupan...:)

Coretan terakhir utk 2011..

Alhamdulillah..genap setahun blog ni bertapak..harap spnjg ni de manfaat yg diberi..:)

Terlalu banyak nikmat yg Allah berikan..rasa sangat2 kerdil diri ni... kerana kurangnya rasa bersyukur dalam hati.. terkadang rasa malu..hanya beberapa hal yg diminta tak dimakbulkn..hati sudah membentak...terkadang sesuatu tu untuk kebaikan diri...

Syukur Alhamdulillah..beberapa kali diri terlupa...masih lagi diberi ruang untuk memperbaiki diri..dan terima kasih pada sahabat yang sentiasa mengingati..dan syukur sekali lagi kerana sentiasa mempertemukan aku dengan org yg baik2...:)...

k..tutup pasal ni..macam biasa nak kongsi sesuatu yang menarik...

Makna Sebuah Kehidupan..
Nak kongsi  satu puisi dipetik dari Buku Makna Sebuah Kehidupan...sama2 kita hayati setiap bait kata...:)


-Raja Ahmad Mukhlis Al-Azhari-

Amalahullahu bilutfiHi Al-Khafiy
Makna Sebuah Kehidupan

Ketika insan melihat ke langit,
Lalu bertanya kepada dirinya,
Adakah langit sebagai hujungnya,
Hujung bagi sebuah kehidupan?

Saat insan melihat ke tanah,
Lalu hati terasa pasrah,
Adakah ini penghujung kisah,
Atau dari sini mulanya kembara,
Kembara menuju destinasi cinta?

Ketika insan mendengar firman,
Mencari jawapan daripada Tuhan,
Tentang makna sebuah kehidupan,
Lalu Allah memberi pedoman,
Tentang diri jua kehidupan,
Tentang yang pasti berbanding kepalsuan.

Hidup ini maknanya nyata,
Bagi mereka yang inginkan bahagia.
Hidup ini hakikatnya ada,
Pada kembara menuju cinta,
Cinta Tuhan yang Maha Pencinta.

Maka hiduplah dengan makna ini,
Duhai insan yang mengerti,
Andai kebahagiaan yang ingin dicari,
Kerana hidup di dunia cuma sekali,
Sebelum kembali ke akhirat yang pasti,
Sedang setiap pilihan akan ditanya,
Apa ertinya ini dan mengapa,
Bukankah tujuan diciptakan untuk mengabdikan diri,
Kepada Tuhan Maha Pencipta?




Tertarik dgn perkongsian kata2 ni...simple but meaningful....:)

Credit: TopSphere Resources

ramai nak belajar, tapi hatinya kosong
ramai nak tgk, tapi mata dihalang rambut
ramai nak dgr, tapi telinga ditutup dgn tangan
ramai nak bercakap, tapi mulut kapit rapat.
ramai nak menjerit, tapi gigi dikancing kuat.
ramai tahu cara nak buat persoalan/tanggapan, tapi tak ramai tahu cara nak menyoal


pokok pangkal nya, tanda sama itu diri, tanya sama itu hati, kalo jiwa itu bersih, otak nya putih, akal nye tinggi, pemikirannya panjang,semua orang bole buat keputusan yang mudah.

hidup ini mudah. Allah dah kasi jalan yg lurus untuk kita ikut. cuma kita ni lalai di dunia, tak pandai nak pilih jalan, tersalah jalan bengkang bengkok jadinya.

Allah dah lahirkan orang berilmu dan sebagainya setiap jalan2 bengkok, mcm towtruck tunggu kete tepi jalan tunggu eksiden. tinggal nak nak bawak kita ke jalan lurus, bantu dengan cara mudah. tapi itu lah yg kita slalu lupa, terlepas pandang. pendek cite, kita malas.

Perkongsian satu video dari Dr.Maza..rasa sangat2 tenang melihat video ni...sama2 kita hayati..:)


Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali...:)

setakat ni dulu..entri kali ni...klau de kekhilafan harap ditegur& di maafkan...harap kita semua akan sentiasa menjadi lebih baik...

p/s:sekarang tengah cari buku "Give and Take..Antara Hamba dan Pencipta"...rmai org kata best...

Coretan 10 Minit....

20 December 2011

2 comments
Assalamualaikum...yg de baca entri ni..harap semua berada dibawah rahmatNYA...

Ada masa terluang ni nak update blog sat... pejam celik..pejam celik..2011 dah nak tutup tirai..lepas ni 2012 menjelma..umur semakin bertambah...harap diri  pun dapat bertambah baik bersama matangnya usia...:)

Point 1:

2..3..hari ni..ada buat research tentang air zam-zam...sekurang2nya dapat tambah sedikit ilmu pada diri yang mmg dah sedikit ni..klau org tanya ada juga point yg nk dibicarakan...

“Sebaik-baik air di muka Bumi adalah air Zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit.” (Thabrani dan Ibnu Hibban).

” Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? “ (QS Al-Anbiyaa/21:30)

Klau nk tahu lebih lanjut pasal air zam2 ni..bleh la tgk link ni.. http://addin.ritanm.com/sains-dalam-islam/tahukah-anda-kebenaran-tentang-air/

Banyak yg boleh kita ambil disebalik air zam2 ni.. Air zam2 tak boleh dipengaruhi tapi boleh mempengaruhi... kalau kita campurkan dengan serbuk lain..tidak menghilangkan kejernihan air ni.. kita boleh aplikasi air zam2 ni dalam kehidupan kita..x mudah dipengaruhi anasir luar yang boleh merosakkan kejernihan hati..kuatkan dengan iman dan amalan..terkadang kita boleh mempengaruhi anasir yg negatif untuk menjadi positif...

Nak kongsi  satu petikan dari artikel di atas...

jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang.  Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau.


Point 2:

Hidayah ini milik Allah..

Dalam beberapa hari ini..Allah memberi peluang pada diri membaca kisah2 orang menerima hidayah Allah...terkadang membuat diri ini tersenyum sorang2 melihat keindahan cara mereka menerima hidayah..kecekalan mereka...terkadang melihat diri ini kecil berbanding mereka2 yang betul menghargai cahaya islam...kita lahir sebagai islam pun seringkali terabai sbgai tjawab sorg islam... banyak perkara dunia yg kita sibukkn..ada yg x penting kita boleh menghadap 5..6 jam..tapi nak menghadap Al-Quran selama tu belum tentu..kalau difikirkan balik...banyak masa dihabiskan dengan perkara2 yg x de manfaat..lepas kita merungut masa yang tak cukup...padahal masa yang diberikan betul2 cukup..x de kurang x de lebih....:)


Point 3:

Isu Ludah Meludah

Sekarang isu ni tengah panas dekat internet... nak beri pandangan cikit je..x usah la kita terlalu taksub dengan politik..sampai nak meludah-ludah..dan memaki..islam x ajar cara ni..yang nak diludah pun orang islam...lepas tu last2 ucap takbir....jangan nak kotorkan islam dengan cara-cara macam ni.. nak sokong politik..sokong la..jangan la terlebih2...lepas tu nak gaduh2... tak kemana pun kita ni..tak kira menteri ke..pegawai ke...orang biasa  ke...last2 kain kafan jugak yang bungkus kita...ingat..apa yang kita perbuat dimuka bumi akan dihitung diakhirat sana...


Point 4:

Asas Kehidupan

Nak kongsi satu ungkapan yang menarik dari Dr Maza...

“Jika Tidak Dapat mengucapkan Perkataan Yang Baik Maka Banyakkanlah Diam... Jika Dirasakan Memberi Nasihat Terlalu Berat cukuplah Dengan Menghulurkan Doa Dan Munajat... Allah Tidak Menciptakan Manusia Itu Bodoh Tapi Kebijaksanaan Yang Berbeza....Justeru itu Carilah Kebijaksanaan Itu Kerana Itulah Saluran Kita Untuk Berbakti...."


"Dunia Ini Hanya Persinggahan"

"Lawak2 jugak...ade masuk tersirat.."


Entri untuk kali ini dinoktahkan kat sini dulu..klau de masa kn diupdate lgi...klau de tersilap bicara harap dimaafkan....klau ada salah tolong diberi teguran..sama2 kita mengingati....

Banyak Betul Kebetulan...???

12 December 2011

1 comments
Banyak Betul Kebetulan....

Betulkah ada banyak kebetulan dalam hidup..??... sebenarnya x de istilah kebetulan dalam kehidupan..semua telah direncanakan Allah untuk kita.. tapi sungguh cantik Allah mengatur rencana dalam hidupku..terkadang tak terlintas pun difikiran aku..bermula dengan satu tanda tanya..semuanya telah dijawab dengan begitu mengagumkan.. tak boleh nak huraikan perasaan dalam hati ini.. syukur pada Allah memakbulkan doaku sekali lagi..Alhamdulillah... J

Yang pasti 2 perkara yang berlaku pada tarikh 10.12.11 biarlah terus terpahat dalam hati..tak nak ceritakan disini.. J


Ok..cukup setakat ini..ada yang lebih penting nak dikongsi.. sungguh rasa sayu mendengar penderitaan yang dialami.oleh adik An-Nur dan Annisa yang menghidapi penyakit  CEREBRAL PALSY (Lumpuh Otak) &  MITOCHONDRIAL DISEASE.

Bagilah yang membaca entri ni..harap kita dapat meringankan sedikit beban untuk membiayai kos perubatan yang ditanggung... yang tak mampu kita hulurkan secebis doa untuk adik2 ni kembali sihat untuk terus diberi ruang dalam kehidupan dengan izinNYA.. Allah memberikan kita senang untuk membantu yang susah dan Allah memberikan kita sihat untuk membantu yang sakit... J
Untuk maklumat lanjut tentang adik2 ni..boleh la pergi kt pages fb http://www.facebook.com/hope2walk?sk=wall @ http://hope2walk.blogspot.com

Yang ke3..nak kongsi satu video oleh Dr.Maza..mungkin ada yang dah tengok... sama2 kita hayati...mungkin kita terlupa sekurang2nya boleh mengingati..


"Jangan Bersedih sesungguhnya Allah bersama kita"


Pilih jangan x pilih.... :) 



cukup disini untuk coretan kali ini..agak berterabur entri ni..harap x de masalahkan..betul2 kekurangan masa untuk update blog.. Sekarang agak sibuk dengan preparation VO utk final accounts.. nak belek drawing2 yg berterabur..tpi keje kna ikhlaskn.. :)