Makna Sebuah Kehidupan

25 December 2011

Saat ku terlupa KAU mengingatiku
Tika ku Jatuh KAU bangkitkan aku
Bila ku berharap KAU sentiasa ada di sisiku
Tapi..
Aku sering lupai pabila dalam kesenangan..
YA Allah
Diri ini selalu khilaf
Dalam MengingatiMu....

Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana masih memberi ruang nafas untuk terus meniti dalam kehidupan...:)

Coretan terakhir utk 2011..

Alhamdulillah..genap setahun blog ni bertapak..harap spnjg ni de manfaat yg diberi..:)

Terlalu banyak nikmat yg Allah berikan..rasa sangat2 kerdil diri ni... kerana kurangnya rasa bersyukur dalam hati.. terkadang rasa malu..hanya beberapa hal yg diminta tak dimakbulkn..hati sudah membentak...terkadang sesuatu tu untuk kebaikan diri...

Syukur Alhamdulillah..beberapa kali diri terlupa...masih lagi diberi ruang untuk memperbaiki diri..dan terima kasih pada sahabat yang sentiasa mengingati..dan syukur sekali lagi kerana sentiasa mempertemukan aku dengan org yg baik2...:)...

k..tutup pasal ni..macam biasa nak kongsi sesuatu yang menarik...

Makna Sebuah Kehidupan..
Nak kongsi  satu puisi dipetik dari Buku Makna Sebuah Kehidupan...sama2 kita hayati setiap bait kata...:)


-Raja Ahmad Mukhlis Al-Azhari-

Amalahullahu bilutfiHi Al-Khafiy
Makna Sebuah Kehidupan

Ketika insan melihat ke langit,
Lalu bertanya kepada dirinya,
Adakah langit sebagai hujungnya,
Hujung bagi sebuah kehidupan?

Saat insan melihat ke tanah,
Lalu hati terasa pasrah,
Adakah ini penghujung kisah,
Atau dari sini mulanya kembara,
Kembara menuju destinasi cinta?

Ketika insan mendengar firman,
Mencari jawapan daripada Tuhan,
Tentang makna sebuah kehidupan,
Lalu Allah memberi pedoman,
Tentang diri jua kehidupan,
Tentang yang pasti berbanding kepalsuan.

Hidup ini maknanya nyata,
Bagi mereka yang inginkan bahagia.
Hidup ini hakikatnya ada,
Pada kembara menuju cinta,
Cinta Tuhan yang Maha Pencinta.

Maka hiduplah dengan makna ini,
Duhai insan yang mengerti,
Andai kebahagiaan yang ingin dicari,
Kerana hidup di dunia cuma sekali,
Sebelum kembali ke akhirat yang pasti,
Sedang setiap pilihan akan ditanya,
Apa ertinya ini dan mengapa,
Bukankah tujuan diciptakan untuk mengabdikan diri,
Kepada Tuhan Maha Pencipta?




Tertarik dgn perkongsian kata2 ni...simple but meaningful....:)

Credit: TopSphere Resources

ramai nak belajar, tapi hatinya kosong
ramai nak tgk, tapi mata dihalang rambut
ramai nak dgr, tapi telinga ditutup dgn tangan
ramai nak bercakap, tapi mulut kapit rapat.
ramai nak menjerit, tapi gigi dikancing kuat.
ramai tahu cara nak buat persoalan/tanggapan, tapi tak ramai tahu cara nak menyoal


pokok pangkal nya, tanda sama itu diri, tanya sama itu hati, kalo jiwa itu bersih, otak nya putih, akal nye tinggi, pemikirannya panjang,semua orang bole buat keputusan yang mudah.

hidup ini mudah. Allah dah kasi jalan yg lurus untuk kita ikut. cuma kita ni lalai di dunia, tak pandai nak pilih jalan, tersalah jalan bengkang bengkok jadinya.

Allah dah lahirkan orang berilmu dan sebagainya setiap jalan2 bengkok, mcm towtruck tunggu kete tepi jalan tunggu eksiden. tinggal nak nak bawak kita ke jalan lurus, bantu dengan cara mudah. tapi itu lah yg kita slalu lupa, terlepas pandang. pendek cite, kita malas.

Perkongsian satu video dari Dr.Maza..rasa sangat2 tenang melihat video ni...sama2 kita hayati..:)


Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali...:)

setakat ni dulu..entri kali ni...klau de kekhilafan harap ditegur& di maafkan...harap kita semua akan sentiasa menjadi lebih baik...

p/s:sekarang tengah cari buku "Give and Take..Antara Hamba dan Pencipta"...rmai org kata best...

2 comments:

Anonymous said...

moga terus thabat dijalanNYA.. insyaALLAH.. may ALLAH bless..

TanpaKataNama313 said...

insyaAllah..:)