Duri Jalanan

26 March 2012


Duri Jalanan

Cuba kau pandang kedepan
Duri Jalanan mencucuk hati
Tiada rasa belas kasihan
Tiada rasa simpati
Sifat manusia hilang pada diri insani

Kau kata aku salah
Aku kata kau salah
Bertikam tak mengalah
Menegakkan benang yang tak lurus
Kalau diterbalikkan sama sahaja
Pada ilusi mata yang nampak ok

Dunia terus menjadi tabir
Yang bingung terus menjadi makanan yang cerdik
Yang tidur terus menjadi makanan yang jaga
Yang sedar mulut membisu
Tak mahu diusik periuk nasi dan harta
Biar bangsa tergadai biar agama ditaruh
Hanya kuasa menjadi pertimbangan

Warta dimuka Empat sama menutup mata
Kolum didada akhbar memekakkan telinga
Menjadi racun pada Fikrul Mustanir
Mengelamun dalam kehidupan acuan perasit
Walaupun realiti melaungkan takbir semangat
Tapi akan layu dihempas kekeringan
Tanpa berusaha menyegarkan kembali
Membebaskan minda yang tak berani berubah


Bila suara menyatakan kebenaran
Memulakan kata anjakan demi anjakan
Dari kedudukan kebiasaan
Ada yang terus menghukum
Menjatuhkan dalil itu dan ini
Tanpa sempat memberi tahkik
Hanya senyuman mampu terukir dibibir

Walaupun jalan itu penuh liku
Pasti ada penegak keadilan
Menjadi nadi bergeraknya kebenaran
Walaupun terpaksa merangkak
Dalam samar kabus malam pekat gempita
Itu yang pasti

aku bukan terbaik antara kamu tapi aku ingin menjadi salah seorang yang terbaik itu..

silentkiller ~seeker~
26/03/2012
01.20 Am
B.I.M

P/s: ada salah @ silap harap tegur..diri yang lemah ini banyak melakukan kesilapan..moga Allah merahmati kamu..:)


6 comments:

Anonymous said...

adakah awak sebahagian daripada hizbut tahrir @ mykhilafah..?

blogwalking said...

saya pilih "duri jalanan" yang terbaik selepas "pentas dunia aspirasi" =)

Tiada Kata Nama said...

salam.. tumpang komen..

kalau diperhatikan dari tulisan lepas..ada peningkatan dari sudut bahasa dan idea @ kata lain ada kematangan dalam tulisan..

tapi kalau boleh diperbaiki lagi..cara susunan persoalan lebih sistematik pada karya seterusnya...

Dan akhir sekali...Keep up the good work bro..may Allah bless..

wakkerisi said...

berat skit pda P.A.D...=)
take time ak nk paham..ahaha

Anonymous said...

Alhamdulillah.........

Yang Terbaik Itu Mereka Yang Mampu Memberi Kebaikan Kepada Orang Lain.......

Moga Allah Merahmati Kamu Juga.......

TanpaKataNama313 said...

Anon 26.03 : bukan dari hizbut tahrir.. tapi ada ikuti perjalanan mereka... harap tak ada salah faham..:)

Blogwalking: terima kasih..:)

Tiada kata nama: insyaAllah akan cuba perbaiki..terima kasih kerana beri teguran..:)

Wakkerisi: buat2 faham deh..:)

Anon 01.04: insyaAllah..:)