Berdamai Dengan Takdir

15 January 2013








Berdamailah dengan takdir...

Biasanya..
Allah akan kasi..
pada usaha insan ingin mengapai..
terkadang..
Allah tak bagi..
apa yang dihajati..
untuk tahu setakat mana insan itu mampu bersabar..
adakala..
Allah bagi sesuatu yang insan itu tak terjangka
untuk belajar hikmah tersembunyi..
sesungguhnya...
Allah tak lupa..
pada insan mengharap padaNYA..


Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Al-Baqarah 2:152)


Ujian..
ramai menanggap ianya pahit..
harapan diberi..
tak terduga..
ada halangan didepan..
tersentap segala semangat
putus asa mulanya timbul
bisikan halus terus bertiup
menyalahkan takdir
dengan secebis dugaan..
macam tiada jalan keluar
lupa pada pesanan..


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Al-Baqarah 2:155)


Tanpa sedar..
masa senang.. hanya sedikit kita ingat PadaNYA
dengan ujian Allah kasi..
berapa ramai insan yang lupa
sudah kembali pada fitrah
dengan ujian yang Allah beri..
banyak mana insan bertemu jalan pulang
dengan ujian yang Allah bagi..
berapa ramai yang temui erti hidup...

percayalah..
setiap ujian ada penawarnya..
cuba hitung..
sepanjang hayat berapa banyak dugaan yang kita tempuh..
kita sudah keluar dari masalah itu..
masa berganti tahun
telah mengubah banyak benda..
hingga kita pun lupa
pernah berada pada pangkal buntu itu..

Hakikat takdir..
seiring dengan perjalanan hidup..
memilih watak hitam.. putih atau kelabu..

make a choice..to take a chance or you life will never change...

Apa yang engkau ada kini adalah yang terbaik untuk kamu..belajar untuk menghargai..

01.08 am
15/01/13

#ingatan pada diri yang mudah tersentak..sedikit ujian dah mengelabah
#masih belajar untuk jadi cool pda erti kata benar *senyum*
#takdir paling jelas.. Allah masih beri nafas hingga ke minit ni.. bersyukurlah masih ada masa untuk belajar dari silap..


2 comments:

Tanpa Kata Nama said...

betul kawan, berapa banyak ujian dah kita temui jalan keluar untuk hitung jadi malu pada diri banyak lupa dia masa senang =(

tq,remember me

^0^

TanpaKataNama313 said...

insan x ada y sempurna.. masih ada masa nak belajar dari silap.. moga lepas ni kita x lupa DIA masa senang.. ambil ingatan dengan ayat 152 surah Al-Baqarah..

lebih mengingati diri sendiri sebenarnya.. kalau sampai pada orang kira satu kebaikan.. :-)

#HidupBaik2