Jalan Lurus

29 March 2013



Guide us to the straight way (Al-fatihah:6)


-----------------

Alhamdulillah..

masih ada nafas untuk bergerak.. masih ada nikmat iman & islam untuk bernafas..masih ada ruang masa baiki apa yang silap..


mahu kongsi satu petikan artikel tulisan Dr Maza

Kita ini hanyalah bilangan hari dan waktu

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan detik dan waktu. Kita semua akan sampai pada saat bilangan detik yang terakhir. Di kala itu tamatlah segala drama dan babak-babaknya yang kita lalui di atas pentas dunia yang fana. Menunggu saat perhitungan Tuhan atas segala cerita yang kita lakonkan. Segala lenggang lenggok watak dan gaya kita, telah tamat dengan berakhirnya bilah terakhir yang pergi dan tiada yang datang lagi. Tiada subsidi waktu dan hari yang mampu diberikan oleh sesiapa pun. Segalanya kenangan bagi semua drama kehidupan. Tiada lagi teman, tiada lagi harta dan tiada lagi senyum tawa. Derita dan derita. Atau pun, tiada lagi derita, tiada lagi sengsara. Bahagia dan bahagia. Di kala itu kita akan hidup dalam bilangan hari yang tiada kesudahan, dan waktu yang tiada berbaki


------------------------
24 tahun..

masa yang cukup lama Allah kasi..belajar dan terus belajar..mencari hakikat amanah diri.. bermula dengan zaman kanak2.. Ma & Ayah kasi nama yang baik.. hantar kelas2 mengaji..kenal kalam2 indah untuk imbangkan diri dengan dunia penuh fitnah.. 

cukup lengkap.. tapi..

Masuk sekolah menengah..alam remaja..walau kelebihan dengan ilmu dunia.. beberapa kali exam dapat skor.. masih tak dapat tutup lompang2 hati yang kering.. menjadi budak nakal.. tapi banyak kali Allah bagi ruang masa untuk berubah..banyak perkara y dibuat terselamat dari warden & cikgu..

tapi..tak semua hidup itu berjalan indah...

masuk umur 16 tahun.. Allah mengambil kembali arwah ayah..kehilangan tiba2 org y terpenting dalam hidup... merubah diri menjadi lebih pendiam..dengan tekad dalam hati ingin berubah menjadi budak baik..

tak bertahan lama..

masuk universiti.. segala azam dah jauh2 bertiup berlalu pergi..kenal kawan2 baru..dah kena "culture shock".. study pun dah main2..tapi Allah masih sayang..DIA masih bagi lepas semua sem dengan pointer agak baik...

tapi..masa pratical training...

sewa sebuah bilik..hanya bertahan sebulan..tak selesa dengan ruang atmosfera dengan penghuni bilik2 sebelah..ada yang balik mabuk2.. ada yang balik kalah judi bising2...ada yang hidup merempat mencari sesuap nasi....islam hanya pada nama

pindah kerumah flat untuk sewa bilik...

Disini berkongsi rumah dengan pak cik tua hidup sebatang kara.. dengar cerita hidup dia...membuat hati rasa insaf..ruang waktu itu membuat diri kembali ke rumah Allah.. kebetulan surau sebelah rumah sewa...baru kenal kembali solat berjemaah bukan sekadar hari jumaat.. baru tahu erti kuliah agama sepanjang hayat tak pernah ambik tahu...pada ruang masa ini baru kenal nama2 besar ustaz kazim,ustaz azhar, Dr maza & etc.. yang selama ini tak pernah dengar..

menunggu waktu isyak selalu berbual dengan bilal kat surau ni..disini baru kenal erti kehidupan sebenar2 hidup..terasa sayang mahu tinggal suasana ni.. 6 bulan bukan sekadar pratikal mengenal bidang QS.. tapi lebih mengenal cinta ALLAH.

masuk alam keje..

janji pada diri..mahu mencari erti hidup..cukuplah 21 tahun hidup sekadar main2..Alhamdulillah.. dapat rakan sekerja yang baik2.. sampai baru masuk dulu pernah ditanya seseorang "amin pernah sekolah agamakan".. jangan dilihat pada rupa..baik itu bukan diukur pada wajah & pakaian..  Alim itu bukan terletak pada hebat bila berbicara.. :-)

-----------------
pesan seorang kawan...

"tak semua lahir sempurna dan lurus jalannya.. hidayah itu milik Allah.. mungkin hari ini dia dilihat bagai debu yang tak boleh dicuci.. tapi kuasa Allah..bila-bila masa..tak dapat dihalang oleh sesiapa..hamba Allah itu boleh menjadi nur dalam cahaya..macam islamnya saidina umar al khattab.."


Ingin bicara pasal jalan lurus.. tapi belum pasti aku ini meniti pada jalan lurus..Ingin bernafas pada jiwa hamba semacam tidak layak untuk aku.. hampir setiap hari bersimpul dengan tribulasi dunia.mungkin sedikit doa dari kamu membantu untuk berada pada landasan yang benar... insyaAllah..



"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
[ Imam Hasan al-Basri ]


sebahagian dari hari dan waktu..sedikit coretan sisi pengalaman...

remarquerNseeker
29/03/13
1.06 am



#banner ni tiada kaitan dengan entri diatas..tak ambil bahagian pun..sekadar support usaha Team Hijrah.. moga street dakwah kalian Allah pandang.. HIJRAH  ITU MEMANG INDAH :-)

7 comments:

AO said...

salam kawan,

bersyukurlah Allah masih bagi ruang untuk kembali padanya.Mujahadah melawan masa lalu & istiqamah semasa melalui jalan baru.

ayat terakhir menyentuh kalbu "menjadi nur dalam cahaya" moga bisa

Anonymous said...

"hiduplah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki tetapi ingat bahawa kamu akan mati dan cintailah sesiapa yang kamu kehendaki, tetapi ingat bahawa kamu akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang kamu kehendaki, tetapi awas kamu akan dibalas atas apa yang dilakukan itu dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang beriman itu terletak pada qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain" hadis riwayat Al-Hakim

siapa kita tak pernah buat silap & pintu taubat itu tak pernah tertutup selagi hayat bersama badan

Allah uji apa yang kita mampu,selalu ingat Allah kan ada

^o^

TanpaKataNama313 said...

@Ao

insyaAllah..terima kasih AO..pinjam ayat anda :-)

@Anon

macam kenal..yup..manusia itu khilaf..moga kata maaf itu Allah terima..tak ulangi lagi & langkah ini pada jalan y lurus.. :-)

wakkerisi said...

Lame x jengok snie..
live life.^_^

TanpaKataNama313 said...

@wakkerisi

takde apa y nak d jengok pun.. ang pung lama tak nampak..

live..life.. hidup baik2.. :-)

Anonymous said...

kita tahu hidup itu pilihan. maka bila kita yang leka dengan yang indah hingga tak mampu melihat itu adalah padah,. keep it up. moga terus istiqamah. sungguh Allah sentiasa bersama hambaNya. maka teruskan berjalan mencari redhaNya.

rehat yang sebenar itu di syurga.

TanpaKataNama313 said...

@aku bukan robot :

yup..hidup itu pilihan..pengalaman itu membantu menjadi insan lebih baik.. moga langkah pada jalan redhaNYA..

:-)