AKU TAK PERNAH KEHILANGAN

04 January 2011

Di satu sudut sepi aku duduk termenung

Ditemani bayu malam yang sungguh dingin

Bagai mengerti perasaan aku yang gelisah

Yang merasai ada sesuatu yang tak kena dalam diri ini

Bagai kehilangan sesuatu


Disebalik Nur malam yang nun jauh disana

Dihiasi dengan bulan dan bintang

Menunjukkan keceriaan malam

Tapi aku...

Disebalik tirai jendela

Memerhati kepekatan malam

Seperti pekatnya perjalanan hidupku...


Dalam perjalanan hidupku

Dipenuhi dengan gelak tawa

Disulami dengan gurau senda

Dihiasi dengan keindahan dunia

Bersama teman-teman

Tapi...

ada sesuatu disebalik wajah yang sentiasa riang ini

tersembunyi hati yang diulit resah

seperti ada sesuatu yang tidak lengkap....


Aku mencari dan terus mencari...

Menunggu dan terus menunggu..

Cuba menutupi kesunyian ini dengan hiburan duniawi

Untuk menghilangkan rasa gundah dihati

Tapi......

tanpa aku sedar

Sebenarnya aku tak pernah kehilangan sesuatu

Tapi aku yang sengaja meninggalkannya....


Aku bermonolog dengan diri sendiri

Apa yang masih tak ada pada diri ini

Teman,kawan,hiburan,wang....???

Semua dah mencukupi...

Tapi...

Adakah aku tahu...

Berapa ramai teman dan kawan setia pabila aku didatangi susah...???

Adakah hiburan yang tak terkira banyaknya belum cukup mengembirakan aku...???

Bolehkah aku boleh membeli semuanya dengan wang???


Soalan itu membuat aku terkedu...

Mengejutkan aku dari lamunan yang panjang....

Mengingatkan aku sesuatu yang paling penting..

Iaitu ALLAH selalu bersama aku

tak kira waktu senang atau susah

tapi aku yang melupakan-NYA apabila diulit kesenangan

dan mencarinya apabila didatangi dugaan...sungguh hina hamba-MU ini.....


aku dihantui dengan perasaan bersalah yang teramat..

boleh ku hitung beberapa kali aku melakukan perintah-NYA

berbanding kerap kali melanggar larangan-NYA

boleh ku bilang beberapa kali aku membuka kitab yang diamanatkan oleh kekasihNYA

berbanding kerap kali aku duduk melepak tak tentu hala

dan boleh ku kira beberapa kali aku mengingatiNYA

berbanding acap kali aku menghabiskan masa melayari laman sesawang yang tak berpenghujung....

adakah ini bekalan yang akan aku bawa

apabila ajal datang menjemput tanpa memberitahu....


Air mata keinsafan dan taubat nasuha aku lakukan

Menemani penyesalan akibat kekhilafan diri

Moga diampunkan segala kesilapan

Dan harapan agar Allah menerima taubat ini

SesungguhNYA Maha pengampun


Aku bersyukur Ya ALLAH

Kerana masih memberi aku kesempatan

Terjaga dari dibuai mimpi duniawi yang panjang

Yang hampir menjerat diriku

Dan Ya Allah

tetapkan hatiku untuk terus bersama-MU

Sesungguhnya aku ingin menjadi bintang

Yang mendapat cahaya

Bukan menjadi seperti bintang yang malap

Yang menunggu masa untuk hilang.........


Al Amin

2.10 A.M

4/01/2011

Indera Mahkota

p/s: teringat kisah lama.... moga nukilan ini dapat mengingati aku..........

0 comments: