Terlebih dahulu ucapan salam diungkapkan......
Dah lama rasanya tak menaip sesuatu pada blog.maklumlah sekarang tengah sibuk dengan keje dan bersempatan untuk membuat puisi sahaja.
Perjalanan hidup terus berjalan dengan memasuki alam baru. Alam yang membuat aku lebih dewasa untuk berfikir. Bukan zaman yang aku masih belajar seperti dahulu.sekarang aku dah mengorak langkah ke alam kehidupan sebenar dimana aku yang perlu membuat keputusan sendiri.
Dalam mengorak langkah meniti kehidupan sekarang pelbagai ragam manusia yang ku jumpa. Bermacam-macam versi cerita yang dapat ku amati. Aku lebih banyak memerhati kehidupan orang untuk mencari sedikit pegalaman untuk di jadikan bekalan menempuh hari-hari yang mendatang.
Aku telah membuat keputusan untuk tidak sambung belajar secara langsung walaupun mendapat tawaran. Aku mencari jalan hidup baru yang lebih baik dari sebelum ni. Dan aku yakin keputusan yang aku buat adalah tepat. Ada juga kawan-kawan yang bertanya “min kau memang berani untuk menempuh alam perkerjaan..kalau aku belum bersedia...” tapi aku hanya tersenyum.ko orang memang tak faham dengan fikiran aku.
Aku sekarang bertambah serasi dengan kerja QS sekarang. Allahamdullilah Allah memberi aku suasana kerja yang baik. Banyak perkara baru yang aku belajar. Kalau difikirkan balik memang tak boleh dipercayai..daripada aku zero@ tak ada apa-apa maklumat tentang QS..terasa macam mimpi..tapi ini yang recana yang terbaik yang Allah buat untuk aku. Sekarang baru aku nampak hikmah Allah disebalik cita-cita masa dekat sekolah dulu dalam bidang farmasi x dipenuhi. Sebab Allah memberi yang terbaik untuk aku...
Sekarang ada perubahan pada diri ini.kawan-kawan lama ada jugak bertanya “min,sekarang kau dah banyak berubah tak seperti dahulu”sekali lagi aku tersenyum...kau orang memang tak pernah tahu siapa aku sebenarnya...banyak yang dah berlaku mengubah hidupku ini....terkadang aku sendiri tak perasan diri aku dah lain...
Aku sekarang masih mencari...mencari sesuatu yang x boleh nak diungkap dengan kata-kata..dan sekarang aku masih mencari ilmu untuk menambah bekalan dalam epilog perjalanan ini sebelum episode ini berakhir....sekarang ni banyak menilai diri sendiri...cuba ubah diri kearah lebih baik...dan sekarang berusaha untuk mencapai 10 matlamat aku tetap dalam hidup...sebelum nyawa yang dipinjam diambil...insyaallah dengan berkat doa dan usaha akan tercapai.....
Kebahagiaan...bagi aku dah cukup bahagia kalau melihat Ma,arwah ayah,adik beradik dan orang yang tersayang hidup dalam kegembiraan..itu dah membuat aku bahagia..ingat lagi kata2 arwah ayah...
Ketenangan...syukur sekali lagi kepada Allah s.w.t kerana dah menemukan aku dengan ketenangan yang aku cari...ia sangat hampir dengan aku....tapi sekarang baru aku perasan...alangkah rugi....
Dan...
Terima kasih YA ALLAH kerana membuat perancangan hidupku selama 21 tahun ini dengan begitu indah dan bermakna...kalau melihat dari hati yang paling dalam....
Hanya sekadar berkongsi rasa...
sebenarnya Allah s.w.t dah membuat perancangan yang terbaik untuk setiap kehidupan hambanya..terutama nikmat islam dan iman...setiap recanaNya ada hikmahnya sendiri...terkadang bertahun baru kita nampak......harap semua orang dapat hidup dalam kegembiraan dibawah payung keredhaan daripadaNYA.....
dan satu lagi...hampir telupa...kalau diri berasa tak tenang cuba perhatikan ada sesuatu yang tertinggal...terkadang kita tak nampak........
p/s: kalau ada tersilap bicara harap dimaafkan....tak nak simpan lama-lama.....
Al Amin
0 comments:
Post a Comment