Inspirasi Dari Celah kehidupan seorg Insan

17 March 2011

Syukur kepada Allah s.w.t yang masih memberi peluang untuk memerhati dengan kegunaan nikmat mata...bukan setakat melihat tapi memberi aku merasa bertapa beruntungnya hidupku yang dikurniakan Allah....


Terkadang kita sering mengeluh..mengapa begitu banyak dugaan dan masalah yang menimpa..sering kali berasa kecewa dengan hidup..tanpa kita sedar sebenarnya perjalanan hidup kita lebih baik dari orang lain...kita merasa masalah kita yang paling besar tapi cubalah memerhati keadaan orang sekeliling..anda akan jumpa ramai orang yang lebih berat beban yang perlu ditanggung....


Hari ini aku diberi peluang lagi untuk memerhati kehidupan seorang lagi insan yang sangat tabah menghadapi ujian daripada Allah...tak semua orang yang boleh berada ditempatnya....kisah insan membuat aku termenung panjang..perjalanan episod hidupnya yang sangat perit..tapi dia masih tabah menghadapinya..sedangkan aku masalah yang tak sebesar mana dah putus asa dan ingin larikan diri dari kehidupan...macam mana aku nak berada ditempatnya..


Aku akan ceritakan sikit perjalanan insan yang aku kagum ini...


Insan ini seorang ibu tunggal yang yang menderitai sejenis penyakit yang tiada ubat untuk menyembuhkan kecuali Kuasa Allah...bukan setakat dugaan melawan penyakitnya..tapi diberi lagi satu ujian...anak bongsunya lumpuh seluruh badan..menghadapi penyakit yang sama dengannya tapi lebih serius...penyakit ini disebabkan faktor genetik...insan yang bergelar ibu ini dengan ikhlas dan rela hati menjaga anak bongsunya tanpa istilah penat dan lelah..dalam masa yang sama dia melawan penyakit yang dihadapinya...tapi dia tetap sabar dan redha dengan ujian yang menimpa...kata-kata yang membuat aku tersentuh hati apabila insan ini berkata dia sangat risau siapa yang akan menjaga anaknya kalau dia sudah tiada...dia berserah kepada Allah menentukannya....bukan setakat ini sahaja dugaannya..anak sulungnya juga dikesan menghadapi penyakit kanser otak..tapi masih diperingkat awal....anak ini terpaksa melawan kesakitan untuk berkerja mencari sesuap nasi...walaupun seringkali mengalami kesakitan dikepala tapi dia sering merahsiakan untuk mengelak hati ibunya risau...walaupun mereka tahu tiada ubat untuk menyembuhkan tapi mereka tak pernah berputus asa..masih berulang alik dari hospital...walaupun tak dapat menyembuhkan tapi sesekurangnya dapat mengawal daripada cepat menyebak...sama-sama lah kita berdoa supaya ada keajaiban untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi keluarga ini..tiada mustahil dalam kekuasaan Allah...


Walaupun aku ceritakan secara ringkas tetapi banyak inspirasi dari kisah hidup insan ini...ini antara satu kisah daripada banyak lagi episod perjalanan hidup yang aku pernah lihat dan dengar...sebenarnya aku pun malu dengan insan ini bila terfikirkan dugaan yang menimpa aku tidak lah seberat ini..tapi seringkali kecewa dan putus asa...


Allah akan menguji seseorang insan berdasarkan kemampuannya...tapi insan itu yang menentukan untuk melihat dari sisi positif atau sebaliknya...setiap apa yang berlaku ada sebabnya dan ada hikmahnya yang tersembunyi...


Allah mengurniakan akal dan mata bukan sia-sia...guna nikmat mata ini untuk memerhati....selepas itu berfikir la nikmat akal yang sangat istimewa ini..renung la setiap perancangan hidup semua kehidupan... insyaAllah...kita akan mendapat satu kesimpulan yang sangat indah....


Perhatilah kehidupan orang lain untuk menjadi kita lebih bersyukur dengan epilog perjalanan kehidupan kita...


Akhir kalam..

Syukur kepada Allah masih memberi ruang nafas dan masa untuk aku terus menulis

Mohd Al Amin                                                                                                                                                    
 03/03/11   0.12 AM       

0 comments: