Perjalanan yang Dinanti

18 March 2011




Detik waktu terus berlalu pergi
meninggalkan aku yang masih terkapai-kapai
dalam pengembaraan dalam sudut dunia
untuk mencari sesuatu
kebahagian dan ketenangan
yang dinamakan cinta Abadi

sekali aku mengorak langkah
merentasi arah kehidupan
memerhati pentas singgahsana dunia
disebalik kesibukan perjalanana manusia
yang tiada nafas untuk berhenti....

Perjalanan yang membuka mataku
menginsafi rasa bersyukur
dengan nikmat kehidupan yang dibekalkan kepadaku
disebalik menyelak tirai kehidupan insan lain
yang lebih hebat ujian dan dugaan
tetapi lebih tabah daripada ku...

Epilog hidup aku teruskan
terkadang tersekat dengan dugaan 
yang kadangkala menguji diri ini
membawa perasaan putus asa
sehingga aku terlupa
yang aku terpilih
untuk menghadapi ujian in
dan tanpa aku sedar
dengan pemberian segala masalah
ada untuk menolong diri aku
untuk mengingati diri-MU
Yang Maha Agung....


Hari berganti hari...
bulan berganti bulan...
tahun berganti tahun...
dan aku...
masih lagi diberi peluang
untuk mengunakan nikmat nyawa
untuk digunakan diri ini
mencari dan terus mencari
mempergunakan setiap detik nadi
kearah kebaikan
sehingga noktah terakhir pencarian
yang tersembunyi disebalik rahsia tuhan

Ya Allah
tetap hati ini untuk terus bersama-MU
redhakan tangan ini untuk pena yang baik
tunjuk jalan kearah Cinta-Mu 
setiap kali derap diri melangkah
ampunkan aku..maafkan aku...
jika terdapat kekhilafan diri
semasa melalui setiap episod kehidupan
yang kadangkala diri ini terlepas pandang....

aku hanya seorang insan
yang mencari dan akan terus mencari
sehingga noktah terakhir...

insan yang masih diberi ruang kesempatan untuk menulis

Mohd Al Amin
11.34PM
18/03/2011
Tapak Projek
BIM Kuantan.....

p/s: maaf kalau tulisan x beberapa betul...dibuat secara spontan....................

2 comments:

puteraduyong said...

perjalanan yang hujungnya kita tentukan...mahukan yang manis atau yang pahit...yang manis penuh nikmat...yang pahit penuh azab...

TanpaKataNama313 said...

yup...perhujungan perjalanan kita yg tentukn...kehidupan ini adalah satu pentas yg menyediakn persoalan..setiap persoalan itu tersembunyi beraneka jawapan....kita yg pilih jawapan mne yg kita nak...diharapkn jawapan yg kita pilih berada dibawah payung redha-Nya........