5 Hari Offline

06 March 2011

Terlebih dahulu ucapan Assalamualaikum pada semua mereka yang singgah ke tapak ini...


Salam maaf kepada tetamu blog yang singgah dalam beberapa hari ini kerana tiada entri baru yang dimasukkan kerana disebabkan beberapa keadaan yang tidak mengizinkan..InsyaAllah selepas ini blog akan kembali dengan entri baru yang lebih menarik.....


Sedikit Ulasan 5 hari Offline...


Dalam jangka masa 5 hari menerima tugasan dari kerja digunakan sebaik mungkin merehatkan diri untuk mencari sedikit ruang bernafas untuk mencari sedikit ketenangan pada diri.... menjauhkan diri dari melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam hidup agak susah sebenarnya...tanpa Blog, YM,FB,Komuniti ukhwah,Salam Cyber, Jalinanukhwah, Twitter, Halaqah... membuat diri tidak senang duduk...tidak melepak bersama kawan2 sambil memerhati perlawanan EPL...memberi kelainan pada kehidupan....tetapi jangka masa 5 hari membuka mata ini untuk banyak memerhati sesuatu yang terlepas pandang selama ini...


Selama ini diri selalu mengeluh dengan masa yang dibekalkan seharian tidak cukup..tapi kalau difikirkan balik sebenarnya masa yang diberikan adalah cukup tetapi banyak dilakukan untuk kerja-kerja yang tidak terlalu penting tanpa disedari diri...InsyaAllah lepas ni akan mengawal masa dengan lebih baik...


Terkadang agak sesekali terlupa sumber ketenangan untuk diri selepas Al-Quran dan Zikir adalah memerhati...memerhati kehidupan diatas muka bumi sebenarnya salah satu sumber ketenangan...apabila kita memerhati sesuatu yang baik maka kita mendapat sesuatu yang baik iaitu ketenangan...penawar segala masalah adalah kehidupan lain disekeliling kita.... lihatlah kehidupan orang lain,perhatikan hidupan lain dengan anugerah mata....


Salah satu perkara yang tak dapat dilepaskan dari diri ini kemana sahaja kaki ini melangkah adalah mencari dan terus mencari....disini juga beberapa pencarian sudah menemui jawapannya dan ada beberapa pencarian baru bermula...terkadang agak pening kepala...semakin banyak maklumat yang didapati semakin banyak persoalan yang timbul....tetapi apabila sesuatu yang dicari mendapat jawapannya satu kepuasan akan terbit dari hati yang melupakan kepahitan dalam usaha untuk mendapatkannya....tapi yang pasti pencarian takkan berakhir dari kehidupan dalam setiap diri manusia tak kira dari segi apa sekalipun..mungkin pencarian ilmu,pegalaman,amal,kehidupan, dan......


Dan dalam masa 5 hari ini juga aku telah diingatkan oleh seseorang untuk meneruskan segala usaha yang telah aku mulakan. “Memberhentikan sesuatu yang baik apabila sudah berada dipertengahan bukan perakhiran yang baik” itu lah kata-kata yang menyedarkan aku dari perasaan putus asa...tanpa diri ini sedar masih ramai yang memerlukan...dan aku akan meneruskan usaha ini selagi ada yang memerlukan dan masih diruang bernafas...


Tapi yang paling penting...syukur kepada Allah kerna sekali lagi diberi ketenangan dan semangat untuk meneruskan kehidupan....dan segala yang aku dapat dalam 5 hari ini telah aku catatan dalam bentuk coretan dan puisi untuk menghiasi Jurnal Epilog Satu Perjalanan ...........


Hanya sedikit coretan dari hati

AL AMIN313 06/03/11 07.46 PM

Satu tempat yang diberi kesempatan untuk singgah sebentar....

0 comments: