Secebis coretan buat insan yang sedih

19 March 2011



Terlebih dahulu ucapan assalamualaikum kepada semua tetamu yang singgah ke tapak Epilog satu perjalanan.......


Minggu ini adalah minggu yang indah bagi aku...seperti berlalu minggu-minggu yang lepas..mesti ada sesuatu yang dapat diambil untuk dikumpulkan menjadi panduan untuk melalui epilog perjalanan yang telah diberi jalannya kepada diri ini....


Dalam kesibukan kerja, aku masih mencari sedikit masa untuk memerhati dan cuba memberi sedikit pandangan kalau ada mereka yang meminta pertolongan....dalam kehidupan yang sedikit gembira akhir-akhir ini telah menemukan dengan seorang insan yang diulit kesedihan disebabkan kehilangan orang yang disayangi.....


Setiap orang yang bergelar manusia mesti ada beberapa orang yang kita sayang...pemergian mereka akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam kehidupan kita....tetapi jangan menjadikan kesedihan sebagai alasan untuk kita putus asa pada kehidupan dan menganggap hidup kita tiada erti selepas ini....terima pemergian mereka untuk kita menjadi lebih kuat dan lebih sabar dalam menghadapi dugaan ini....



وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Al Baqarah ayat 155




Sabar..

Perkataan sabar mudah disebut tapi sukar untuk dilakukan...


وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

Al-Baqarah ayat 45



Setiap kali kita ditimpa dugaan ucapan sabar yang kita akan dengar...dan dalam setiap pandangan yang aku utarakan perkataan supaya bersabar akan aku beritahu...walaupun aku akan disanggah balik dengan perkataan ini...


“kau senang la bercakap supaya bersabar..sebab bukan kau yang menghadapinya tapi aku...”


Dan aku akan tersenyum sahaja...aku faham benar dengan perasaan mereka yang dihimpit dugaan sebab dah beberapa kali berada ditempat mereka....


Allah akan uji seseorang itu berdasarkan kemampuan seorang insan menghadapinya..tapi ramai yang tersungkur disebabkan mereka yang memilih jalan itu..kita ada banyak pilihan dalam membuat keputusan...kita yang memilih memandangnya dari sisi positif atau negatif...


aku tak nafikan..kita manusia takkan lepas dari perasaan sedih dan pilu kehilangan orang yang disayangi..yang selalu memberi dorongan dan sentiasa berada disamping kita waktu susah dan senang...


Khalifah Umar Al- Khatab sendiri hampir-hampir tidak dapat menerima kematian Nabi Muhammad S.A.W...tetapi cepat disedarkan Saiyidina Abu Bakar...


Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikinan dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujan Umar n.a., "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.


Ketika kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati mayat Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:



"Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dan Al Qun'an:
"Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.


Itulah..janganlah kita terlalu sayang dan cintai manusia melebihi Cinta kita kapada ALLAH S.W.T....terimalah takdir pemergian dia...biarlah dia pergi bertemu Yang Maha Esa dengan tenang...kita yang masih hidup doakan dia berada digolongan yang beriman dan selepas ini kita akan menyusul selepas noktah Epilog Perjalanan didunia kita berakhir...terimalah dengan hati yang tenang dan ingatlah kenangan kita dengan dia sebagai panduan hidup kita ....hargailah mereka yang masih hidup...kerana masih ramai yang sayangkan kita adakala kita pun tak sedar sebenarnya.......


“Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.”


Jika kamu diulit kegembiraan jangan lupa bahawa masih ada insan yang berada dalam keadaan sedih... hendaklah kita ringankan beban mereka walaupun dengan secebis doa....

“ Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.”



Insan yang masih di beri ruang nafas untuk berbicara dan cuba mengindahkan kehidupan dengan kegembiraan orang lain...
Mohd Al Amin Bin Nordin
21.30 PM
19/03/11
RAS ROOM
BIM Kuantan....

0 comments: